Skip to main content

sekolah baru #reposting

assalamualaikum

hari ni sudah 20 Ramadhan, habis lah fasa kedua kan.
ahlan ya fasa ketiga.. 10 malam terakhir. semoga berpeluang bertemu si malam special.
pantas sungguh masa berlalu kan. tidak terkejar olehku.

akhir akhir ni badan tiap malam rasa lenguh, sakit, kadang kejang pun ada.
risau juga sebenarnya, mujur malam malam ku kini berteman,
sejak di bendera jepun datang, setiap malam, eh seminggu sebelum tu lagi rupanya.
mesti minta massage dulu baru boleh tidur.
rasa macam mau nangis pun ada bila badan ni tidak di massage.
aku ingatkan 'lekat' la bulan ni.
sebab 3 hari 'dia' datang lewat.
tapi rupanya belum rezeki.
serius, badan sakit. pinggang terutamanya.
sampaikan satu masa, suami tersayang tag cara urut isteri :)
Alhamdulillah masih sabar layan kerenah bini dia yang sungguh cerewet ni.

oh, balik pada cerita reposting.
16 Jun hari tu pegi lah PPD atas arahan KPM. ambil surat penempatan untuk jawatan tetap. sebelum ni kan interim aka guru sandaran terlatih.
selepas 9 bulan, barula ada surat lantikan. sabar betul batch kami kan, walau dihumban macam bola masih tetap juga bersabar.

sekolah baru ni,
alhamdulillah ok.
biasalah kan sekolah baru,
mestilah pentadbiran pun baru, dengan murid baru
guru baru,
semua baru.
macam kena restart balik otak aku ni.
teringat pula jadi guru baru
2 tahun setengah yang lalu
cuma kali ni berbekalkan pengalaman yang aku kutip di sekolah lama dulu
lebih mudah aku tempuh
lebih mudah bermesra
lebih mudah dan dekat dengan murid.
walau murid baru
kelas baru
tapi kan masih juga atas tugas yang sama.
so bukanlah satu masalah untuk aku ditempatkan di mana saja. :)

mujur rumah mash dekat dengan sekolah,
alhamdulillah rezeki hidup berdua

dalam hati, sebelum terima surat penempatan, memang ada hati juga mau merasa suasana baru.
alhamdulillah Wallahu samiun 'alim kan..
lari juga dari tekanan,
terus terang di sekolah ini selesa sangat
sebab meeting kurang,
balik pun awal dari jadual sekolah lama.
syukur
walau muridnya mencecah 8++

dan satu lagi, confirm selamat lah duduk sekolah ni.
sebab lokasi memang dalam kem tentera :)

murid murid sini majoriti orang malaya..
alhamdulillah majoriti bersekolah agama.
1 lagi kemudahan untukku..
senang aku ajar. :)

Paling best lepas habis perhimpunan on my first day..
Jumpa guru aku masa sekolah menengah dulu..
Cgu junaidah yanin.
Guru yang very funny, motivated dan selalu buat kami tenang
Tidak ku sangka kami kini berkhidmat bersama.
Entah kenapa aku nangis masa peluk dia.

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

Anak Bapak

Assalamualaikum selamat berhujung minggu semua, kalau boleh kurangkan aktiviti luar. Area Kota Kinabalu ni pun boleh tahanlah jugak jerebunya. tapi aku still tidak ambik pusing, tetap juga keluar hehe. Jumaat lepas adik aku Zura, tu nama glame, nama penuh dia Nazurah. Tapi aku panggil dia Jur. dia datang KK. dari labuan, so sementara tunggu dia sampai tu, aku lepak la sorang sorang di Tg. Aru. tengok tengok. ada berapa kerat ja manusia keluar ke pantai. aku juga yang duduk sorang-sorang melayan perasaan. 2 jam juga aku tunggu dia. Ya lah, dia ambik feri kenderaan pastu sambung pulak naik bas dari Menumbok. Menumbok ke KK dalam 3 jam jugalah. Aku sengaja keluar awal sebab tau masa dia sampai tu memang gila jam la. takut maghrib terlepas aku tunggu lah masuk waktu di KKIA 2 dalam musolla tu. independent aku masa tu. bosan jangan cakaplah. macam oorang gila pun ada juga lepak sorang sorang . adik punya pasal aku sanggup. ok, siap solat terus dia sms sudah sampai, mujur lah jam t...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...