Skip to main content

sabar lagi, sampai bebiru menunggu

Assalamualaikum,

minggu ni, genap 3 minggu aku bertugas di SKBH tercinta,
bila fikirkan urusan gaji,
naik biru muka
sebab sampai sekarang surat tawaran belum sampai di tangan,
minggu lepas khabarnya sudah berada di JPN.
siap, tapi still belum ada signature pengarah.
lepas tu,
mungkin rakan rakan aku yang lain hari hari make a call untuk follow up surat tu,
hingga ke minggu ini,
still,
masih belum ada signature,
sibuk bebeno la pengarah jpn sabah ni.
kesian dengan kami
sepatutnya sejak minggu pertama lagi disibukkan dengan urusan gaji,
medical check up bagai
macam kawan kawan di negeri negeri lain.
hanya tinggal negeri di bawah bayu
kesianlah jika dilabel sebagai lembab atau lambat.


jangan marah jika terima anugerah ini.
sebab hak itu,
adalah hak kamiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
cewah.
ter EMO di sini
bukan apa ya,
berapa ribu orang Malaya dihantar ke sini.
rumah sewa,
kereta sewa,
kos sara hidup bukannya murah,
considerlah kan..


termasuk aku yang sabahan,
malah 1++ KM dari rumah pun perlu bayar itu ini.
harap duit Pama?
orang tua aku mati matian kerja di kampung.
masing masing banyak komitmen.


yang merunsingkan aku,
bulan november adalah bulan untuk audit close semua akaun,
jadi jangan haraplah dapat gaji tahun ni,
kena SABAR lagilah menunggu tahun depan.


alamatnya,
planning aku untuk cat semula rumah      *konon, macam dewasa sangatlah pulak :p*
bakal hancur.
majlis this March,
mana lagi mau cekau cuti yang panjang.
penat woi cat kalau harap cuti weekend.
kecuali lah cuti chinese year kan.
tu pun sudah proses jaga kulit    * wah ada hati*


apa yang aku perlu buat sekarang hanya sabar..
haru biru hati menunggu.


syukurlah,
dalam tension gini sempat juga aku apply astro,
ari tu kan aku ada cerita,
tv ada tapi channel macam ayam.
terus pegi apply astro di kedai letrik area tempat aku tinggal.
mati bosan lah kalau tv ada channel plak tiada kan?
Alhamdulillah,
korban duit makan woii,
register saja RM100,
isi form,
then tunggu seminggu.
aku ambil package family ja,
yang harga RM39.95 per/month.
oklah,
daripada asyik tengok skrin penuh semut semut kan?
muahahaha..


dalam ada astro tu,
semalam mr.Fiance call,
ajak tengok wayang.
dia cuti start rabu, sampai sabtu.
bosan la tu.
semalam tengok movie tajuk 'gravity'
dari awal sampai habis cerita tu di ruang angkasa,
dengan babak oksigen tidak cukup,
langgar dengan serpihan satelit,
aku pun ikut sesak nafas,
cerita yang paling memenatkan di abad ini.
rajin rajin tengoklah sendiri.
bikin tension.
hahahaha, nyesalnya tengok cerita tu.
tapi ambik sikit dari sudut positif kan,
indahnya ciptaan Allah,
nampak air laut tu melekat cantik ja di badan bumi,
Kuasa Allah,
tiada tandingan!



lepas tengok tu,
macam biasa terus pulang rumah,
shopping mall dalam kul 10 hampir semua  pintu dia tutup.
pusing punya pusing,
jumpa 1 jalan,
tapi kan, gate dia paras pinggang,
bekunci,
terus mr.Fiance panjat,
aku tecengang cengang,


Me: eh, camna ni????
Mr.Fiance : panjatlah.
Me: panjat????padahal dalam hati memang biasa pun panjat panjat ni. tapi agak malu di situ, ada couple tengah cari jalan juga camana mau lepasi gate tu. 


last last, aku panjat,
ala ala heroin lah.
lepas tu si dia ni asyiklah ketawaaaaaa..
bangga la tu dapat bakal isteri pandai panjat panjat.
aku pun tengok dia ketawa , terus ketawa jugak.
sian lah couple yang lama tecongok depan gate
sebab gf dia pakai skirt.
kalau panjat,
habislah.........



buruknya perangai,
tapi buat camana, itu jalan yang kami jumpa lepas penat pusing pusing. mihmihmih..




oh, 21 Nov ni ada konvo tuk KPLI,
memandangkan duit aku hanya cukup untuk bayar astro, bilik sewa, minyak kereta, makan minum..
so,
kita janganlah pegi..
:(

sebenarnya dalam hati teringin juga,
penat habiskan kursus,
segala gala habis terkorban,
masa,
duit,
paling penting tenaga.
tup tup konvo sengaja absent.


tu lah makanya,
jpn cepatlah sikit urus surat kami k?



sign laju laju.


k bye.



Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

rasa campur baur

Assalamualaikum, Alhamdulillah segalanya selesai. surat penempatan sudah ada di tangan dua hari lepas, penantian yang sangat tidak sia sia bila dapat mengajar di sekolah lama, selain sudah biasa dengan orang orangnya, segala urusan pun jadi mudah, tiada rasa malu, tapi peliknya debaran kekal ada hahahahaha bila tau saja nama sekolah minggu lepas, kalau tidak silap hari Rabu petang, Jumaat tu terus ke KK cari rumah atau bilik sewa, bila tau saja berita ni, wajah bapa lah yang paling gembira, apa tidaknya dari dulu mau anak gadis dia yang sorang ni ikut jejaknya. thanks a lot tuk bapa dan mama yang banyak sangat berdoa untuk permudahkan segala urusan anak mereka yang degil ni. macam biasa bila dapat sekolah lama, area pebret pekan Donggongon, walaupun Putatan lebih dekat, tapi bapa aku tidak suka lah pulak aku duk menyewa di sana. jalan busy, sempit, tu yang bapa fikir, takut bahaya tuk diri aku kan. aku pun suka juga duduk sini, banyak privacy selain jalan ya...