Skip to main content

Banjir kedua

Assalammualaikum
Sempat lagi ni , salam Aidil adha semua.. mohon maaf ada salah dan silap k..
Cuti raya ni dihabiskan bersama family ku yang tercinta. Kali ni mr.soulmate ku suda apply cuti awal awal..dapatlah beraya bersama hihi.

Kelmarin sepatutnya pegi sekolah macam biasa.
Tapi nampaknya hujan dari isnin masih belum mahu berhenti..

Entahlah dari bila kan, sebab isnin tu baru balik dari kampung. Hujan beserta angin masih lagi belum ada tanda mahu berhenti.
Aku sengaja lambat lambat bangkit dari pembaringan.

Lagipun kereta hubby guna , tunggu dia sampai dulu baru boleh gerak..
Tapi bila husband balik, aku baru mau mandi. Sejuk sangat, rasa malasss.
Bila baca group watsapp sekolah, dorng bagitau sekolah banjir lagi!

Dan masa itu tidak sia sia aku berlengah sebab tidak lama lepas tu Gb isytihar cuti...
Hihihi,apa lagi, sambung tidur...
Sebelum ini lagi teruk banjir di sekolah aku. Sampai bilik guru pun dimasuki air.


Kali ini, seluruh daerah penampang habis kena. Lagipula empangan sungai moyog sudah dilepaskan. Lagilah.. sampai ke pekan donggongon banjir tu.
Gb sekolahku kiranya ambil langkah bijaklah bagi guru dan murid balik awal.mungkin mengambil pengajaran dari peristiwa lalu kan.


Ada beberapa sekolah yang guru dan muridnya masih terperangkap dalam sekolah sampai malam. Mujur penduduk kampung baik hati hulurkan bantuan makanan.
Dato Jame Alip pun ada datang melawat.


Dan lagi sekolah mencipta sejarah minggu lepas.
Kami sukan sekolah sebenarnya hari jummat lepas, tapi habis sahaja acara perasmian dan acara 50 meter budak comel pra sekolah, hujan turun dengan lebaaaaat sekali. Terpaksa postpone sukan tahunan. Hihihi...


Apa pun, bencana alam ni hanya Allah saja yang tahu, dan yang pastinya, pasti ada hikmah di sebalik semua ni.
Oh anak mama dengan abah minggu ni masuk 3 bulan . Mudahan sihat dalam kantung mama.. hihihi

yang ni jalan ke pekan donggongon.. 

ni gambar pekan donggongon.. 

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...