Skip to main content

Ramadhan Kareem vs biz

Assalamualaikum.

wah sejak balik kampung ni belum pernah sekali pun aku memuntahkan entry di alam maya kegeraman penduduk bumi kini.

macam-macam aktiviti aku bila sudah sampai di kampung halaman tercinta dan mendamaikan.

lagi-lagi bulan Ramadhan. Risau juga terlepas membuat amal ibadah dek kerana sibuk hal dunia.

aku dengan Joy  (2nd sister) buat bazar di rumah ni juga, sangatlah busy memandangkan pagi, aku membantu mama di kantin sekolah dan tengahari sibuk pula membuat persediaan mini bazar. hoh.letih jangan cakaplah. kaki ni sakit sangat bila berdiri. maklumlah kurus.

daripada memerap ayam, membuat kuih karipap, sempiang, pisang, sampailah melayan pelanggan yang datang. berbuka sambil berniaga lah aku.

kala ini, diri sentiasa bermimpi result exam kpli jqaf yang hingga kini tiada khabar berita. best juga lah kalau posting lama lagi, hidup puas puas dulu di kampung ni. boleh bantu ibu bapa. Sebut pasal result ni, adoi, hari hari aku mimpi gunung lah. yang paling best mimpi pointer! kah kah kah..


oklah, entry kali ni sekadar melepas rindu di dada dengan blog kesayangan, badan-badan aku ni sakit sangat, bestnya sudah kahwin. Boleh minta en.suami urutkan. huh,gatal.

Selamat menjalani ibadah puasa kawan-kawan.

semoga amalan kita diterima..amin.. busy busy juga, jangan lupa terawih + baca quran !

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

sayangku Habib Naufal #1stdayketaska

Assalamualaikum.. salam syawal entah yang ke berapa. terpanggil pla ari ni membebel dalam ni. bukan apa, hati tengah sedih, mama x kuad. huhuhuh 3 hari ni bs aku cuti pulak. start kemarin, kebetulan suami cuti so dia jaga Habib. sejak Isnin tu, aku berkira-kira hantar Habib ke Taska yang baru dibuka oleh isteri sorang ustaz. ya memang aku kenal ustaz tu. Selasa tu kami pegi tengok taska tu baru ada sorang baby, tu pun 5mo baru. Habib mula mula excited sangat aku pun senang la hati dia main bola yang ada dalam tu. last last tiba tiba dia nangis rupanya dia da gigit bola tu sampai bocor ntah apa cecair ada dalam tu, sampai ke baju kotor mungkin rasa kelat kot. atau ntahla yang penting nampak Habib tidak selesa asyik nangis so hari ni, 1st day dia ke sana. adoi anak nangis, mama pun ikut nangis nak ya la orang tu asing sangat bagi dia da la dia sorang duduk dalam tu... kalau ada kawan lain maybe dia mau kot sabarlah anak tengahari nanti mama ambik seb...