Assalamualaikum.. Hari ni aku mau kongsi siikit ilmu yang mungkin boleh kita ambik pengajaran, ambik iktibar, kemudian yang baik kita amalkan, yang buruk kita cuba hindari. Ilmu yang aku dapat ni sebenarnya dari sebuah majalah Islam. Ya la, dalam Malaysia ni ada banyak jenis majalah-majalah Islam kan? Yang tidak berkesempatan membeli macam aku tu, sekurang-kurangnya adalah dapat ilmu sikit melalui pembacaan dari belog-belog kan? Ya bapak bapak ibu ibu, semua manusia ni dikurniakan oleh Allah satu otak untuk satu jasad. Rasanya semua tau apa yang membezakan manusia dengan binatang. Sebab binatang pun Allah kurniakan Otak tapi tidak dikurniakan Akal. Bila adanya 3 unsur iaitu Akal, roh dan jasad maka inilah yang dimaksudkan dengan MANUSIA. untuk tau lebih detail perbezaan-perbezaan ini sila lah renung dan tenung jadual di bawah ni. Ok, jadual atas ni ada tambah satu lagi unsur iaitu NAFSU. jadi tuan tuan boleh lah lihat dengan jelas ya dari jadual ni. Jadinya, hari in...