Skip to main content

Ajari aku

terbaik makcikkkkkk!!


Assalamualaikum

kalau rajin, klik lah link tu, tengok video tu.
yang pasti bila anda tengok pasti teringat zaman kanak kanak dulu.
kecualilah anda memang jenis terima belaian salju nan ombak rindu
di pasir putih nikmati angin kus kus oleh kedua orang tua.

kes ni budak ponteng sekolah..
sebab melencong ke cc.
cian mama dia,
busy carik duit
dia habiskan begitu sahaja
belanja RM5 sehari
dulu masa sekolah rendah 50sen saja.
tu pun sebab naik darjah 4
dari darjah 1 sampai 3, 30sen ja pun.
sempat lagi kadang tu 20sen masuk tabung buluh yang bapa buatkan
bila upgrade sikit jadi 50sen, aku simpan 20sen,kadang 30sen.

bukanlah baget aku ni penjimat,
atau baget bagussss sangat.
zaman kita dulu semuanya  murah.
tapi bapa aku biasakan kami adik beradik sentiasa belajar berjimat.
bukan macam budak sekarang.
kadang ada yang bawak RM10.
sekolah kampung ja pun.

berbalik pada video ni pula.
memang tiada dalam ajaran Islam
memukul anak sedemikian rupa.
tapi bagi aku,
bila diikutkan zaman sekarang, memang sangat sesuai,
beza sangat dengan zaman dulu.
siapa tidak pernah telan dengan rotanan rotanan maut oleh orang tua?
ibu bapa mana tidak marah bila anak-anak buat salah?
lagi lagi kes ponteng sekolah.
kan?
bila tengok ibu bapa zaman sekarang,sedihh sangat sangat.


contoh terdekat, budak popular di sekolah tempatku mengajar,
Jed namanya,
jika sehari tidak membuat kes disiplin macam tidak lengkap pula hidupnya,
setiap hari nama itu meniti di bibir
hinggakan pernah tolak cikgu pun masih!
tiada tindakan dari atasan.

lagi-lagi bila anak itu dijentik sedikit pun,
mesti,pasti,wajib
bapanya datang membela anak lelakinya.
guru-guru dilawannya sahaja.
pening kami memikirkannya.

ibu bapa sekarang kadang tidak hormatkan guru,
bukannya menyalahkan mereka 100%, tapi
dalam beberapa perkara, cubalah siasat dahulu,
dengar dahulu penjelasan,
bukannya terus menterkam dan menunding jari pada guru,
guru-guru juga begitulah sebaliknya,
kesimpulannya janganlah kita cepat melatah,
sikit sikit masuk FB,Twitter blog, etc.
padahal perkara masih kabur lagi.
tiada sumber yang sahih.
ni kadang kadang,
pemandu bas pun terlibat sama dengan kes kes hentam keromo.

hurm,

bila ingat kisah dulu,
mama selalu rotan aku,
kadang 1 kampung dengar laungan mama,
sebab anak dia yang chomel ni tidak pulang ke rumah,
takut bapa marahkan mama,
sebab bila anak-anak kotor,
mama yang akan dipersalahkan,
sebab tu mama jadi harimau bintang paling jelita masa tu.
aku pula
memang jenis kaki rayau,


pernah dulu aku buka langkah sejuta,
pusing keliling mama kejar aku di balai raya,
aku ingatkan aku sudah pasang kekuda,
rupanya mama sudah memasang turbo,
cupp!
kejap ja mama tarik baju aku dari belakang.
terkejut aku,
rasa macam mau pitam.
tapi itu sweet memori.


sekarang mama boleh berbangga
bila tengok semua anak-anak jelitawan dia boleh berdikari
rasanya campak dalam hutan pun,
masih boleh survive.
thanks mom!
bapa pula umpama bank negara
dari dahulu hingga kini,
sehingga benda dalam-dalam pun bapa akan support.
sporting kan bapa kami.
apa sahaja keperluan pasti,
bapa yang akan fikirkan dulu,

masa posting jqaf hari tu,
bapalah orang yang paling sibuk menyediakan segala jenis keperluan,
tong gas,
dapur,
baldi
pisau,
cawan
pinggan,
sudu,
makanan-makanan
macam-macam lagilah.


tapi sebab didikan mama macam makcik ni buatlah
kami semua jadi orang


Ya Allah, haramkanlah kedua ibu bapaku dari api neraka!
Amin.
yang baca ni, tolong aminkan sama k.

Bye

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...