Skip to main content

Exam bagaioooioo

Assalamualaikum.

wah, rajin suda si mak jemah update. kalau boleh sehari 3 kali, macam makan ubat jugak kan. dari kol 130 tadi pagi belum tido tdo lagi. Almaklumla, sekarang hati banyak senang, kalau tidak tido 2 hari pun still no problemo sebab anytime boleh qada ma.


sambil qada puasa tu, qada la tido jugak. kemarin buka posa sorang sorang di Tg.Aru 2nd beach. kesian aku. Mr.Fiance kan busy kerja cari berian, jadi pandai pandailah aku berdikari. Menu meehoon Tomyam seafood ja. Malas ambik pic bagai, ceh padahal. Minum carrot susu. Mahal mau mati. tomya tu rm8 , carrot rm4.20. Nyesal kemudian tiada gunanya. tu yang malas makan sorang, tiada orang mau control.


sebelum tu pegi jogging di Perdana Park. Pun sorang-sorang.Betapa gigih dan tabahnya aku jogging sementara tunggu waktu berbuka. Kenapalah aku tidak lepak ja di Pantai tu kan? Tapi bosan gila kalau jalan sorang. Bosannn.


Ok, Perdana Park ni terletak di Tg.Aru berdepan dengan KKIA Terminal 2. kalau malam tempat ni ada persembahan air menari. Sambil air menari, mestilah ada lagu & lampu kan. bolehlah. best juga. taman ni dibina hasil kerjasama daripada beberapa NGO. Kawasan dia bersih. sebab orang tidak boleh merokok di kawasan ni even meludah sekalipun :p


Di sini ada disediakan track untuk jogging & taman permainan kanak-kanak. tengah-tengah tu ada kolam besar gila yang dalamnya macam macam jenis ikan ada. peramah plak tu ikan dia. datanglah kalau berkesempatan. orang bandar di sini sajalah tempat dorang lepak.


Oh, lari sejuta Kilometriko  dari tajuk entry. Kan aku cakap bab menghurai aku pakar. tapi huraian ke laut lah. erm, baru baru ni kan aku baru juga selesai kursus KPLI di IPG Gaya tu. sebelum tamat haruslah exam kan.

gila penat sampai paper 1st tu buat aku pitam selama beberapa jam dalam bilik comel. Semuanya ada 3 paper. dan semuanya berbentuk esei. essay? aku jawab essay ka? Huhu.


Lepas hampir habis masa paper paling last, tiba-tiba  otak aku mula terfikir, lepas ni ada lagi ka exam yang aku kena hadapi? Mungkin terkena renjatan kot, sebab tu aku pitam 4,5 jam dalam bilik comel.


sebab rasa banyak sangat kot exam yang aku sudah lalui. Taulah, ada lagi yang lebih banyak, tapi aku rasa macam tidak sanggup lagi mau hadapi macam macam jenis exam akan datang. Dari Tadika, Darjah 1-6, Tingkatan 1-6, sudahlah Ting. 6 ni ada setahun setengah. Lepas tu exam Semester 1-6 lagi dekat UniSZA. Belum masuk exam-exam JPJ,temuduga,etc.


harap-harap yang ini exam terakhir walaupun aku tau Program Transformasi nanti pasti ada exam. Yai!

And. waktu yang paling aku benci bila menunggu result.. Doa-doalah aku ni boleh cemerlang walaupun macam dalam hati. Layak ka??


Lantak, selagi tidak posting selagi tu aku tidak akan kahwin. Hehehe.

Chayo chayo buat aku & seluruh jqaf 2012.

suit moment! sayang, ramai sudah pulang awal. kelas aku semuanya ada 42 orang.




Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

rasa campur baur

Assalamualaikum, Alhamdulillah segalanya selesai. surat penempatan sudah ada di tangan dua hari lepas, penantian yang sangat tidak sia sia bila dapat mengajar di sekolah lama, selain sudah biasa dengan orang orangnya, segala urusan pun jadi mudah, tiada rasa malu, tapi peliknya debaran kekal ada hahahahaha bila tau saja nama sekolah minggu lepas, kalau tidak silap hari Rabu petang, Jumaat tu terus ke KK cari rumah atau bilik sewa, bila tau saja berita ni, wajah bapa lah yang paling gembira, apa tidaknya dari dulu mau anak gadis dia yang sorang ni ikut jejaknya. thanks a lot tuk bapa dan mama yang banyak sangat berdoa untuk permudahkan segala urusan anak mereka yang degil ni. macam biasa bila dapat sekolah lama, area pebret pekan Donggongon, walaupun Putatan lebih dekat, tapi bapa aku tidak suka lah pulak aku duk menyewa di sana. jalan busy, sempit, tu yang bapa fikir, takut bahaya tuk diri aku kan. aku pun suka juga duduk sini, banyak privacy selain jalan ya...