Skip to main content

Berprogram vs Bereunion

Assalamualaikum..

Alhamdulillah program khas untuk guru guru baharu telah selesai dihabiskan dengan semangat waja.

hehe semangatlah sangat.
3 hari duduk Hotel Ming Garden macam macam ilmu yang aku dapat,
InsyaALLAH akan dipraktikkan dan akan jadi amalan,
moga moga menjadi seorang murabbi, muaddib dan muallim yang cemerlang dan mampu melahirkan insan cemerlang dunia akhirat dalam pendidikan, akhlak dan nilai kemanusiaan.
wow amacam ada perubahan ka ayat ?
hahaha..

Start check in tu, sampailah habis program mata ni langsung tidak dijamah cahaya mentari,
Akibatnya, keluar saja dari bangunan hotel tu terus macam jakun jakun.
macam baru keluar dari gua. Siap program mesti landing terus atas tilam,
tu pun selepas perut kenyang.

Duduk berjam jam ni, tau taulah rasa dia camana kan...
keluar masuk tandas, jangan hairan.

Part paling best bila program macamni..
jumpa kawan kawan lama..
dan paaaling istimewa jumpa my bff Alonggggggg.. heheehe.
Setelah masing masing sibuk membawa haluan,
akhirnya jumpa di sini..
bukan berdua malah berempat..
hehe
aku dengan Along dan 2 mahkluk tersayang di dalam kandungan masing masing.
kalau ada Saly, maka perjumpaan ber6 la kami.
Terlerai lagi kerinduan..

Lagi satu, program ni sebenarnya aku rasa lebih pada reunion..
hahaha..
bukan apa,
jumpa balik rakan se IPG dan se Universiti dolu dolu.
Indahnya pemandangan kan bila saling bertegur sapa, terus terimbau memori suka duka.
kenapa la ayat aku dari tadi ni jiwang bekarat.

Kelmarin habis program terus balik rumah,
tengok rumah alamak..
faham fahamla kan.. Mr husband sibuk kerja
kesian pula kalau kena kemas rumah lagi.
tidak mengapa, dimaafkan :p
lalu aku pun buatlah kerja suri selepas suami keluar kerja..

malam tu ada annual dinner sekali dengan majlis perpisahan di Hotel Tabung Haji.
dalam hati, makan hotel lagi?
bukanlah tidak bersyukur dengan makanan yang enak enak selama 3 hari 2 malam.
tapi tekak kala tu terasa mau makan maggi saja. hahaha.. jadi semalam aku makan ala kadar setakat mengisi perut yang kosong..

Cikgu Yahya, cikgu yang diraikan semalam ..
ucapan beliau begitu emosi.
sedih jangan cakap,
walau tidak sampai 6 bulan kenal dengan beliau, aku tetap terasa kehilangan seorang rakan yang tegas, pelawak dan rajin.
sebenarnya semalam, dia ditahan di wad untuk menjalani pembedahan tapi sempat di'culik' oleh Cikgu Razmal. Gelang yang selalu dipakai oleh pesakit tu masih ada di tangan.
bukan guru wanita saja mengalirkan air mata malah guru lelaki pun sama.
so, majlis semalam kami banyak menangis.
sampai kepala aku sakit sangat. terasa sampai hari ni. effectnya ayat aku tunggang langgang di entry ini bersama kejiwangan hehe.
21 tahun berkhidmat di sekolah.
yang aku, baru masuk 2 tahun setengah di sekolah dulu.
masa ucapan perpisahan tu teresak juga keluar hingus lagi. inikan pula 21 tahun..
ucapan guru besar pun agak sebak kedengaran, terdengar getaran itu..
Apa pun semoga pembedahan cikgu Yahya berjaya dan moga menjadi insan yang sihat semula..
jom doakan ramai ramai...


Esok hari terakhir persekolahan dan cuti panjang akan bermula.
so mood murid murid ni semuanya hepi termasuk cikgu cikgi dia.
Selamat bercuti semua anak muridku.
Semoga percutian kali ini diisi dengan perkara berfaedah!

with Along 





Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

rasa campur baur

Assalamualaikum, Alhamdulillah segalanya selesai. surat penempatan sudah ada di tangan dua hari lepas, penantian yang sangat tidak sia sia bila dapat mengajar di sekolah lama, selain sudah biasa dengan orang orangnya, segala urusan pun jadi mudah, tiada rasa malu, tapi peliknya debaran kekal ada hahahahaha bila tau saja nama sekolah minggu lepas, kalau tidak silap hari Rabu petang, Jumaat tu terus ke KK cari rumah atau bilik sewa, bila tau saja berita ni, wajah bapa lah yang paling gembira, apa tidaknya dari dulu mau anak gadis dia yang sorang ni ikut jejaknya. thanks a lot tuk bapa dan mama yang banyak sangat berdoa untuk permudahkan segala urusan anak mereka yang degil ni. macam biasa bila dapat sekolah lama, area pebret pekan Donggongon, walaupun Putatan lebih dekat, tapi bapa aku tidak suka lah pulak aku duk menyewa di sana. jalan busy, sempit, tu yang bapa fikir, takut bahaya tuk diri aku kan. aku pun suka juga duduk sini, banyak privacy selain jalan ya...