Skip to main content

Posts

Showing posts from September 4, 2013

Penantian suatu anugerah

Assalamualaikum, hari ni semua pertanyaan dan andaian andaian dari bakal bakal guru yang sangat bersemangat waja sudah terjawab. antara pertanyaan yang berlegar legar ialah, bila tarikh dipostingkan, dan antara alasan alasan yang sempat aku baca, kereta, sudah tidak berbayar 3  bulan, ada bini hendak diberi makan, duit poket kosong, bosan, tidak sabar mendidik anak bangsa, rindu dengan anak murid dan pelbagai lagi sebab menyebabkan persoalan ini seringkali wujud di group batch kami, syukur alhamdulillah, walaupun berstatuskan interim *sebab result spp belum kuar lagi* sekurang-kurangnya dapatlah juga pahala, sekurang kurangnya terubat hati yang resah, menjadi penunggu tidak berkesudahan, yang masih bujang macam aku, tiada apa sangat yang hendak dirisaukan melainkan bimbang menyusakhkan ibu bapa di rumah dek kerana menghabiskan beras, yang ni ayat kasar. ha ha ha. sori. walaupun setakat hari ni sekolah masih belum diketahui cuma negeri sahaja, pakat pakat sam