Skip to main content

Having Blast day..

Assalamualaikum..

Jumaat lepas gg (jijie) aku biasa panggil gini, kawan rapat dari sekolah menengah lagi datang ke rumah. sebelum ni pernah datang juga. bestnya dapat jumpa kawan lama kan. cian kawan aku sorang ni, dia jqaf jugak. tapi ambilan 2013. kena pula posting daerah Pitas. padahal rumah di Sipitang. nasib lah kawanku :) rezekimu di sini hehehe..

alang alang dekat dengan rumah aku, aku suka bila dia datang sini. rasa gembiira sangat sangat sebab ada kawan becerita kan.

tujuan asal ke KK sabtu tu. alasan, cari baju raya. sambil menyelam minum air, jumpa Mr. Fiance. Rindu katanya. Auww

pagi pagi lagi minta tolong ayahandaku cek apa yang patut kereta gg. bestnya gg suda berkereta hehehe. nama diberi "Putih putih melati" katanya. memang chomel. penuh dengan Pooh hehe. peminat setialah katakan. sejak kenal dia memang tidak boleh dipisahkan dengan pooh. jangan ambik tema Pooh masa kawen sudahlah kan gg.. lepas siap cek, terus salam bapa & gerak.

bertolak dalam kol 7 dari KM, sampai dalam 9lebih. terus ke Pusat Perodua di Putatan. tongkat bahagian enjin entah aku hentam apa nama dia, hilang katanya. mujur murah, dalam RM5.30 saja siap tolong pasang lagi.

lepas selesai urusan di Perodua terus ke Pekan Putatan memulakan misi mencari baju raya gg. aku? sudah hantar untuk dijahit. lama tidak membeli baju ready made. masih suka dengan jahitan aunty Suin. al maklum, ukuran baju di badan tersangat tepat hehehe.

first tu singgah kedai Vunfa.sementara tunggu kawan baik aku lagi sorang,Patmah (pat) ambik ujian komputer untuk lesen kereta hairan pulak bila masuk kedai ni mesti orang 'pilak' pekerja dia. amboi mulut, tapi aku susah jugak lah mau explain di sini pilak tu apa. kasar sangat ka?? bagi aku tiada langsung niat menghina cuma aku tidak tau apa gelaran yang sesuai untuk mereka. yang pasti aku kenal dari bahasa dorang. muka halus mulus gebu gebu gitu.  sampai kedai tu gg tengok tengok dulu, lepas tu baru ke kedai Faraheen. boleh tahan juga baju dia. tapi bagi aku jahitan kurang kemas. jenis kain pun kurengs. gg berkenan dengan baju kurung fesyen peplum kale biru dengan merah kalau tidak silap. siap ambik gambar lagi. hehehe..


lepas tu, Pat selesai. tahniah sayang, lulus cemerlang ujian tu. 47/50. tere tere hehehe. then lepas tu kami gerak ke Karamunsing. cari punya cari masih belum bertemu.

ke Wisma Merdeka pulak, masuk situ, aku berhajat membeli sandal. sebab sandal yang aku guna masa tu Jur punya. ada bunga besar kale merah lagi. hadoii not my pebret loo tapi no choice sebab masa jalan tu sandal kegemaran ku entah terbang ke mana. jadi rembatlah kan.

yang ni pun pat ngan gg yang tolong recommend kah kah kah. aku kan buta fesyen. yang penting selesa. dorang dua ni asyiklah pilih selipar  yang seksi untuk kaki aku ha ha ha. lastly, ambil kale pink kemerah merahan. pandainya pilih. harga dalam RM38. tengok tapak, memang getah. tahan kot kalau tapak getah compare dengan plastik. lekat di lantai. senang kita round round lebih lama.

habis round satu wisma tu satu pun masih kurang berkenan. sebab bagi aku fesyen dia masih kurengs walaupun aku buta fesyen. banding dengan butik butik online. tapi risko beli via online ni besar lah. kalau beli direct dari kedai siap boleh fitting lagi kan. puas hati. last sebelum keluar dari wisma merdeka terus jumpa satu gerai jual baju kurung banyak banyak. di situlah gg jumpa fesyen n kale yang dia mau. tapi kami sepakat tuk buat servey lagi ke segama ha ha ha. perempuan perempuan.. gagah kaki melangkah tanpa haus dan dahaga. seronok!



lepas habis round di situ kami beralih tempat pula ke Segama. syurga segala jenis kain di KK. tengo tengok, mujur masih kurang lagi orang. so,kurang sesak lah kan. tengoklah minggu depan & seminggu sebelum raya. huhaiii confirm berhimpit himpit. yang lucunya, bila tengok family family yang shopping jelas kelihatan muka muka si bapa, si anak lelaki lesu dan tidak bermaya berbanding dengan si ibu dan si anak perempuan. kah kah kah. lawaknya rasa. bila tengok tembok tembok tempat duduk dipenuhi dengan kaum lelaki. standard lah kan. kena jugak si lelaki lelaki ni tahankan sebab untuk baju raya. sabar ya pakcik pakcik, makcik makcik busy nih pegi test baju dekat fitting room, cari langsir lagi. sarung kusyen lagi.

macam macam ragam aku tengok, tu belum lagi yang bawa baby.cian lah baby panas panas.


sampai di situ, ada plak satu kedai ni jual tudung belemon lemon, baju betindan tindan. jumpa fesyen yang sama dengan baju di wisma merdeka tadi. kale biru kehijaun kot. yang pekat tu. murah sikit. tapi gg masih belum buat keputusan. its ok aku n pat faham sesangat test kawan baikku sorang ni. padahal aku pun kalau cari baju lebih kurang sama juga.

lepas tu ke KK Plaza pula kami. tempat ni aku sukaaa sangat sebab barang barang dia boleh tahan agak murah. termasuk handphone. selalu beli tudung di sini. jalan punya jalan jumpa juga kain Pario untuk Jura. mahal! kain saja pun RM38. mahal lah bagi aku yang bukan jenis fashionista ni. kah kah kah. hajat di hati menambah skirt tapi entah, kalau ada harga RM2 aku beli kot. Kah kah kah, gila kedekut taik hidung masin. bukan kedekut, tapi berjimat.. konon.

round roud dekat sini terjumpa lak butik pengantin. debarnya lalu lalang butik ni, kah kah kah. hairan bin pelik. lawanyaaaaaaa baju baju dia. moden gitu, kale pun semuanya hot. buat aku teruja sangat sangat. tidak sabar pun ada. gatai nak mampuih. ala standard lah kan. gg ngan Pat senyum ja tengok perangai gediks aku. sabo jak lah kawan kawanku..

di sini barulah dapat baju yang gg suka. harga pun ok. puas hati. merah darah gitu. tapi masa gg ngan pat masih dalam kekeliruan buat keputusan antara baju kuning coklat atau merah, masa tu jugaklah Mr. Fiance sampai.. so aku belum tau baju apa yang gg pilih.

Pusing pusing cari Mr.Fiance tu, kejap saja sudah jumpa. amboih debar debar dada I. almaklumlah suda 2 minggu tidak bertemu. ecewah macam 2 tahun plak rasa. kegedikan melanda diriku lagi. biasalah sebelum ni hampir hari hari jumpa kan. habis kursus di IPG ke kampung halaman lah daku. so mana boleh jumpa.

rasa macam jumpa first dulu dulu pulak. seronok juga macam tuh kan? jarang jumpa lagi baik. kalau selalu jumpa kang gaduh lagi macam meow dengan ouw ouw.

aku plan makan sedap sedap masa berbuka dengan dia. rupanya dia sudah ada plan yang lagi dashyat. makan dengan team dia, geng geng Slumber. mula mula keras hati juga tidak setuju. siap keluar angkut barang barang lagi konon suruh kawan ambik. biar dia pegi sorang tanpa aku. echewah merajuk macam %$#. lastly dengan hati berbelah bagi pegi jugaklah.

makan di Gayang Seafood Restaurant. mahal! semua yang datang ari tu dalam 12 orang juga termasuk adik Mr.Fiance & wife dia. semuanya ada yang pernah aku jumpa dulu masa jalan-jalan ke Ranau, ada yang baru kenal. aku bukan sombong tapi aku ni agak pemalu lah juga bila jumpa kawan kawan dia. majoriti ramai yang sudah berkeluarga. ada anak 1. dulu masa 2009 kot last jumpa semuanya masih belum kawin. bila ada anak anak ni aku seronok lah pula. sebab aku kan suka budak. konon. muahahaha.

chomel chomel anak dorang ni, jeles pula tetiba. asyik asyik topik mengenakan orang yang belum kawin kawin. aku senyum sajalah!

menu ari tu udang masak butter basah, ketam masak kari, ketam butter kering, ayam, ikan, kailan. masuk dessert puding kelapa,kacang kacangan,jeruk jambu batu. hohoiii sodap. meletup cik perut aku, miss kondo.











balik tu dalam kul 9pm jugaklah. siap gambar gambar lagi dengan semua Slumberianz.  lepas tu Mr.Fiance hantar aku ke Giant Putatan sebab gg ngan Pat ada di situ. malam tu tidur rumah Pat. Jumpa lagi raya ke-2 darl.. miahaha.

Sampai rumah Pat, mama dia tengah mengaji. sejuk hati dengar. keluarga sporting sangat sangat. suka, tenang saja tengok mereka. then mandi and tidur lepas borak borak kejap.

tiba -tiba sms dari Joy, ada meeting puteri Umno kul 11. KK ke KM dalam 2 jam. terpaksalah aku ngan gg gerak awal dari situ. Oh ya, sahur dengan family pat sangat best! masakan air tangan ibunda dia sodaaappp sangat sangat. biasalah si pelahap. dulu bukan main lagi tiada selera bila bersahur. sekarang ni asyik laparrrr lah saja.


sampai Km tepat kul 11 pagi, then terus ke Balai raya. tengok tengok 12 orang saja yang ada. miahaha. tidak pasal pasal jadi setiausaha Puteri Umno. sejak bila pula aku ni aktif berparti. layankan aje. padahal di hati pangkah lain :p shttttt undi adalah rahsia!


lepas meeting, habis dalam 12.30 terus tidur. sebab penat sangat. sampai kul 3pm. Joy kejut pulak sebab ada undian untuk AJK Induk kampungku. katanya wajib, bangunlah si perempuan ini dengan longlai. lepas Zuhur ke Balai lagi. habis tu, terus buka Mini Bazaar. sampailah 5 minit lagi berbuka aku stop. Hohoii penat mau mampus jugaklah aku.


Tu lah minggu full blast. K bye!

buat  gg ngan pat, selamat beraya bertemakan si merah tahun ni! moga bertambah seri dan ceria.. :)






Comments

Popular posts from this blog

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru risau d

selamat menggendong gelaran Madam ,Yus!

Assalamualaikum.. seminggu before exam hari tuh aku sempat memenuhi undangan salah sorang kawan aku di daerah Inanam. Ala rumah dia dekat ja dengan sekolah menengah aku dulu. so, kami segerombolan kawan kawan janji jumpa di sekolah tercinta tu dulu sebelum gerak sama-sama ke rumah pengantin, Pn Yustiani Yunus. kejadian tu pada 1 Jun 2013 hehe. tapi Yus sudah sah bergelar madam 31 Mei 2013. Tahniah sayangku. dia rakan sepengawas dulu, timbalan ketua pengawas you. aku pengawas taik kucing ja. sebab bila ada sportcheck, semua gengawan gengawan yang bawa benda benda haram seperti handphone etc mesti jumpa aku, suruh wat sportcheck di locker dorang. Aku kan baik. mestilah aku tolong sembunyikan. berdosa you, matiklah aku nanti kena soal. Adik-adik jangan ikut perangai kakak yang tidak senonoh ni. masa form 5 dek kerana sudah tidak tahan & takut pegang amanah, aku minta supaya tidak dilantik lagi jadi pegawas asrama mahupun sekolah. bolot semua jawatan kah kah kah. macam hebat sang

cuti panjang sebelum cuti lagi panjang

Assalamualaikum sebelum ni busy dengan entry 'busy' kan.  hehehe sempat lagi ada cuti 5 hari masa busy busy ni. maksudnya nikmat cuti tu masih ada kan. dengan adik yang baru masuk pindah ke bilik comel, rasa riuh sangat sebelum ni kan aku biasa duduk diam diam.. bila dia becakap aku terbiasa lah diam lupa jawab apa yang dia Tanya, haha agak kekok di situ ok, bukan apa, bila becakap orang bilik sebelah tu dengar bulat bulat apa yang kita cakap. so, macam malu jugaklah kan kalo cakap dengan nada yang kuat. best jugaklaah.. aktiviti masa cuti? 2 hari berturut aku pegi tengok ISTAF dengan Mr.Fiance di stadium likas. peringkat International kot. tengok perempuan pun ada main takraw Malaysia masuk final lawan dengan Thailand. yang tu untuk lelaki, pompuan cuma layak untuk rebut tangga 3 ngan 5, Malaysia vs Indonesia, first time pegi sokong siap sorak sorak lagi.. gamat gila suasana. tu belum tengok bola sepak lagi. hehe kemarin , masa untuk isi e