Skip to main content

Demi cocoi

RAssalamualaikum

Salam penghulu segala hari
Semoga hidup lebih sihat dan ceria ya semuanya..
Masih dalam mood raya ka? Kalau tanya saya .. ya im still in raya mood hehe.

Kemarin tekujat my heart sebab tau syukria @ cocoi anak dara peah tu sakit.
Lagi terkujat bila doktor di hospital Lotong KM bagitau ada jangkitan dalam darah.
Terus semua ahli group adik beradik dalam watsapp busy mengatur strategi membntu apa yang patut.
Aku sanggup pegi ambik cocoi bawa ke Hospital Likas memandangkn alafan dan service yang dibuat di sini lebih efisien.
Banyak sangat kes kalau tunggu pihak hospital d sana yang bertindak.

Teringat aku dulu arwah pakcik.
Dikatakan tiada apa apa, normal.
Bila rujuk di Queen Elizibeth macam macam penyakit keluar. Sampailah arwah menghembuskan nafas terakhir dek kerana banyak sangat yang dihidapi😭

Lepas tu kes nenek aku tahun lepas.
Sama juga, demam biasa malah disuruh lagi tunggu giliran sebagai pesakit luar. Gila vs bahalul la kot.

Lepas tu ada sepupu aku, masa tu umur dia 3 tahun kot.
Demam
Tau dorang bagi apa?
Budak tu dorang syak darah tinggi.
Pernah dengar budak umur macam tu darah tinggi?
Dorang bagi ubat tu entah berapa biji ditelan.
Bila demam masih tidak kebah ayah dia rujuk ke hospital likas.
Tau apa resultnya???
Budak tu rosak buah pinggang. Sebab apa? Dos ubat yang dia makan tu tidak mampu diproses oleh buah pinggang untuk budak usia begitu.
Malas? Makan gaji buta? Entah title apa yang layak diberi. Banyak sudah kes sue sebenarnya. Tapi masih lagi kekal dengan prestasi membunuh pesakit sendiri.

Dan.... Kes yang paaaaling teruk melanda family kami bila peah mengandung anak pertama.
Demam teruk dia bila tinggal tunggu hari.
Pegi sana nurse cakap yang dia hanya demam biasa then boleh balik.
Tau apa yang jadi?
Baby tidak bergerak, semakin lama semakin lemah, sampailah peah rasa baby langsung tidak bergerak.

Then pergi menemui Ilahi dalam perut, tanpa sempat melihat dunia yang kejam ini.

Oleh kerana semua pengalaman inilah kami semua nekad. Walau apa pun
Cocoi mesti dibawa ke KK pada hari yang sama juga. Biasalah bila budak terkena jangkitan dalam darah bahayaa sangat. Silap silap terus ke otak 😭😖
Kebetulan peah sarat mengandung.
Dengan dia sekali masuk wad sebab menunggu hari plus dia terkena kencing manis, darah tinggi..

So cuma bapa dan mama saja lah harapan menjaga cocoi walau keduanya sibuk dengan rutin berkantin.. 😵

So semalam bertolak dari Km , 9 pm. Sampai dalam 11 lebih direct ke Queen 2. Bila jumpa doktor alhamdulillah demam kurang cuma tonsel cocoi bengkak dan bernanah..
Memang ada jangkitan dan ubat pun suda diberi..
Legalah kami sekeluarga..
Tidur dalam 2am, then balik rumah dalam 5am..
Cian husband tidur sorang.
Sampai rumah terus sambung tidur semula then pegi sekolah seperti biasa dalam keadaan pening lalat.
Tidak mengapa demi cocoi dan kesihatannya..
#lovemyfamily!

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

rasa campur baur

Assalamualaikum, Alhamdulillah segalanya selesai. surat penempatan sudah ada di tangan dua hari lepas, penantian yang sangat tidak sia sia bila dapat mengajar di sekolah lama, selain sudah biasa dengan orang orangnya, segala urusan pun jadi mudah, tiada rasa malu, tapi peliknya debaran kekal ada hahahahaha bila tau saja nama sekolah minggu lepas, kalau tidak silap hari Rabu petang, Jumaat tu terus ke KK cari rumah atau bilik sewa, bila tau saja berita ni, wajah bapa lah yang paling gembira, apa tidaknya dari dulu mau anak gadis dia yang sorang ni ikut jejaknya. thanks a lot tuk bapa dan mama yang banyak sangat berdoa untuk permudahkan segala urusan anak mereka yang degil ni. macam biasa bila dapat sekolah lama, area pebret pekan Donggongon, walaupun Putatan lebih dekat, tapi bapa aku tidak suka lah pulak aku duk menyewa di sana. jalan busy, sempit, tu yang bapa fikir, takut bahaya tuk diri aku kan. aku pun suka juga duduk sini, banyak privacy selain jalan ya...