Skip to main content

Syukur, Entry 1st: Diari Mengandung!

Assalammualaikum..

Cer teka?
Konon, mengada ngada plak hihi.
Alhamdulillah nikmat mana lagi yang hendak ku dustakan..

Memang istimewa rupanya pengalaman yang akan dilalui oleh bakal ibu.

Tapi bagi aku, pengalaman yang aku lalui pada usia kandungan 4 minggu lain dari yang dilalui oleh kakak kakak dan mama aku.

Pinggang sakit gila,
Dalam masa yang sama perut pun sakit.
Macam sakit senggugut tapi bukan juga.
Aku syak badan aku terlalu berangin.

Hari tu jumpa doktor lepas 3 hari period lewat. pegi sebenarnya mau tanya hal perut dengan pinggang yang menyucuk nyucuk. Pegi polyclinic di Donggongon.
Doktor kata masih terlalu awal. Sebab pregnancy test tu masih kurang jelas, still kabur kabur.

Sebenarnya aku sudah rasa aku hamil sebab tanda keputihan langsung tidak berubah.

Sebab tu aku syak.
Hari sepatutnya 13 Ogos, sebab kebiasaannya memang aku 'datang' ikut tarikh bulan lalu.
So bila intai dalam blog orang cari pregnancy test yang paling valid, rata rata suggest brand ni.
Clear blue.
Boleh pula hari tu juga beli di watson.harga dalam rm 24.90.
Untuk sekali test.

Balik sekolah tu terus masuk tandas, mr.husband pun hairan, siap tanya buat apa.
Aku senyum saja lah, tanpa jawab apa apa.

Then buat semua ikut arahan.

Aku sedar juga masa tu Hcg aku masih rendah untuk detect kemengandungan ku itu 😋
Dek kerana terlalu tidak sabar ambik mu. Aku turutkan juga kata hati.

Mula tu aku tunggu masih negatif..

Dalam seminit lagi aku tengok ada satu lg tanda muncul. Tu pun tengok bawah cahaya tepi tingkap hehe.

Suruh pula suami tengok.
Dia senyum.
Balik balik cakap syukur.
Tapi masa tu muka suami masih nampak ragu ragu, ya la masih awal kan... Sehari pun belum lebih lagi dari tarikh haid.
Selalunya orang cek seminggu atau 2 minggu selepas lewat tarikh kebiasaan haid.

Sampailah aku sakit macam macam then hari ke3 jumpa doktor. Doktor cuma bagitau yang memang aku pregnant tapi masih terlalu awal untuk dia sahkan..so dia buatkan appointment lagi 30 Ogos ni. Lepas tu nurse tu bagi vitamin B,vitamin C dengan Asid Folic yang memang sudah bertimbun. Beli banyak hari tu sampai 10 papan. Tup tup rm52.
Asalnya aku mau tanya kenapa perut dengan pinggang aku sakit gila.. Tapi doktor kata kena minum air banyak.

Hari Jumaat lepas, 22 ogos aku ajak suami ke klinik kesihatan kerajaan. Area tempat tinggal ni juga.

Yang popular dengan klinik paling sibuk sebab ramai gilerrr orang.

Pegi kaunter pendaftaran then pegawai tu tanya sakit apa.
Aku, err errrr sudah seminggu lewat period.
Ohh cek upt la..dia kata.
Aku angguk angguk ja.. pastu nurse tu pun bising.. ohh musim.kawin kawin suda habis.. sekarang ada hasilnya suda.
Aku, senyummmm ja.

Pastu pegi uji air kencing.
Tunggu nda sampai 10 minit keputusan suda ada..
Suami senyummmm ja tengok cop merah tu.

Lepas tu doktor suh pegi tanya kaunter 1. Aku pun tidak tau kenapa.
Kena tunggu lagi sebab nurse yang jaga di kaunter 1 tu tiada. 
Lama sikit masih juga belum muncul, last last pegawai tadi tanya aku tinggal area mana. Rupanya bila kita buat buku mengandung tu kena ikut area. Contoh aku kena bilik 6. Sebab tinggal dekat dengan klinik tu.

Pastu masuk bilik tu ada 5 orang Jururawat Masyarakat. Garang gila yang sorang ni. Yang paling tua kali.

Lepas tu dorang bagi temu janji 27 ogos. Esoookkk.. huhu

Bagi yang macam aku ni
First time,

Kena sediakan :
1) 2 keping ic suami isteri

2) Gambar passport suami isteri 2 keping 

3) Sijil nikah 2 keping

Bagi yang mengandung anak kedua dan seterusnya sama macam di atas cuma kena bawa buku mengandung yang lama.

Esok kena ambik darah. Cek status darah. Ada virus ka tidak.

Macam.berdebar pun ada.. minggu ni kalau tidak silap perkiraan aku sudah masuk 6 atau 7 minggu.

Alhamdulillah moga sihat anak mama.
Suami pun baik, jaga aku yang sangat cerewet ni.
Syukur moga berkekalan lah sikap tuuu.

Dulu aku ingatkan ibu mengandung ni mengada ngada sebab pasal makanan pun boleh nangis.
Tapi aku suka dengar cerita ngidam ngidam ni.

Kena batang hidung sendiri baru tau.

Baru ni teringin gila makan roti canai tapi hujan punyalah lebat. 
So patah balik padahal masa tu baru keluar gate apartment. Yang aku ni imagine lebih terbayang roti panas panas.. sedapnya..tapi bila suami kata jom patah balik hujan lebat ni. Aku diam ja.
Sampailah masuk rumah,tiba tiba ada air mengalir dari mata.
Hhaahaha..  punyalah suami pujuk.
Tetap kaku.
Lastly 
Suamiku pegi jugala belikan roti.
Gembiranyaaaaa 

Oklah doakan yang baik baik untuk kami ya!







Comments

  1. Tahniah suel..syukur alhamdulillah.Jaga kndgn baik2 ar..����

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq long.. ko pun sama jaga bebaik aa.. makin comel ni ko hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...