Skip to main content

Kerinduan yang teramat

Assalamualaikum..

Macam jiwang pula.
Biasalah petang petang gini melayam perasaan. Rindu sangat zaman belajar di unisza dulu.

Sangat sangat.
Rindu dengan pensyarah, suasana, sahabat handai, budaya di sana, dialek, gaya hidup, ilmu, dan yang paling aku suka makanan.

Yang sebenarnya aku paling rindu makanan dan kawan kawan..

Umur masa tu aku rindu jugak. Hehe
Kebanyakan sudah pun mendirikan rumahtangga.
Tahniah kawan kawan ku tidak kira la room mate , course mate ataupun U mate kan.. ada yang suda menimang cahaya mata pun.

Terasa mau terbang sekarang juga, menginap di mana mana homestay bersama suami, lepas tu lepak di semua tempat favourate aku, along , saly dengan yang lain lain..

Walaupun suasana di sana bukanlah macam di kk atau pun kl yang penuh dengan shopping mall, tapi aku tetap suka.

Serasiiii sangat dengan jiwa.
Macam macam ada,
Walau outing kena naik bas kuning,
Walau bangunan class kami macam sekolah rendah,
Aku tetap suka dan bangga.
Bangunan macamana canggih sekalipun, nilai ijazah tetap sama dengan U lain.

Malah aku rasa kami punya pensyarah yang hebat hebat dan tinggi ilmunya.

Sekarang macam macam kemajuan yang aku lihat. Malah hospital uni sultan zainal abidin pun in progress..

Library yang menyumbat banyak kenangan pun suda ditransformasi.
Walaupun batch kami tidak sempat pun menjejakkan kaki ke library baru tapi tetap berbangga sebab pernah menjadi sebahagian dari keluarga bumi unisza.

Teringat pula mula mula mendaftar.
Aku dan saly bersama Qida daftar sama sama.
Oleh kerana fisrt time ke semenanjung masa tu, tiket semua diurus oleh Qid, sebab dia tiap tahun ke sana.al maklum ayah dia orang nogori..

Lepas tu ambik flight sampai Kl saja, kemudian menginap di rumah makcik dia, then lusa tu kami bertolak dengan 2 buah kereta, van dengan gen 2 kak sepupu qid.

Aku sangka dekat, rupanya jauh sangat.
Entah brapa kali aku terlelap,
Kami bertolak dari Serdang dalam jam 9 malam kot. Sampai dalam jam 5 lebih pagi. Menikmati pemandangan langsung tiada melainkan menghayati lampu neon sepanjang jalan dan bangunan..

Perasaan masa tu, macam macam.
Rindu, teruja, kadang sedih kadang bengong sebab kemarin kau masih d Kk, esoknya kau di Serdang esoknya lagi kau di bumi Ganu.hah?

Malamnya tu kami menginap hotel, yang aku ingat mengadap dataran syahbandar kot.
Siang tu kami bertiga keliling bandar sendiri sendiri.

Banyak juga barang kami saly borong.
Pantang singgah kedai, mesti ada saja barangan yang kami bawa.

Aku lupa la nama tempat bowling di Ganu ni.. luar bangunan tu ada orang jual lekor, sedap giler. First time aku makan lekor sedap macamtu. Rupanya itula permulaan lekor jadi makanan rutin. Duh telan liur la pula bila ingat balik.. lepas tu, haaa 3 tahun la aku mengadap lekor. Sedapnya nyummm nyummm.

Petang tu kami mendaftar di dewan al muktafi billah syah.

Bermula lah hidup sebagai student.. seminggu jalani orientasi.

Agak pelik jugalah dengan suasana di tempat orang.

Dengan dialek yang mudah aku fahami. Bolehlah, sekejap saja aku boleh teka maksud perkataan perkataan yang aku tidak pernah dengar.

Kemudian belajar makan makanan berat di pagi hari.. nasi dagang, mee sup, nasi lemak, nasi kerabu..Memang sedap..

Paling ingat nasi kerabu belakang unisza adoilah..
Kecur air liur. Kalau ada orang sponsor tiket sekarang juga aku pegi.
Tiap weekend aku akan ke sana, masa final year la..
Selalu pegi dengan emot, kalau tidak dengan farah, kalau tidak dengan saly, kalau tidak mesti dengan k.jah room mate cek molek aku tu..

Along selalu ke rumah mak ayah angkat dia sebab tu jarang dating waktu pagi.

Along teman aku dinner hehehehe..
Pekena char kuew teow, roti canai,atau mana mana tempat yang kami suka pegi.

Nisa pula geng pegi pasar malam, oh tang ni sekali dengan Along n Saly..
Pasar malam la pula.. adoi terbayang abang burger 😭

Abg kesayangan farah dengan mukhtarah hehehehe..

Sedaplah.  Bila pegi mesti habis rm12. Perut lembu pun kalah tau.
Menu wajib, nasi kerabu dengan lauk ayam, pastu kerang rebus, sate, cendol pulut laki bini tu kadang beli pula laksa penang dia, lekor, ish tukar tukar menu lah yang penting. Seminggu 2 kali pasar tu.. selasa pasar depan unisza, khamis di  belakang.. kadang pegi naik bas, balik hostel jalan kaki, kadang sebaliknya, kadang sewa motor zurin sejam rm2 hahahha.. Zurin, tq tau selalu sewakan moto kriss ko tu.

masa konvo hari tu punyalah hepi sebab sempat ke pasar malam khamis hahahha..

Mabelesssss.

Please laaa... Rindu Ganuuuuuu...
Ni belum cerita lagi kaki derak kami.
Tapi nantilah hari ni fokus makanan dulu.
Sejak aku sudah habis belajar ni, belum pernah aku jumpa tomyam sesedap di Ganu.
Ceh entahlah..

Langsung tidak sama sediih..

Kenapala masa aku tengah pregnant ni mesti ingat benda yang susah mau dapat. Sedihhhhhh...

Tu belum cerita gerai air buah tu. Teringin juga aku minum dalam balang macam akuarium tu..
Besar, harga pun murah.
Oh udang celup tepung..
Jagung parut..

Kangkung warung blok E adoilahhh mana mau dapat..

Mash potato cafe dekat kampus tu....
Hadoi hadoi..
Nasi tomyam ibnu Sina hadoi hadoi... Sedih baby tauuuu..

Bye. 😭😭😭😭😵😵😵

Comments

  1. Suel...aku pun rndu jg smua saat2 2..klu bleh mau blik pg zmn 2 tau,haha. Tmpt bowling 2 aku pun nda igt..lgsg nda igt tmpt 2 d mana.rndu sgt2 mau drive laju2 sana..haha.rndunyaaaaaaa dgn smua...sbr ja la.

    ReplyDelete
  2. huhu rindu kan long.. sepa pernah buat naik motor sambil pakai payung.. kita ja gila tu pun semata mata char kuew teow hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...