Skip to main content

Gourmet Sik Gaek

Assalamualaikum.

konon hasrat di hati mau lah update hari hari kan? muehehe. simpan sajalah angan angan itu, biar berlalu bersama angin jerebu. jerebu? alhamdulillah, semalam hujan turun, lama. sampai aku tertidur, walaupun hujan bukan jenis lebat, tapi renyai renyai. sebelum sebelum ni hujan juga, tp 5 minit ja. tu pun rintik rintik, cukup syarat membasahi 2,3 biji batu.syukur alhamdulillah..Allah sayang akan hambaNYA.


ada hikmah di sebalik jerebu yang melanda. ya, Allah sedang menguji hamba hambanya. bersyukur dengan semua nikmat yang dipinjamkanNYA. sebelum ini, bila hujan, ramai yang mengeluh. walaupun keluhan itu tidak ternampak dek mata kasar. contoh ayat atau status di FB.:


"hurmm hujan plak. x dpt keluar jln jln la ari ni"

"ahh aku peduli apa, hujan ka x, aku tetap jln juga!"

"oh,hujannn berhentilaaa, aku mau keluar ni"

"my God! Its raining."

"phew,lebat gila la pula hujan ni. habis semua plan I"


dan tahniah kepada mereka-mereka yang sentiasa mengupdate status macamn bila saja hujan turun membasahi bumi...


kredit to Ahmad Sanusi Husain.Com 


Syukur.. ada juga yang masih gunakan akal dengan bijak. 


well, selepas hujan semalam, hari ni semua jerebu suda pergi meninggalkan kawasan di sini. kawasan lain camana pula? Itulah hikmah datangnya jerebu. Semua doa minta hujan turun.. baru rasa bersyukur kan. semuanya kembali pada Allah, Ya lah, balik balik post minta Allah turunkan hujan.. Sesungguhnya Allah sangat sayang akan hamba-hambaNYA.



Siap pasal jerebu.



sekarang ni aku gila betul tengok cerita Gourmet Sik Gaek. cerita korea tu. sejak TV suda ditarik balik, aku hari hari ngadap laptop lah. tengok tonton.com.my 24jam. tipu. selagi mata trbongkak,selagi tu aku tengok. tambah-tambah siang hari ni line laju gila. sekat sekat macam dalam iklan MAXIS tu pun tiada. lajuuu ja. macam cerita yang kita download tu.



perasan tidak, asal cerita korea mesti jiwa ni mudah sangat tersentuh. pendek kata feeling gila la. ya la, mungkin pelakon dia pun main peranan kot. asal watak orang tua yang bergelar 'ayah' mesti tanpa segan silu nangis-nangis. aku ni kalau bab bab orang tua yang nangis aku dulu yang terEMO lebih lebih. belum lagi orang tu nangis aku sudah nangis. tambah lagi babak babak peluk peluk dengan anak. atau watak tengah berbaik-baik lepas bertahun tahun si anak benci dengan bapak dia.



faktor pelakon kot kan. lepas tu cerita korea yang ni aku suka gila sebab unsur utama bukan semata mata pada CINTA. yeks, aku geli lah kalau cerita cintan cintun yang melampau ni dijadikan motif utama. yang ni kisah chef-chef. sebab tu, bila aku tengok cerita ni setiap setengah jam mesti aku cari makanan. nampak sedappp ja apa yang dorang makan. 


dah la peberet aku sup-sup. tau la kan makanan korea ni hidangan utama pastilah sup. bila pakar-pakar makanan datang restoran dorang ni (nama restoran dalam cerita ni Woonamjung) hero dia Lee Sung Chan (LSC) yang pasti bukan LCH ok. mesti tetamu yang datang di restoran dorang ni orang-orang kenamaan. bila dorang rasa saja, mesti cameraman fokus mulut. 


part paling best bila timbul awan-awan. sambil dorang rasa, sambil mucul imaginasi yang kadang-kadang bunga di tamanlah, bunga di tasik lah, salji lah. unik dak cerita korea? kadang-kadang sampai satu tahap aku rasa benda tu tidak logik. tapi dalam masa yang sama aku hanyut dalam idea-idea yang boleh diterima akal. ok , contoh. ecewah, baik aku sambung master "kajian filem korea". muahahaha..


oklah, contohla dalam cerita ni kan. bila ada pertandingan mencari lembu terbaik. ok, pertandingan ni melibatkan 16 syarikat di korea. salah satunya woonamjung. panjang la pula mau cerita, tp buat buat fahamla.aku cuma cuba bagi contoh kenapa cerita korea ni unik. daripada 16 ni cuma 8 yang layak ke pusingan kedua (sebab semuanya ada 3 pusingan). so pusingan pertama pencarian daging lembu terbaik,berkualiti. macam-macam kategori yang dorang  tengok.


so, LSC kan lari dari Woonamjung. So dia ikut syarikart lain.Syarikat apa ntah lupa plak nama dia tapi start dari D la. dia keluar tu sebab abang angkat dia Bong Ju halau dia dari Woonamjung. masalah siapa jadi waris lah kan.haishh.. susah betul la, jadi panjang pula kisahnya.


Ok masa cari lembu tu LSC and the gang sudah jumpa lembu terbaik. yang tiada pusaran dekat tanduk tu,maknanya lembu tu berkualiti lah. see? ada ilmu baru dak? bila masa untuk naikkan lembu atas lori, tunggu punya tunggu lembu yang dorang pilih bukan naik atas lori dorang, tapi naik lori lain. rupanya Woonamjung ambil sudah lembu tu. bertelagah lagi la dorang ni.


cari punya cari  LSC jumpa lembu curi. bukan dia yang curi,tapi gang dia yang pakar dan pernah dapat gelaran penyembelih daging Kang boleh tau semuaaaanya berkaitan lembu. so,sedangkan berat lembu pun dia boleh teka dengan tepat inikan  pula lembu tu lembu curi ka tidak.. kan? lastly,dorang berjaya juga bawa balik lembu tu. masa dalam perjalanan penyembelih Kang yang drive. LSC ni punyala beriya iya suruh penyembelih tu laju sikit sebabnya masa penghantaran lembu untuk dipertandingkan sudah sampai masanya. 


penyembelih ni punyalah tetap juga slow. driver lembu untuk wakil Woonamjung pula bawa lori lembu macam bawa ferarry. bapak laju sampai lembu terhuyung hayanglah dia. kesian aku tengok lembu-lembu ni. pandai juga buat drama. pandailah camera man tu buat aksi yang slow-slow suruh kita sediiih tengok dia beraksi di tv kan.


yang ni sebenarnya part aku mau bagitau. punyala panjang elaboration aku kan. mesti penat baca. "bila pertandingan tu berjalan, mula mula Woonamjung dapat markah paaaling tinggi and dapat ranking 1st. tapi tiba-tiba bila juru kaji daging tu belah satu bahagian daging milik woonamjung ada darah terkumpul.. macam ala ala tompok tompok merahlah pada daging. juru kaji tu cakap lembu tu alami tekanan. so bila darah terkumpul macam tu daging tu bukan lagi dikategorikan sebagai daging berkualitiiii".. betul dak?? cuba teka kenapa daging tu jadi ada tompok tompk darah??


mesti sambil baca ni mulut kamu mengomel kan.
"gila mungkin budak ni, suh teka.."



ok sebab lembu tu masa atas lori dia rasa kecut sebab driver bawa laju gila macam ferarri. mungkin ya la, takut jatuh ka apa. hei,lembu pun ada emosi lah.



ish,banyak lagi sebenarnya ilmu dan nilai kehidupann yang aku dapat dari cerita ni. janganlah pula ambik yang negatif kan. ambiklah semua sudut positif yang ada dalam satu satu cerita yang kita tengok. apa aku melalut ni. oklah


Bye.

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...