Skip to main content

I AM BACK!

Assalamualaikum.

fuuuuhh ffffuuuhhhhh, tiup habuk jap.
Ahlan wa Sahlan 2014!
lamaaaaa gilos tidak update  kan.


pewit naik  tahun saja, umur pun mulai berkurang,
welcome 26 ..

haha In Shaa Allah,
tahun ini bakal menamatkan zaman bujangan.

ready o not kena juga.
dekat 3 tahun kot tunang.
tipulah kalau aku cakap langsung tiada keinginan mau hidup bersama.
ecewah.
kawan kawan pun ramai kot yang habiskan zaman bujangan tahun ini,
moga selamatlah hendaknya ya,

every weekend aku akan sibuk memikirkan persiapan yang perlu.

 Alhamdulillah hantaran sudah settle, doorgift, pelamin, kad kahwin segala.
tinggal tunggu siap saja lagi,

sekarang tengah risau tentang bilik pengantin :p

dan yang paling risau di hari kejadian.
susah jugak duduk jauh dari family.
segalanya melalui telefon.

mujur dalam kesibukan mama bapa sempat juga melayan anak dorang yang busy body.
hahaha.

alhamdulillah setakat ni Mr. Fiance masih bagi kerjasama yang baiik. baiklah sangat :p


begini rupanya kan rasa tekanan yang sudah melalui detik detik ni?
benda sikit, tapi kadang ada yang kita terlepas pandang.
selain mental fizikal. wang  pun penting juga.
pentiiing sangat
tiada benda ni, 1 apa tidak jalan..


agak kecewa dengan nilai semua benda yang terlibat.
semuanya mahal.
 ya la kan. siapa tidak mau hari bersejarah tu meriah..
dalam hati semua kalau boleh nak cantik, elegan.
tapi dalam masa yang sama, terus fikir.
benda tu perlukan duit yang banyak.
kena lagi fikir berbaloi ka tidak.
relevan ka tidak dengan harga.
kan...
pening jugak.
yang penting budget cukup sudehhh.. :)


doakan aku dapat atasi nafsu serakah dunia ya :)

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

Anak Bapak

Assalamualaikum selamat berhujung minggu semua, kalau boleh kurangkan aktiviti luar. Area Kota Kinabalu ni pun boleh tahanlah jugak jerebunya. tapi aku still tidak ambik pusing, tetap juga keluar hehe. Jumaat lepas adik aku Zura, tu nama glame, nama penuh dia Nazurah. Tapi aku panggil dia Jur. dia datang KK. dari labuan, so sementara tunggu dia sampai tu, aku lepak la sorang sorang di Tg. Aru. tengok tengok. ada berapa kerat ja manusia keluar ke pantai. aku juga yang duduk sorang-sorang melayan perasaan. 2 jam juga aku tunggu dia. Ya lah, dia ambik feri kenderaan pastu sambung pulak naik bas dari Menumbok. Menumbok ke KK dalam 3 jam jugalah. Aku sengaja keluar awal sebab tau masa dia sampai tu memang gila jam la. takut maghrib terlepas aku tunggu lah masuk waktu di KKIA 2 dalam musolla tu. independent aku masa tu. bosan jangan cakaplah. macam oorang gila pun ada juga lepak sorang sorang . adik punya pasal aku sanggup. ok, siap solat terus dia sms sudah sampai, mujur lah jam t...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...