Skip to main content

5 perkara boleh rosakkan O.T.A.K

Assalamualaikum..


Hari ni aku mau kongsi siikit ilmu yang mungkin boleh kita ambik pengajaran, ambik iktibar, kemudian yang baik kita amalkan, yang buruk kita cuba hindari.


Ilmu yang aku dapat ni sebenarnya dari sebuah majalah Islam. Ya la, dalam Malaysia ni ada banyak jenis majalah-majalah Islam kan? Yang tidak berkesempatan membeli macam aku tu, sekurang-kurangnya adalah dapat ilmu sikit melalui pembacaan dari belog-belog kan?


Ya bapak bapak ibu ibu, semua manusia ni dikurniakan oleh Allah satu otak untuk satu jasad. Rasanya semua tau apa yang membezakan manusia dengan binatang. Sebab binatang pun Allah kurniakan Otak tapi tidak dikurniakan Akal. Bila adanya 3 unsur iaitu Akal, roh dan jasad maka inilah yang dimaksudkan dengan MANUSIA. untuk tau lebih detail perbezaan-perbezaan ini sila lah renung dan tenung jadual di bawah ni.





Ok, jadual atas ni ada tambah satu lagi unsur iaitu NAFSU. jadi tuan tuan boleh lah lihat dengan jelas ya dari jadual ni.


Jadinya, hari ini kita perlu tahu perkara-perkara yang boleh merosakkan otak.



1. TIDAK AMBIL SARAPAN PAGI

Aku kan kalau tidak ambik sarapan pagi-pagi mulalah perut macam digerudi, pandai dendang lagu Enul plak tu, makanya tangan pun siap bergerudi (ketar ketar) sebab aku ni  ada gastric. Jadi tanamlah dalam diri masing masing kan , rajin rajin lah ambik sarapan. bukan saja boleh hilangkan goyangan gerudi tangan, malah otak pun akan terjaga!

Bukan apa, otak adalah organ yang paling banyak guna tenaga kira kira 25%.Yalah, kadang kadang tu, pagi pagi lagi otak ligat berfikir tengah hari ni mau makan apa?? Kan, makan pun jadi isu.

Akibat tidak ambik breakfast ni lagi akan menjadikan paras gula dalam darah rendah, jadinya nutrisi-nutrisi yang sepatutnya sampai di otak jadi tidak sampai sampai. Mulalah sel-sel otak banyak yang mati. So, pada hari tu otak kita tidak berapa afektif mana. Pemikiran kognitif pun jadi lembab. Tiba tiba masuk subjek Ilmu Pendidikan puleks.

Takut? Jom amalkan sarapan setiap hari.




2. TERLEBIH MAKAN

Amboi terasa kak jemah.

Rupanya yang kita sibuk sumbat macam-macam dekat mulut tu akan menyebabkan darah baaaaaanyak sangat dialirkan pada perut untuk proses pencernaan. Kesianlah perut, penat proses. Jadi bila perut yang ambik banyak sangat keperluan darah, yang sampai ke otak jadi ciputlah kan..

Bila ciput, effect dia ialah. MALAS, KURANG FOKUS & MENGANTUK.

tu yang aku selalu makan sikit  banyak sekarang, sengaja, menikmati musim anggur.poodah!jangan ikut yang ni.



3. MEROKOK

rasakan. siapa yang merokok tu maknanya sayang otaklah kan?
kan rokok tu dalam dia ada macam-macam.. nikotin, tar segala macam jenis racun. pandai-pandailah mak-mak jemah fikir fikirkan.



4.AMBIL GULA SECARA OVERDOSE

yang ni aku pallling suka. kalau sehari tidak jumpa gula, sungguh tidak sah.
bila ambik secara berlebihan, ia akan ganggu aktiviti serapan protein & nutrisi lain dalam darah. jadi pandai-pandailah kaitakn dengan penjagaan otak k!



5.MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR

So, lepas ni baik kita pakat ramai ramai lah beli kereta HYBRID. macam kaya kan?
bila kita selalu hidu bau yang tercemar ni, sel sel otak akan jadi rosak. Boleh bagi aku purata lelaki yang tidak merokok?? sebabnya bila kawan atau hidup dengan orang yang hari hari hasilkan asap, boleh jadi rosak otak ni!





Oklah, yang 5 ni sebenarnya ramai yang sudah maklum. Tunggu sebab yang 5 akan datang..

Bye

Comments

Popular posts from this blog

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

sayangku Habib Naufal #1stdayketaska

Assalamualaikum.. salam syawal entah yang ke berapa. terpanggil pla ari ni membebel dalam ni. bukan apa, hati tengah sedih, mama x kuad. huhuhuh 3 hari ni bs aku cuti pulak. start kemarin, kebetulan suami cuti so dia jaga Habib. sejak Isnin tu, aku berkira-kira hantar Habib ke Taska yang baru dibuka oleh isteri sorang ustaz. ya memang aku kenal ustaz tu. Selasa tu kami pegi tengok taska tu baru ada sorang baby, tu pun 5mo baru. Habib mula mula excited sangat aku pun senang la hati dia main bola yang ada dalam tu. last last tiba tiba dia nangis rupanya dia da gigit bola tu sampai bocor ntah apa cecair ada dalam tu, sampai ke baju kotor mungkin rasa kelat kot. atau ntahla yang penting nampak Habib tidak selesa asyik nangis so hari ni, 1st day dia ke sana. adoi anak nangis, mama pun ikut nangis nak ya la orang tu asing sangat bagi dia da la dia sorang duduk dalam tu... kalau ada kawan lain maybe dia mau kot sabarlah anak tengahari nanti mama ambik seb...