Skip to main content

sehari sebelum raya

Assalamualaikum..

Asyik asyik tanya soalan sama, camana persiapan raya kan..
kah kah kah
tapi mau tanya juga.
macamana persiapan raya anda?


sebab sekarang kan masa kritikal,
semuanya sibuk membeli belah.
Inshaa Allah mungkin esok puasa terakhir.


sungguh singkat masa yang diberi ,
macam tidak puas pula bersama bulan Ramadhan yang mulia.
lagi lagi ni Ramadhan bujang kali terakhir,
Ishaa Allah jika jodoh berpanjangan,
haha

asyik asyik fikir kahwin
sekarang ni pantang sangat tengok pelamin pelamin
atau everything yang berkaitan dengan kahwin kahwin
terutamanya tarikh yang masih belum ada kata putusnya,
bulan Mac Insha allah,
mohon doa kalian,

agak lewat sedikit dari yang dirancang,
sebab diri sendiri yang menunda tarikh sepatutnya
jadi terima sendiri padahnya kalau sudah gatal hinggap ke rebung
muahaha.

padan muka

oh sebelum raya selalunya pegi buat facial treatment,
konon
padahal muka tetap macamtu,
mengada ngada kan,
al maklum sedar diri
muka penuh jerawat jerawit
so kenalah bersihkan,
bukan untuk sesiapa
untuk keselesaan diri juga..
takut hidang kuih muih nanti
orang geli pula mau makan.
ada macam tu?


setiap tahun mama mesti temankan aku,
haha
sebab semalam pegi saloon pun malam malam
manalah bapa aku bagi kalau tidak berteman.


baju baru?
aduh, tadi singgah melawat kedai Auntie Suin.
nampaknya Raya ke2 lah baru merasa.
ada lagi ka aku pakai baju kurung raya ke2?
its ok lah
tidak guna masa raya boleh guna masa interview SPP nanti.

aku kena 22 ni.
doakan aku kawan kawan,
moga semuanya dipermudahkan
berdebar juga tapi raya ni macam lupa seketika pasal temuduga tu
syukur lewat sikit

aku pegi sekali  dengan kak Zal yang lawak,
dengan Ikin  yang matured
dengan ayang yang cantik,

ayat paling lawak dari kak Zal yang memang lawak orangnya,
semalam chat dengan dia


Me: Kak, result camana?
K.Zal: biasa biasa sajaa.. dari dulu memang dapat sederhana.
Me: samaaa..
K.Zal: aah result tu tidak penting, yang penting sekarang interview.
Me: betul betul betul. Nanti dapat terlampau tinggi, soalan susah pulak karang.
(padahal ayat penyedap jiwa wahahahaha, jangan marah ya kawan kawan yang cemerlang, tahniah semuanya :)

K.Zal : betul juga tu, nanti kita kalahkan pegawai SPP tu..
Me: Muaahahahha.

ayat paling tidak boleh blahh..


simpati dengan rakan lain,dapat 14hb ni
sabar ya kawan kawan,
demi masa depan :)

lega betul ada kawan sama sama interview nanti, syukur fillah..kurang sikit gementar,
untuk memudahkan perjalanan mungkin kami akan menyewa hotel Oriental,
tu pun kalau cukup bajet,
mahal skit kot hotel tu,
almaklum lepas raya ni semua pokai.
tapi memandangkan tempat interview tu di Wisma BSN which is jalan kaki saja dari hotel tu,
baik tidur sana kan?
lagipun 3 orang, boleh lah rukut rukut (share)
belajar lah sikit bahasa Dusun k?


Padahal si Mr. Fiance beriya iya jemput tidur di rumah family dia.
I is very segan.
lagipun bila dengan kawan confirm lah bebas & paling penting boleh discuss kan.
Alasan, padahal segan dengan family dia.. kalau ikutkan paling save bajet.
kah kah kah.

dengar dengar  posting bagi yang sudah kahwin boleh berdekatan dengan suami,,
jadi yang bujang macam aku?
harap harap masih di tempat lama lah
dekat dengan Mr.Fiance.
bila suda nikah nanti mudahlah,
lagipun rumah sudah ada.
sedihlah aku kalau ada reshuffle posting tu.
karang tidak pasal pasal kahwin jarak jauh, macam tidak tersanggup olehku.
amin, moga moga termakbul doa,
janganlah ada reshuffle.

yang penting sekarang lulus SPP dulu baru boleh fikir posting,
semoga aku & kawan kawan seperjuangan lulus SPP.. Amiiiiinnn..


sebelum ku menutup mata, ni ada
pesanan untuk diri dan muslimat raya ni & inshaAllah peringatan berpanjangan. moga kita sama sama ambil iktibar. :) hehehe moga jadi pedoman untuk diri ini, walau pergerakan perubahan itu secara perlahan lahan. doakan aku ! tq Dr Zaharuddin.





k bye

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

rasa campur baur

Assalamualaikum, Alhamdulillah segalanya selesai. surat penempatan sudah ada di tangan dua hari lepas, penantian yang sangat tidak sia sia bila dapat mengajar di sekolah lama, selain sudah biasa dengan orang orangnya, segala urusan pun jadi mudah, tiada rasa malu, tapi peliknya debaran kekal ada hahahahaha bila tau saja nama sekolah minggu lepas, kalau tidak silap hari Rabu petang, Jumaat tu terus ke KK cari rumah atau bilik sewa, bila tau saja berita ni, wajah bapa lah yang paling gembira, apa tidaknya dari dulu mau anak gadis dia yang sorang ni ikut jejaknya. thanks a lot tuk bapa dan mama yang banyak sangat berdoa untuk permudahkan segala urusan anak mereka yang degil ni. macam biasa bila dapat sekolah lama, area pebret pekan Donggongon, walaupun Putatan lebih dekat, tapi bapa aku tidak suka lah pulak aku duk menyewa di sana. jalan busy, sempit, tu yang bapa fikir, takut bahaya tuk diri aku kan. aku pun suka juga duduk sini, banyak privacy selain jalan ya...