Skip to main content

my handsome boy

Assalamualaikum.

yang ini khas buat si handsome yang hadir dalam hidup aku dari dulu.
cerita-cerita dari mama masa kecil-kecil dulu, si handsome ni selalu sangat marah mama bila tengok anak-anak dia comot, sakit, atau apa apa lah yang tidak sedap pada pandangan mata.


si handsome aku seorang yang serba boleh. dari mengajar, hingga bertukang kepada bertani, serah saja, dan sekarang bila tengok reka bentuk rumah kami MasyaAllah. kreatif sungguh si handsome aku. Al maklum, serba boleh. Nanti ada masa aku upload gambar.


Oh, sepanjang hidup dan seingat aku, dia tidak pernah pukul aku sehebat mama. Tapi statement ini bukan untuk membanding beza antara sikap si cantik dan si handsome aku. aku tau garangnya mama adalah menjadikan aku orang yang benar-benar orang. marah untuk mendidik.

ya, my handsome tidak pernah pukul aku. aku anak manja dia dari dulu. walaupun aku tau aku bukanlah salah satu puteri yang bukan favorite beliau kah kah kah. biarpun begitu semua permintaan aku setakat ni dia tunaikan. awesome kan. masih bukan favorite?? how dare me say like this. ampun pa.

masa sekolah asrama dulu, aku selalu naik bas dari KM ke KK yang jauhnya ambik masa 2 jam setengah. umur masa tu baru 13 tahun. ni semua pengaruh cerita cerita cikgu sekolah rendah. tinggal asrama penuh ni best. so, bila dapat , walaupun mata membengkak pada hari first, aku terima juga takdir. bahawa aku berjauhan dari keluarga pada usia 13 tahun.

dulu benda ni boleh lah dihairankan, tapi sekarang semua sudah berubah. itu tahun 2000 yang dulu. 13 tahun lepas. ya, aku bab menghurai memang panjang. sori.

masa balik naik bas berhantarkan mama,sebab bapa hantar kereta yang rosak di bengkel, ya masa tu aku maluuu sangat minta duit belanja. aku telek wallet, adalah dalam Rm15. dalam hati, ah cukup ni. lagipun kan makan apa semua di dewan makan. sudah termasuk dalam yuran asrama. kecuali lah, masa rehat. memang kena pegi kantin sekolah. tapi masa tu aku tak kisah. mee goreng 50sen pun ada. so, aku fikir, duit tu cukup sebulan.

bayangkan aku suda sampai berhantarkan mama, sudah siap setting katil, siap packing barang dalam locker. memang habit aku bila sampai asrama mesti akan ke public phone yang jauuuh dari bangunan asrama. biarpun sorang, aku tidak risau. yang paling penting call family walaupun cuma ada 30sen ja. bila bapa yang jawab , mula lah aku nangis. heii aku pun tidak tau kenapa aku ni cengeng gila, tapi boleh habiskan 7 tahun tinggal di asrama belum masuk asrama U.


bapa: mama ada bagi duit?
me : tiada.
bapa : aik, kenapa tidak cakap??

ahh sudah.
 
bapa: nanti bapa hantar duit kejap lagi.
me : nangis....


yes, memang bapa menumpang naik bas hari tu juga semata-mata mau menghantar belanja buat anak gadis yang jauhhh dari kampung. jauhlah kan, 2jam lebih hahaha. petang tu juga bapa sampai. sudahlah jalan masuk ke sekolah tu adalah lebih kurang 250meter kot. view dari bilik aku tu memang boleh nampak siapa yang keluar masuk dari gate utama. dari jauh aku nampak kelibat bapa. sedih kau. bukan kepalang. nangis gila aku.

jumpa tu, memang tahan ja air mata. yes, bukan pasal duit aku sayangkan dia. sampai sekarang hasrat membalas jasa tu masih belum tertunai. kecewa ni. so, dalam lemah lemah tu, nangis hari-hari , bukan bermakna aku tiada semangat untuk buka buku. mereka mereka dengan pengorbanan pengorbanan inilah menjadikan siapa aku sekarang.

sambung balik cerita "bapa hantar duit belanja".bila bapa balik, aku tengok dari bilik. cara bapa jalan, aduh hancur luluh hati. kesiannya. sudahlah penat kerja, sanggup pula ulang aling naik bas semata-mata bagi belanja untuk anak dia si cengeng ni.

see? ini baru salah satu cerita jasa daripada beriiiiibbbu lagi pengorbanan bapa ,silap silap berjuta..entrynya berperenggan sebegini.

buat my handsome aka hero hati.. aku sayang bapa. walaupun aku tau tiada hari special untuk bapa, sebab aku rasa 365,24/7 adalah hari hero & heroin aku. cuma entry kali ini khas untuk bapa. terima kasih untuk segalanya.


a
ni bapa aku masa muda muda dulu. handsome kan.
ok yang ni gmbar terbaru.. umur bapa now sudah 61..


sayang bapa!



Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

rasa campur baur

Assalamualaikum, Alhamdulillah segalanya selesai. surat penempatan sudah ada di tangan dua hari lepas, penantian yang sangat tidak sia sia bila dapat mengajar di sekolah lama, selain sudah biasa dengan orang orangnya, segala urusan pun jadi mudah, tiada rasa malu, tapi peliknya debaran kekal ada hahahahaha bila tau saja nama sekolah minggu lepas, kalau tidak silap hari Rabu petang, Jumaat tu terus ke KK cari rumah atau bilik sewa, bila tau saja berita ni, wajah bapa lah yang paling gembira, apa tidaknya dari dulu mau anak gadis dia yang sorang ni ikut jejaknya. thanks a lot tuk bapa dan mama yang banyak sangat berdoa untuk permudahkan segala urusan anak mereka yang degil ni. macam biasa bila dapat sekolah lama, area pebret pekan Donggongon, walaupun Putatan lebih dekat, tapi bapa aku tidak suka lah pulak aku duk menyewa di sana. jalan busy, sempit, tu yang bapa fikir, takut bahaya tuk diri aku kan. aku pun suka juga duduk sini, banyak privacy selain jalan ya...