Skip to main content

gegiuk domok

Assalamualaikum


ish, siapa suka dapur atau beranda ada benda ni?
gegiuk?
pernah dengar tidak?
oh..
sikit lupa, ni bahasa pasar Sabahan,
gegiuk ialah ulat ulat kecil yang ada dalam sampah,
atau datang dari sisa makanan.
yang SUDAH berhari hari tidak dibuang.


ya, sebenarnya lah kan.
aku ni geliii sangat,
plus gerammmm sangat sangat dengan sikap jiran sebelah bilik ni.
selama lebih kurang sebulan aku  tinggal dalam bilik chomel.
first time aku tinggal di sana pun memang nampaklah tong sampah tu kan
penuhhh,
siap dengan plastik plastik yang bertimbun dengan polisterin makanan.
bayangkan 3 hari sampah tu dibiarkan.
apa tidak menggila ulat ulat tu kan.
gemok plak tu.
aku sanggup makan biskut dari guna dapur penuh ulat tu
maknanya sanggup tidak masak la kan.
sampai mr.Fiance sanggup datang bersihkan ulat ulat dari mereka yang tidak bertanggungjawab tu!
geram gila.


terharu aku,
bimbang juga dia aku tidak makan kan..
sian aku
sampai tertidur tidak makan,
sambil terkumat kamit mendoakan orang sebelah tolooooooooooonglah bersihkan sampah sampah tu.
kelam kabut darling datang tolong bersihkan semua.
masuk dalam dapur tu pun aku tidak sanggup.
ya lah, kalau aku sound karang mesti jadi gaduh kan.


3 hari juga aku berusaha lupakan rupa ulat ulat gemok tu.
sangat menyeksa.
nasiblah kan tinggal dengan orang orang yang pengotor.........



its suck!
k bye.

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

Anak Bapak

Assalamualaikum selamat berhujung minggu semua, kalau boleh kurangkan aktiviti luar. Area Kota Kinabalu ni pun boleh tahanlah jugak jerebunya. tapi aku still tidak ambik pusing, tetap juga keluar hehe. Jumaat lepas adik aku Zura, tu nama glame, nama penuh dia Nazurah. Tapi aku panggil dia Jur. dia datang KK. dari labuan, so sementara tunggu dia sampai tu, aku lepak la sorang sorang di Tg. Aru. tengok tengok. ada berapa kerat ja manusia keluar ke pantai. aku juga yang duduk sorang-sorang melayan perasaan. 2 jam juga aku tunggu dia. Ya lah, dia ambik feri kenderaan pastu sambung pulak naik bas dari Menumbok. Menumbok ke KK dalam 3 jam jugalah. Aku sengaja keluar awal sebab tau masa dia sampai tu memang gila jam la. takut maghrib terlepas aku tunggu lah masuk waktu di KKIA 2 dalam musolla tu. independent aku masa tu. bosan jangan cakaplah. macam oorang gila pun ada juga lepak sorang sorang . adik punya pasal aku sanggup. ok, siap solat terus dia sms sudah sampai, mujur lah jam t...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...