Skip to main content

Ulang Tahun Ke 13 Bandaraya Kota Kinabalu

Assalamualaikum.

Ini dia kerja part time aku sementara tunggu surat posting kan? Jadi burung hantu. Siang tidur 2 jam, Malam tidur 3 jam,bakinya faham-fahamlah. . Online memanjang, kalau laptop ni boleh becakap mesti dia sudah mengadu kesakitan sebab asyiklah badan dia aku duk tekan tekan, dipecit pecit.

Well well well, salah satu tujuan kewujudan belog ini selain menambah rakan & ilmu dunia akhirat, aku punya tujuan untuk share peristiwa peristiwa penting , adat, budaya atau apa saja di Sabah ni.


Biarpun peristiwa yang ini sudah lama berlalu, tapi aku mau share jugak. Haha! Kan kita share peristiwa penting. Hehe.


ok dari gambar ni rasanya ramai yang tau lah kan.


Kan aku suda cakap, benda ni bulan Februari lepas..kali ini majlis dirasmikan oleh Tim. menteri pelancongan Malaysia...

Biasanya bendera ni lah yang digunakan bila ada majlis majlis berkonsepkan tepian pantai di Sabah. Kalau tidak salah yang ni asalnya dari Semporna.

Yang tengah tu abg ipar aku. Dia terpilih untuk peragakan baju 'rasmi' masa menyelam. Dia ni kerja Navy. Antara sebab aku pegi majlis ni, kalau tidak, jangan harap.

Benda ni berat. silap silap boleh mati lemas kalau tiada kekuatan mental fizikal emosi. Aku sendiri tengok abang ipar ni sentiasa dipegang oleh kawan sebelah menyebelah dia. kesian jadi mangsa. perasmi ni pun satu.

aku lupa dia apa isi dalam kotak yang dia pegang tu. pistol untuk perasmi rasanya.

Sudahlah lama dia bagi ucapan. Tapi its ok la..

Add caption

Yang ni gas apa ntah aku pun xtau.macam sesak jugaklah nafas.

Yang ni tujuan dia supaya orang boleh ambik pic matahari kot. eh?

Ni lah bini dia. Merangkap kakak kedua, Joy, ooh abang ipar tu namanya Erun.

Lagi view sekitar Jesselton.

View yang boleh dilihat dari Jesselton point. Salah satu shopping mall baru. Suria Sabah.


Oh, ya aku baru ingat kenapalaaah entry ni lapuk sangat. sepatutnya share 4 bulan lepas. Masa ni aku tengah busy dengan praktikum (Latihan mengajar). Tapi Joy minta teman pegi tengok suami dia ni dengan custom Navy dia tu. kesian la pulak, walaupun sepatutnya aku busy gila dengan persediaan RPH, BBM etc. Awww kalau boleh malas mau mengenangkan zaman 'kesibukan' tu.


Aku gagahi jugalah. konon konon menghilangkan stress.. Banyaklah stress kau kan.

Oh, aku ni suka betul la juga menyimpang. Sebenarnya setiap tahun iaitu pada tarikh yang sama, 2 Januari akan diadakan perasmian yang melibatkan pelbagai tempat di area KK ni. Tarikh pengisytiharan bandaraya KK ialah pada 2 Januari 2000 dan dirasmikan oleh Datuk Ghani Rashid iaitu datuk bandar yang pertama. Macam di KK bah hehe.  Cuma sebanyak banyak sambutan yang dibuat, inilah kali pertama aku datang dan sanggup menghitamkan diri.. :p dan hasilnya memang berjaya..


Aku ingatkan si Joy ni yang snap gambar tok laki dia, rupanya aku yang kena pegi. Sudahlah aku ni pemalu. Pemalu lah sangattt. Ya lah, mana  tidak malu plak, orang lain semua maju depan, lepas tu aku tengok semuanya spesies jantan, yang aku ni sajalah golongan bidadari tersengih sengih malu malu, sampaikan ada sorang pakcik baik hati tu terpaksa bagi dorongan motivasi supaya aku maju ke depan lagi lepas adegan tolak menolak dengan Joy.. "Kau lah, kau lah" ."Alahh, aku?"
Nampaknya terpaksa juga kih kih kih.


Berpeluh juga lah ketiak kak jemah, sebab kiri kanan kamera bapak panjang, besar dan bulat. Kamera akulah jugak yang masih empat segi , ambik 5,6 kali still kabur. Bukti? dongaklah, tengok balik gambar-gambar di atas.


Apapun enjoy the moment.Hepi birthday bandar KK! Semuanya ada di sana. :)

Bye

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...