assalamualaikum
masihkah namamu digelar perempuan.
dahulunya kuiyakan sahaja.
kerna kau salah satu isteri darah dagingku
bisa dihormati,
bisa disayangi,
sepertimana aku mengasihi sanak saudara lain,
bahagianya kulihat kau di sisi gagahnya seorang suami,
peluk,tawa manjamu menyenangkan sesiapa yang melihat,
kerna bagiku kala itu,
kau wanita dan isteri bertuah,
punya suami baik dan setia,
punya anak-anak pendamping jiwa,
pelengkap diri dan suami,
bijakmu menguruskan masakan,
menjamu suami,
kadang menjamu tamu,
tidak habis habis pujian dihambur khas buatmu,
aku kagum.
punya suami yang sangat setia melayani kehendakmu kala beliau lelah baru balik kerja,
dahulunya suamimu sangat sederhana,
semakin lama semakin meningkat kerjayanya
disegani lapisan masyarakat,
pangkat meningkat,
namun aku benci bila mendengar bangsa malah saudara sendiri irikannya,
apakah maksudnya iri hati yang memburukkan diri sendiri,
diberi makan bermacam-macam,
bersulamkan jampi serapah dan patung durjana,
tiba-tiba suamimu sakit,
siapa tahu siapa tidak terkejut dalam masa seminggu ku lihat hanya tulang beremu kulit,
minggu lepasnya sempat berseloka,
menyanyi bersama,
sihat belaka,
terlantar teruk di hospital,
berkali kali cubaan rawatan Islam,
selama itu, aku simpati denganmu wahai perempuan,
kerna kau begitu setia
menjaga suamimu
seluruh keluargaku membantu apa yang perlu,
sedaya upaya,
simpati dengan anak-anakmu,
malah ada masih berumur setahun lebih jika tidak tersilap andaianku,
ketika menuntut di tingkatan 6, tahun pertama.
2 minggu sebelum pemergian suamimu, aku lihat dia terbaring tidak berdaya,
sangat kaku, namun masih mampu tersenyum,
bila diusap belakang,
timbul kaca kaca,
bahana mereka yang iri,
syaitan menjadi dalang,
sanggup membunuh saudara sendiri,
sambil menanggung keperitan penyakit diabetes,
disimbah pula dengan kerja syaitan durjana,
aku lihat kau tabah biarpun mata kau kulihat sentiasa bergenang dan bengkak,
aku tidak putus mendoakan suamimu masih berumur panjang,
namun setelah menerima panggilan masa di asrama,
buat pertama kalinya,
aku meraung,
masuk ke dalam almari kerana malu menangis di hadapan rakan taulan,
kerana kematian itu pasti, akhirnya suamimu meninggalkan kamu berenam,
aku pilu,
kepalaku ligat berfikir,
apakah nasibmu wahai perempuan selepas ini?
bapaku juga mengalami tekanan darah tinggi.
memikirkan kamu anak beranak wahai perempuan,
semua penduduk, sahabat handai mengiringi pemergian suamimu yang mulia,
dia disenangi ramai.
lalu, kulihat hari pertama kehilangan suamimu,
engkau sudah mencalit gincu berwarna merah,
bukankah dalam Islam seorang balu hendaklah menjaga penampilan dan menghormati pemergian seorang suami,
jangan berhias selaa 40 hari?
tidak mengapa,aku tahu, aku faham mungkin kau kurang arif akan hal itu,
aku sunyi,
keluargaku sunyi
mamaku,
hari hari meraung,
mata membengkak,
adik kesayangannya pergi meninggalkan mereka buat selamanya,
tiada galang gantinya.
kulihat kau tabah,
meneruskan perjuangan hidup membesarkan anak anak,
dengan kemahiran masakan mu
aku kagum,
di samping pencen yang diberi berdasarkan pangkat arwah suamimu,
aku risau,
cuba membantu apa yang perlu,
walau hanya mampu meberikan tenaga bagi membantu meringankan bebanmu,
kau bijak menguruskan kewangan,
ku lihat kau sudah mampu membeli kereta baru,
bukti bahawa kau sudah mampu memikirkan kemudahan yang wajib ada,
namun bapaku sangat marah,
bila kau menjual kereta arwah suamimu,
jika diikutkan rasa cinta, kau tidak melakukan demikian rupa wahai perempuan.
termasuk van kesayangan arwah.
bukan alza, bukan viva, buka saga yang kau pilih malah kau ambil Toyota, Avanza,
aku kagum
namun, kenapakah kian lama makin banyak cerita negatif tentangmu?
pada mulanya aku masih kurang percaya,
mulut manusia yang seringkali memperkatakan tentangmu,
kerap bergaya
kerap bersama telefon bimbitmu,
kerap sms,
kerap senyum sendiri,
seperti daku di usia 20-an.
bagiku, mencari pasangan setelah kau bergelar balu tidak salah wahai perempuan,
malah aku suka
mungkin bisa mengambil tanggungjawab tehadap kau dan anak anak,
aku setuju.
namun kenapa kau sepertinya lupa diri,
meminjam sana sini tanpa membayar,
menipu duit mertua,
yang sudah gendong gelaran warga emas,
bukan sedikit tapi beribu,
sanggup kau wahai perempuan,
orang tua itu sangat menyayangimu,
kerana mengingatkan kau adalah menantu tersayang
jujur
amanah
ringan tulang,
namun akhirnya kau tunjukkan belang,
raya lepas kau tunjukkan lelaki pilihanmu,
kulihat kulitnya gelap,
dari tanah Malaya.
aku keliru
di manakah titik pertemuan kamu?
mungkin India.
kulihat mama, dan adik beradik suami kau sedih.
mengalirkan airmata bila engkau mengajak lelaki itu,
namun bagi aku, lebih baik
kerana pada masa itu,
aku sangka kamu telah terikat dek ikatan yang sah
namun 2 bulan selepas itu, rupanya baru melangsungkan nikah.
2 orang anak sahaja kau bawa tinggal bersama dia di tanah Malaya itu,
anak yang lain kau tinggalkan,
kereta kau biarkan tidak berbayar,
sedangkan guru-guru di sini,
sebagai penjamin terseksa menanggung hutang-hutang yang kau tinggalkan wahai perempuan.
anak-anak dibiarkan berbuka puasa dengan air kosong,
itu cerita tahun lepas,
namun tahun ini, bekas mertua kau
yang kau tipu hari hari mengeluarkan belanja
memastikan anak-anak yang kau tingggalkan diberi makanan secukupnya.
mereka anak yatim wahai perempuan,
namun kini mereka seperti anak yatim piatu.
kasihan.
sebulan lepas sampai ke telingaku
hajatmu ingin meminjam RM50,0000.
buat apa wahai perempuan jahanam,
aku tidak suka menggunakan perkataan ini,
namun kau yang paksa wahaai perempuan
aku marah!
dan berita petang tadi,
seorang penjamin kau hasil hutang piutang di Agro Bank telah di black list,
angkara perempuan gila tidak bermaruah,
tidak berhati perut!
membiarkan orang lain yang simpati menanggung derita,
kau bukan tahu akibat diblacklist wahai jahanam,
guru mulia itu bakal dilantik dan dinaikkan jawatan ke DG41.
tapi oleh kerana angkara jahatmu,
mungkin dia terlepas peluang pada kali ini.
wahai perempuan
ku berdoa kau diberi pengajaran secukupnya oleh yang Maha Kuasa.
AMIN.

Comments
Post a Comment