Skip to main content

Penangan semut atau inikah badi??

Assalamualaikum

salam 9 Ramadhan. sebelum aku busy membuat persiapan jualan bazar hari ni, sempat lagi mau celoteh sikit.
. hehe.

apa akibat makan semut? selalunya dengar dari orang orang sekeliling,bila makan atau minum sesuatu yang sudah dikerumuni semut benda tu eloklah kita jangan sentuh lagi. betul tidak?

akibat yang selalu aku dengar, takut jadi PELUPA.
tapi aku hentam saja bila ada seekor atau dua ekor berenang dalam botol air yang kebetulan masa tu, langsung tiada air lagi di depan mata. Kah kah kah. lantak,janji haus hilang.

mungkin itu sebab salah satu aku selalu terlupa barang barang hak milik sendiri. kadang kadang hp entah ke mana.. jumpa kejap, hilang lagi. lagi 1, kunci. apa sahaja jenis kunci mesti hilang.

kes lebih parah dari kecil sampai besar, bila pegi kedai selalu hilang barang yang sudah dibeli. entahlah, tangan aku kot yang salah? hah? salahkan tangan? bertuah sungguh jenis manusia macam aku ni.

barang yang paliiing tidak tahan lama dalam genggaman. handkerchief. sebab tu aku tidak pernah bawa sapu tangan. sayang. hilang begitu saja.

mama aku sudah kategorikan aku sebagai manusia lalai dan leka. kah kah kah. Mama tu. bila cakap inysaAllah termakbul.

tapi aku rasa aku sangat mewarisi kelupaan dari belah bapa. bapa aku, hero aku. makanya, bapa borek anak guling-guling.

entah berapa ratus kali bapa aku hilang kunci kereta dan berapa belas kali hilang dompet.


keluar dari kereta, masuk rumah, pegi dapur, makan, rehat kejap, jalan balik.. stuck! sebab kunci kereta hilang katanya.

 tapi 2 hari yang lepas adalah hari kehilangan kunci yang terlawak.

Bapa: Heiiii, mana kunci kereta ni??
Me: tadi kan bagi ayam di reban makan? manalah tau tertinggal dalam tu.
Bapa: Ohh ya kan.


Masuk rumah semula.

Bapa: tiada pun.
Me: diam entah mau cakap apa.
Bapa: Nanti jumpa juga tu. Naik motor jak la ke sawah hari ni. Nanti tolong cari k.
Me: Ok.


satu jam setengah lepas tu, bapa balik.


Bapa: Ada jumpa kunci??
Me: Tiadaaaa (padahal tiada cari pun, sibuk perap ayam,ikan dll untuk petang nanti)


Tiba -tiba Jur turun dari atas.

 Jur: Niiiii. ada sangkut di paku.
Bapa: Hhehehe.. Nah, kan.

Diam kejap.

Bapa: Eh,buduhnya( bahasa biasa nan tiada maksud apa apa). Aku yang bodoh ka, kunci ni bodoh?
Me: (*&^^$$^#@!)


aku mampu ketawa saja. kah kah kah..



Yes, memang betul aku mewarisi bapa aku. jadi sekarang ni? badi ka semut?? kesian semut, salah manusia semut pula jadi mangsa hahahaha..






Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

rasa campur baur

Assalamualaikum, Alhamdulillah segalanya selesai. surat penempatan sudah ada di tangan dua hari lepas, penantian yang sangat tidak sia sia bila dapat mengajar di sekolah lama, selain sudah biasa dengan orang orangnya, segala urusan pun jadi mudah, tiada rasa malu, tapi peliknya debaran kekal ada hahahahaha bila tau saja nama sekolah minggu lepas, kalau tidak silap hari Rabu petang, Jumaat tu terus ke KK cari rumah atau bilik sewa, bila tau saja berita ni, wajah bapa lah yang paling gembira, apa tidaknya dari dulu mau anak gadis dia yang sorang ni ikut jejaknya. thanks a lot tuk bapa dan mama yang banyak sangat berdoa untuk permudahkan segala urusan anak mereka yang degil ni. macam biasa bila dapat sekolah lama, area pebret pekan Donggongon, walaupun Putatan lebih dekat, tapi bapa aku tidak suka lah pulak aku duk menyewa di sana. jalan busy, sempit, tu yang bapa fikir, takut bahaya tuk diri aku kan. aku pun suka juga duduk sini, banyak privacy selain jalan ya...