Skip to main content

Penantian suatu anugerah

Assalamualaikum,

hari ni semua pertanyaan dan andaian andaian dari bakal bakal guru yang sangat bersemangat waja sudah terjawab.
antara pertanyaan yang berlegar legar ialah,
bila tarikh dipostingkan,
dan antara alasan alasan yang sempat aku baca,
kereta, sudah tidak berbayar 3  bulan,
ada bini hendak diberi makan,
duit poket kosong,
bosan,
tidak sabar mendidik anak bangsa,
rindu dengan anak murid
dan pelbagai lagi sebab menyebabkan persoalan ini seringkali wujud di group batch kami,


syukur alhamdulillah,
walaupun berstatuskan interim *sebab result spp belum kuar lagi*
sekurang-kurangnya dapatlah juga pahala,
sekurang kurangnya terubat hati yang resah,
menjadi penunggu tidak berkesudahan,
yang masih bujang macam aku,
tiada apa sangat yang hendak dirisaukan
melainkan bimbang menyusakhkan ibu bapa di rumah
dek kerana menghabiskan beras,
yang ni ayat kasar.
ha ha ha.
sori.
walaupun setakat hari ni sekolah masih belum diketahui cuma negeri sahaja,
pakat pakat sambung doa pula dapat daerah yang diinginkan.

jika sebelum ni yang sudah berkahwin masa latihan duk risau posting berjauhan,
sudah boleh menadah tangan,
munajat dan bersyukur pada Ilahi,

diberi peluang untuk duduk berdekatan,
walaupun ada yang berlainan negeri macam selangor dengan melaka,
tapi oklah.

lainlah pula special kes,
macam kawan aku,
simpati sangat sangat,
dari tahun lepas lagi asyik cakap tahun depan dapat pindah ke tanah seberang,
sebab laki dia duduk di situ,
lastly, bukan rezeki,
si suami di sabah,
dia pulak ke melaka..
mungkin tersilap pandang,
moga ada jalan penyelesaiannya,


aku?

syukur masih berkhidmat di negeri sendiri,
tengok wajah mama ngan bapa alhamdulillah
terserlah kegembiraan.
terima kasih ayahanda dan bonda kerana berkat doanya..

mr. Fiance masih bersusah hati,
bimbang aku ditempatkan jauh dari dia,
maklumlah dulu masa latihan memang duduk dekat,
dia yang tolong jaga,
permintaan bapa,
sebab jauh dari keluarga,
syukur dia membantu mana yang perlu,
kali ni,
sedikit risau sebab mungkin aku bukan di tempat lama,
kalau itu takdirnya,
apa salahnya :)
cuba di tempat lain lah pula..

di mana pun aku ditempatkan moga semuanya mudah belaka lah kan..

nantikan kesudahannya,,
moga moga minggu ni boleh tahu sekolah mana aku ditempatkan,
debar juga sebenarnya :)

semoga satu penantian membawa bejuta anugerah indah.

alaahai kenapalah entry ni macam jiwang bekarat.

lantak....

terima kasih ya Allah..


kbye

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...