Skip to main content

5 lagi punca otak lemah dan lembab

Assalamualaikum.

Ni baru balik dari sekolah tolong kawan kawan isi e-laporan untuk program j-qaf. Malu pula datang sekolah tu, semua macam rindu terutama geng geng agama. Hehe. sempat melampiaskan rindu pada anak anak tahun 1. macam mau cium cium saja. budak perempuan confirm confirm aku cium. yang lelaki kita mampu usap usap kepala saja. memang rindu gila!!!


Guru besar pun macam nampak hantu sebab terkejut tengok aku duduk meja sendiri di bilik guru. kah kah kah. janggalnya rasa bila tiada kaitan lagi dengan tugasan tugasan di sekolah. jadi malu malu meow pula.


Oklah,hari ni aku mau tunaikan janji dulu , jom share 5 lagi baki punca punca otak kita lemah!

6. TIDUR YANG BERLEBIHAN

yang ni buat masa ini memang aku amalkan. bukan sekali, tapi berhari-hari. Al maklum, musim tanam tanam anggur. rupa rupanya sangat tidak elok untuk kesihatan! jom kurangkan tidur. tapi jangan kurang dari 6-8 jam pula!


7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA

kenapalah semua sebab ni aku selalu buat. kah kah kah. patutla otak macam laptop banyak virus! bagi aku bila tutup muka, lebih mudah untuk lelap. Lagi lagi bila silau oleh lampu.selalunya aku letak tangan atas mata. tapi rasakan bila bangun, terus juling 360 darjah. sakit kepala aku dibuatnya.

bagi anak anak, puan puan, tuan tuan yang suka sangat tekup muka di bantal, atau guna lengan atau yang rajin sangat baca buku sebelum tidur, sampai buku yang baca kamu balik jom kita ubah habbit tu. bukan apa,bila kita buat benda benda ni, banyak gas karbon dioksida terperangkap dan akan disedut balik masa kita bernafas. jom kita ikut cara Nabi s.a.w tidur.

Cara Baginda tidur? nanti aku update di entry khas ok?



8. KURANG BERIMAGINASI

perasan tidak orang orang yang gemar berimaginasi ni otaknya lebih geliga? contoh, penulis novel. Kan kah penulis novel ni orang yang banyak berjalan melihat tempat orang. Bila luas pemandangan dia akan kaitkan tempat tempat yang dia pergi tu dengan penulisan dalam watak watak pada novel. kalau perasan lagi, mesti dia cerita lebih detail. sebab dia gemas berimaginasi.

sebab tu bila kita gemar berimaginasi, maka otak akan jadi lebih aktif! so, bila sebaliknya lain pulaklah jadinya kan..


dengan syarat! jangan imaginasi benda benda mengarut pulak..


9.JARANG BERFIKIR

Ha? ada siapa siapa di sini kurang atau jarang berfikir? terutama yang gemar main lepassss ja cakap tu. lepas cakap baru fikir. ha. kalau lepas cakap dia fikir, ada bagusnya juga. sebab dia berfikir. kalau cakap langsung tidak fikir apa pulak maknanya? maksudnya dia tidak berfikir lah kan?


apa pun, aku pernah dengar 1 kajian dari cerita cerita guru masa di sekolah dulu. Bila pengkaji tu mendapati bahawa otak orang Malaysia lebih mahal dari otak orang orang Eropah. siapa boleh bagi jawpaan?


Oklah, begini sebenarnya. otak orang Malaysia dikatakan mahal sebab jarang digunakan untuk berfikir. Manakala otak orang ERopah dikatakan otak yang tiada nilailah kan. sebabnya, dorang selalu menggunakan otak untuk berfikir. jadi, cuba fikir? kita tergolong ka tidak dalam kalangan orang orang yang mahal otaknya? aku?


50 50 lah kot :)


10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN

ok ok ok.. yang ini confirm ramai yang buat kan.. tapi aku harap tanggapan aku ni salah belaka. walaupun aku cakap ramai yang buat, aku tetap doakan kita semua ni terdiri dari mereka mereka yang raaaajin baca AlQuran..

tengoklah, baca saja.. bukan suruh hafal pun. sudah boleh tajamkan otak. Ya lah, ayat ayat suci al-quran kan. jangan tajamkan otak, hati pun tercuci bersih. tidak perlu gunakan gavicson? eh, apa kaitan?

ada.. melalui ayat quran ni saja pelbagai penyakit boleh diubati..

marilah kita menanam azam dalam diri untuk rajin membuka dan membaca mukjizat dari Allah walaupun cuma selembar sehari. Amin.



Ok, habis. Jom sama-sama elakkan benda benda yang melemahkan otak. Bye

Comments

Popular posts from this blog

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

sayangku Habib Naufal #1stdayketaska

Assalamualaikum.. salam syawal entah yang ke berapa. terpanggil pla ari ni membebel dalam ni. bukan apa, hati tengah sedih, mama x kuad. huhuhuh 3 hari ni bs aku cuti pulak. start kemarin, kebetulan suami cuti so dia jaga Habib. sejak Isnin tu, aku berkira-kira hantar Habib ke Taska yang baru dibuka oleh isteri sorang ustaz. ya memang aku kenal ustaz tu. Selasa tu kami pegi tengok taska tu baru ada sorang baby, tu pun 5mo baru. Habib mula mula excited sangat aku pun senang la hati dia main bola yang ada dalam tu. last last tiba tiba dia nangis rupanya dia da gigit bola tu sampai bocor ntah apa cecair ada dalam tu, sampai ke baju kotor mungkin rasa kelat kot. atau ntahla yang penting nampak Habib tidak selesa asyik nangis so hari ni, 1st day dia ke sana. adoi anak nangis, mama pun ikut nangis nak ya la orang tu asing sangat bagi dia da la dia sorang duduk dalam tu... kalau ada kawan lain maybe dia mau kot sabarlah anak tengahari nanti mama ambik seb...