Skip to main content

Posts

Showing posts from July 18, 2013

Penangan semut atau inikah badi??

Assalamualaikum salam 9 Ramadhan. sebelum aku busy membuat persiapan jualan bazar hari ni, sempat lagi mau celoteh sikit. . hehe. apa akibat makan semut? selalunya dengar dari orang orang sekeliling,bila makan atau minum sesuatu yang sudah dikerumuni semut benda tu eloklah kita jangan sentuh lagi. betul tidak? akibat yang selalu aku dengar, takut jadi PELUPA. tapi aku hentam saja bila ada seekor atau dua ekor berenang dalam botol air yang kebetulan masa tu, langsung tiada air lagi di depan mata. Kah kah kah. lantak,janji haus hilang. mungkin itu sebab salah satu aku selalu terlupa barang barang hak milik sendiri. kadang kadang hp entah ke mana.. jumpa kejap, hilang lagi. lagi 1, kunci. apa sahaja jenis kunci mesti hilang. kes lebih parah dari kecil sampai besar, bila pegi kedai selalu hilang barang yang sudah dibeli. entahlah, tangan aku kot yang salah? hah? salahkan tangan? bertuah sungguh jenis manusia macam aku ni. barang yang paliiing tidak tahan lama dalam genggaman.