Skip to main content

3rd antenatal + 1st appointment with doc

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah selesai.
walau cerita ini sudah hampir basi atau bangas orang Sabah cakap, tetap juga diupdate untuk tatapan si anak akan datang.. :)

hari tu bukan main gigih perkasa lagi taip entry dalam phone, skali tengok tidak sempat untuk dipublish hilang semua. hihi.. antenatal ni 28 Okt lepas..

Rutin bulanan si mak buyung kali ini ditemani oleh Mr husband.
sampai menguap nguap tunggu result urine & darah. belum ditambah lagi dengan menunggu giliran bertemu misi.

Alhamdulillah syukur semuanya ok, walaupun HB masih ok, tapi kena lebihkan juga makanan yang ada zat besi.
berat pula agak maintain macam bulan sebelumnya.
manakan tidak, malam aku langsung xmo sentuh nasi.
mesti cari roti atau biskut
macam diet sebelum kawen la pula haha..

3 Nov tu pergilah berjumpa doktor.
dapat pula doktor berhijab labuh.
1st scan la ni konon di klinik kerajaan..
sebelum ni buat di klinik luar.

tapi yang tu anak mama baru 2 bulan.
yang ni cun cun 4 bulan.
biasalah klinik kerajaan masih lagi guna monitor lama, so agak kurang jelas lah anak mama ni kelihatan.

dia cuma cakap "Ni jantung baby."
aku pun "oooo"..

lepas tu langsung kurang puas hati.
bila husband tanya, doktor kata apa?
aku jawabla macam dekat atas tu..
meluahla aku ni kan sebab membayangkan penerangan dari doktor tu ala ala macam dalam TV.
Hahahahaa.

kecewa~

hujung minggu tu aku teringin makan 'biniyamban' sejenis kuih tradisi. tapi kaum apa aku pun tidak tau la pula.
cuma kuih ni sejenis kuih yang dibuat dari jagung.. anak mama suka jagung aaaaa... :p

sanggup balik kampung, sebab bukan sembarang kuih, mesti juga hand made by mama tua aku.
alang alang tu sampai pekan terus scan lagi baby tempat klinik yang sama dulu,

kali ni suami masuk sekali, tengok sama sama..
sentuh saja alat tu terus jelas terpampang 1 mahkluk Allah yang istimewa.
Allah begini rupanya perasaan .
Ya la, dulu tengok cuma bulat tu saja...

yang ni jelas cukup sifat hehe.
doktor tunjuk kepala baby, paha, badan..
lepas tu aku tanya lah sesuai tidak dengan usia kandungan dan saiz baby..
doktor kata kecik sikit.. tapi everything is fine.
ALhamdulillah.. tengok muka suami pun macam terharu, terkejut tengok screen tu hahaha..
yang mengalami sendiri apatah lagi..


Oklah, harapan mama agar anak mama dalam ni sentiasa sihat, mudah segalanya
maafkan lah  mama mu ini kalau makan benda yang kurang berkhasiat T_T

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

rasa campur baur

Assalamualaikum, Alhamdulillah segalanya selesai. surat penempatan sudah ada di tangan dua hari lepas, penantian yang sangat tidak sia sia bila dapat mengajar di sekolah lama, selain sudah biasa dengan orang orangnya, segala urusan pun jadi mudah, tiada rasa malu, tapi peliknya debaran kekal ada hahahahaha bila tau saja nama sekolah minggu lepas, kalau tidak silap hari Rabu petang, Jumaat tu terus ke KK cari rumah atau bilik sewa, bila tau saja berita ni, wajah bapa lah yang paling gembira, apa tidaknya dari dulu mau anak gadis dia yang sorang ni ikut jejaknya. thanks a lot tuk bapa dan mama yang banyak sangat berdoa untuk permudahkan segala urusan anak mereka yang degil ni. macam biasa bila dapat sekolah lama, area pebret pekan Donggongon, walaupun Putatan lebih dekat, tapi bapa aku tidak suka lah pulak aku duk menyewa di sana. jalan busy, sempit, tu yang bapa fikir, takut bahaya tuk diri aku kan. aku pun suka juga duduk sini, banyak privacy selain jalan ya...