Skip to main content

Posts

Showing posts from October 8, 2014

Banjir kedua

Assalammualaikum Sempat lagi ni , salam Aidil adha semua.. mohon maaf ada salah dan silap k.. Cuti raya ni dihabiskan bersama family ku yang tercinta. Kali ni mr.soulmate ku suda apply cuti awal awal..dapatlah beraya bersama hihi. Kelmarin sepatutnya pegi sekolah macam biasa. Tapi nampaknya hujan dari isnin masih belum mahu berhenti.. Entahlah dari bila kan, sebab isnin tu baru balik dari kampung. Hujan beserta angin masih lagi belum ada tanda mahu berhenti. Aku sengaja lambat lambat bangkit dari pembaringan. Lagipun kereta hubby guna , tunggu dia sampai dulu baru boleh gerak.. Tapi bila husband balik, aku baru mau mandi. Sejuk sangat, rasa malasss. Bila baca group watsapp sekolah, dorng bagitau sekolah banjir lagi! Dan masa itu tidak sia sia aku berlengah sebab tidak lama lepas tu Gb isytihar cuti... Hihihi,apa lagi, sambung tidur... Sebelum ini lagi teruk banjir di sekolah aku. Sampai bilik guru pun dimasuki air. Kali ini, seluruh daerah penampang habis