Skip to main content

Eh morningsickness lagi?!

Assalamualaikum..

hehe biasalah bakal ibu ni, kalau bukan pasal kandungan,
mesti ada saja berkaitan dengan baby kan entry tu.
alhamdulillah 14w alreday.
moga sihat semuanya,
sebab mama baby ni makan benda tidak menentu..
benda wajib adalah buah mangga yang hampir masak.
tiap hari mesti ambil,
seperti mengambil vitamin wajib pula.

maggi?
asam laksa.. risau aku, kadang 2 kali seminggu, kadang makan 3 kali seminggu.
alhamdulillah setakat ni susu masih ambil hari hari.
tu pun cuma nespray aku mampu telan.
anmum tu biar si suami yang habiskan kah kah kah..

aku semakin hari semakin hairan lah.
kenapa kan, aku ni, masuk 14w masih lagi ada morning sickness..
bukanlah hairan sangat sebab ada ja ibu yang morning sickness sampai baby lahir,
cuma kau tidak la pula mengharap aku tergolong dalam kalangan yang itu.
seksa sangat.

syukur juga bukan macam awal awal dulu,
tapi pening dia jangan cakaplah..
rasa mual tu aku benci.
harapan mama baby ni agar..
rasa mual tu cepatlah berlalu..
cepattttt....

daging ayam aku masih lagi kurengs.
terutama tengok yang masih mentah.
ya, sejak aku mengandung ni juga rumah kami langsung tiada daging ayam,
asyik asyik ikan, ikan masin, udang.
apa boleh buat itu saja yang mampu ku telan.

esok cuti kan?
confirmla aku ni.
melekat di bantal.

kemarin dengan kemarin dulu peningku   langsung tidak mau hilang,
penangan baring yang terlalu lama.
haha tengok,
ayat aku pun pening kan.
kenapalah cuti tu sehari saja.
bestnya kalau macam sekolah kakak aku,
seminggu yau.

minggu depan 3rd atenantal..
lepas tu 3 Nov kena jumpa doktor pula..
kena telan kurma dengan kismis banyak banyak supaaya hcg aku ok la mungkin kan.
oh yeah no reason untuk malas pegi klinik minggu depan sebab husband ada menemani.
kesiannya i.
nasib cuti dia bertukar ke hari selasa..

sementara tunggu result darah dan urine ada juga kawan cerita cerita hihi.
 erm.. kerja sekolah macam biasa.
banyak.
tapi satu pun belum bergerak.
tabah sajalah nanti kalau kerja belambak menghempap kepala sekaligus.
hadiah sebelum cuti.
oh tidak sabarnya mau bercutiii..

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...