Skip to main content

jalan jalan jumpa ...

Assalamualaikum

hari ni dan kelmarin seharian aku terdampar dalam bilik chomel. bagi menghabiskan sisa sisa kebosanan di pinggir bandar KK. sori lah, malam ni sepertinya ayat-ayat yang terkeluar dari jari jemari sangat memualkan mata yang membaca. kalau adalah.


biasalah bila feeling lonely lonely ni naah, macam macam ada dalam fikiran. kelmarin kira ok juga sebab malamnya aku ke Perdana Park lagi bagi memenuhi hajat untuk membuang toksin yang ada dari sistem perkumuhan. eh? betul ka ayat ni. pendek kata jogging. habis 3 round aku pulang.


hari ni, bagi membuang kekusutan yang melanda aku shopping window lah di shopping mall sebelah bilik chomel. 5 minit jalan kaki dengan syarat kadar kelajuan 40m/s . Huh, sembarang lagi. nampak sangat aku bosan.


Oh, hari ini semua group dalam FB terutamanyaa group e-Gtukar aku sudah jelajah. ada komen yang menyakitkan mata, menyakitkan telinga. kadang-kadang timbul pula rasa simpati. e-Gtukar ni khas diisi oleh guru-guru yang sudah sah jawatan dan berhajat untuk berpindah antara negeri ataupun antara daerah.


kasihan sungguh membaca rintihan-rintihan berkisarkan guru-guru yang suda 8-9 tahun ditempatkan di daerah pedalaman sama ada sabah mahupun sarawak. faham dengan keseksaan bila berjauhan dengan orang tua, suami/isteri malah anak-anak yang tidak membesar di depan mata.


para pengisi yang sedang berdebar menanti keputusan ini kelihatan sangat tertekan melihat pada status-status yang dipost dalam group ini. Ya lah, ada yang mengambil langkah menghubungi KPM,PPD etc yang berkaitan dengan keputusan ini kan? siapa tidak bimbang, siapa tidak risau, dan siapa tidak tertekan bila mana apabila dihubungi, mereka diberitahu bahawa keputusan akan keluar hari ini, 5petang. bila cek pada laman rasmi. batang huruf pun tidak kelihatan. siapa tidak rasa kecewa dengan makluman makluman yang sepatutnya bertanggungjawab mengeluarkan maklumat yang memberi harapan palsu?? sampai ada sanggup tangguhkan appointment semata-mata meluangkan masa membuat semakan dalam laman itu?


amboi amboi amboi. kenapa aku terEMO lebih puleks. aku tumpang kasihanla.. dan satu komen yang membuat mata aku yang sepet,menjadi bulat (yaa yang ini tipu) oleh hamba Allah. aku copy paste kejap.


"Kdg2 sy x paham bakpo guru2 asal sabah lepas abis ipg kpm hntar diorg posting ke semenanjung. Pstu kita dia hntar pi sabah srwk sampai bertahun. Kata guru kt sni x ckup, dh tu hntar la guru yg mmg asal sini biar berkhidmat kt sni. Bakpe dok anta kami yg dr smnjung posting jauh2 sni. Seksa jiwa raga btoi"
 
ok, yang ni adalah salah satu status daripada salah satu ahli dalam group. nama dirahsiakan. lepas saja dia habis enter status ni, terus adalah sorang cikgu komen..


"nk suh org sabah srwk mengenal dunia."


ok, yang ni tidak lawak. malah menyakitkan mata aku. entry kali ini bukanlah semata-mata menjatuhkan martabat guru. tapi sebagai seorang penjawat awam yang faham falsafah pendidikan negara, aku rasa tidak perlu komen yang sedemikian rupa. I know lah. aku cuba berhusnu zon.


tapi boleh kah lawak antarabangsa yang cuba dibuat oleh insan yang berhati mulia ini jangan pernah cuba cuba menyentuh atau cuba memegang dan membangkitkan isu isu yang melibatkan sensitiviti kaum? yes, we all know about the situation di sabah sarawak. tapi jangan sampai merendah-rendahkan. harus bersyukur di Tanah seberang sana dapat menikmati kehidupan selesa. dekat dengan pusta pentadbiran, kemudahan disalur di ceruk tempat. jadi bersyukurlah. 


aaah. sudah cukup. takut-takut blog aku ni jadi cemuhan pula. yang tu cuma pendapat saja. pendapat. opinion.


berbalik pada hari alone sedunia aku tadi. lepas habis semua kedai kedai di shopping mall tu aku pantau, rasa penat sangat. sebab bangunan tu panjang gila. mungkin ada juga la kekurangan sikit lelemaks aku yang makin subur ni.


depan shopping mall ni ada library. besar. ya lah,sekarang kan haze ada di mana mana. aku fikir lebih baik aku berlindung di bawah naungan air cond. sejuk sikit. malah boleh lah top up ilmu walau sekejap.


gagahlah aku melangkah masuk. masuk masuk saja tup tup dekat rak buku-buku Islamiah, bestnya. Tengok ada satu buku tajuknya menarik. ilmu Fikah Best! katanya. aku belek belek oowh versi komik. sesuai dengan usia aku. tapi serius, mata tetap segar bila baca. sampai bab kedua, aku segera pulang ke bilik chomel memandangkan zuhur perlu ditunaikan.


nanti aku kongsikan. Mau pinjam, belum daftar kad pulak kan. 

Bye. 

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...