Skip to main content

4th & 5th Atenantal

Assalamualaikum


4th Antenatal

oo terlepas lagi aku update cerita antenatal.
sorry my baby haha.
Mama ambik kesempatan update sambil dengar i think yang kecoh minta didengar dan dijawab sebab esok last due.
so terpaksa ke cc jugalah aku. update blog sebenarnya boleh ja guna hp pintar tu tapi sejak 4,5 menjak ni aku semakin malas pula mengarang hihi.

Antenatal ke 4 hari tu berjalan seperti biasa , berat makin bertambah 57kg, hb makin turun 12.2 sebab pagi tu aku breakfast kacip fatimah. kauu mengacip tu.

Macam biasa misi marah aku, sebab risau doktor marah aku masa 2nd appointment.
sejak hari tu aku mula menjauhkan diri dari minuman berkafien
paling pun milo. milo kan ada kafien jugak.
Ambik kau,misi tu tulis note pakai pen merah pula tu dalam buku "klien minum kacip fatima" huahahahaha...

Masa dating kali keempat ni aku kena suntik untuk elak kancing gigi lepas misi tanya sudah rasa atau belum gerakan baby.. memang rasa macam kena jentik tapi tidaklah sekerap ini. Usia baby mama masuk 5 bulan daa masa tu. Pastu  misi dengar jantung baby, payah sikit cari tau.. terpaksa tekan sikit.. baru dengar dengan jelas..Mujur kaka aku ada beli alat tu so masa di rumah boleh cek jantung baby bila bila masa..


5th Antenatal
Lepas tu aku balik kampung bercuti dengan family.. Mr Husband cian pula aku tinggalkan sorang, apa boleh buat, aku cuti Huby plak kerja. Huhu, tu pun cuti seminggu saja dengan family di kampung, pastu seminggu lagi balik KK then Balik semula ke kg...

23 Dec lepas aku ada 5th appointment dengan misi, tapi aku kan masih di kampung. So, tumpanglah klinik di daerah aku tu saja.. Mula tu dorang suh buat di kampung, mujur ada pangkat nenek aku bahagian KKIA terus dorang setuju tumpangkan aku. Beliau sendiri check semua, kandungan, usia macam misi di tempat aku selalu buatlah, cuma ada sikit beza dari segi prosedur. Biasalah lain klinik lainlah sistem dorang.

Sekali aku timbang walamakkkk naik mendadak 4.5kg. Oh ya minggu lepasnya aku minum air gula plak. Alahai pengalaman minum air gula tu aku akan ingat sampai bila bila, memang masa minum tu Alhamdulillah lah sekali teguk saja sebab kakak aku pun ajar macam tu.Tapi lepas tu rasa moody sangat, pening & lapar gila. Haha. Ramainya minum air gula hari tu, ada orang tua, ada golongan pertengahan, ada juga yang sama golongan dengan aku hihhi. aku sampai klinik masa tu tepat jam 8, then setengah jam juga menunggu.  Kriok kriok perut,baby pun lapar,..

Tapi result cuma boleh tau 2 minggu lepas tu. So kita tunggu sajalah.

Alhamdulillah baby sihat cuma aku banyak kena bagi nasihat oleh misi aka pangkat nenek aku tu supaya amal diet seimbang sebab berat aku ni ntahlah hahaha..Dia ramal baby aku ni baby girl. Sampai kawan dia pun siap kira lagi lmp aku then teka baby girl. aku pun ya ya ja la.. Apapun jantina baby yang bakal aku lahirkan nanti aku tidak kisah yang penting sihat dan sempurna.. aku pun sihat hehe.

Malangnya hb aku makin turun, pada 11.8. Kurang tidur kot. Lepas ni kena makan buah banyak banyak ngan sayur. Jangan turun sampai 7 sudah..

Sekarang ni baby suda 24w 3d..
Ikutkan hati mau scan tengok keadaan baby tapi memandangkan klinik yang biasa pegi tu cutila pula sampai 2 Jan.. Aku tunggu saja la usia baby 28w baru jelas jantinanya kan baby kan..

Persediaan Barangan Orang Baru

Lepas aku balik dari kampung hari tu aku terfikir beli barang baby sebab asyik teringat harga barang yang sedang mencanak naik mulai tahun depan, jadi aku ambil keputusan untuk beli sikit barangan baby. lagipula hujung tahun ni kebanyakan kedai buat YES.

Memang betul la, rambang mata tengok barangan baby, tapi syukurlah aku masih mampu mengawal nafsu serakah membeli mengikut kemampuan diri hehehehe..

Baju baju baby aku beli 2,3 helai saja sebab banyak sangat baju anak anak buah yang masih elok untuk baby aku nanti. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya..Tidaklah pening sangat kepala aku fikir. Kain batik pun banyak dah kirim dengan kakak dari Labuan. Masa berpantang nanti aku cadang berpantang di rumah sendiri saja sebab di kampung nanti tiada siapa yang akan jaga. Mama bapa sibuk ke kantin, kesian pula karang sudah penat kena masak untuk aku lagi. Huhu. Lagipun senang, kurang sikit pergerakan bila duduk di rumah sendiri.. Terasa ngiluuuu sangat bila fikir kena ke tandas lepas bersalin nanti.Ops, stop dulu la fikir pasal tu. Karang stress sendiri sendiri hehehe..


Random
Panjang pula entry  kan macm balas dendam saja haha..
Anyway cuti panjang kali ini kurang berjalan, setakat ke Kundasang saja, balik kampung, pegi shopping complex, Kawen adik ipar. Itu sajalah aktivitinya. Hehehe.
Baby sekarang makin aktif dalam bump mama, masa berjauhan dengan abah dia hari tu pun ada nakal sikit. Bila abah dia hantar voice massage punyala gerak gerak, rindulah tu suara abah hahaha..

Lepas tu yang aku perasan bila lapar,mula la baby tendang sikit, ada sakit sikit.. baby lapar aaa.. bahagia pula rasanya. Tidak sabar tunggu baby keluar, rasa bosan duduk rumah sorang sorang bila hubby kerja hehe.

Sepanjang cuti ni macam macam peringatan ALLAH bagi kan.. Banjir, tanah runtuh, kapal terhempas lagi, ribut thypoon,yang aku perasan sangat banyak betul pula fitnah terutama dalam laman facebook. Agak agak jugakla guna facebook , jangan salahgunakan kemudahan yang ada. Baru ni ada member invite join grup Ibu mengandung. memang banyak sangat info berguna. Syukur sangat masuk group tu.Sebab tu bila salah guna pening kita dibuatnya..

Okla, itu saja dulu hihhi bye






Comments

Popular posts from this blog

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru risau d

selamat menggendong gelaran Madam ,Yus!

Assalamualaikum.. seminggu before exam hari tuh aku sempat memenuhi undangan salah sorang kawan aku di daerah Inanam. Ala rumah dia dekat ja dengan sekolah menengah aku dulu. so, kami segerombolan kawan kawan janji jumpa di sekolah tercinta tu dulu sebelum gerak sama-sama ke rumah pengantin, Pn Yustiani Yunus. kejadian tu pada 1 Jun 2013 hehe. tapi Yus sudah sah bergelar madam 31 Mei 2013. Tahniah sayangku. dia rakan sepengawas dulu, timbalan ketua pengawas you. aku pengawas taik kucing ja. sebab bila ada sportcheck, semua gengawan gengawan yang bawa benda benda haram seperti handphone etc mesti jumpa aku, suruh wat sportcheck di locker dorang. Aku kan baik. mestilah aku tolong sembunyikan. berdosa you, matiklah aku nanti kena soal. Adik-adik jangan ikut perangai kakak yang tidak senonoh ni. masa form 5 dek kerana sudah tidak tahan & takut pegang amanah, aku minta supaya tidak dilantik lagi jadi pegawas asrama mahupun sekolah. bolot semua jawatan kah kah kah. macam hebat sang

cuti panjang sebelum cuti lagi panjang

Assalamualaikum sebelum ni busy dengan entry 'busy' kan.  hehehe sempat lagi ada cuti 5 hari masa busy busy ni. maksudnya nikmat cuti tu masih ada kan. dengan adik yang baru masuk pindah ke bilik comel, rasa riuh sangat sebelum ni kan aku biasa duduk diam diam.. bila dia becakap aku terbiasa lah diam lupa jawab apa yang dia Tanya, haha agak kekok di situ ok, bukan apa, bila becakap orang bilik sebelah tu dengar bulat bulat apa yang kita cakap. so, macam malu jugaklah kan kalo cakap dengan nada yang kuat. best jugaklaah.. aktiviti masa cuti? 2 hari berturut aku pegi tengok ISTAF dengan Mr.Fiance di stadium likas. peringkat International kot. tengok perempuan pun ada main takraw Malaysia masuk final lawan dengan Thailand. yang tu untuk lelaki, pompuan cuma layak untuk rebut tangga 3 ngan 5, Malaysia vs Indonesia, first time pegi sokong siap sorak sorak lagi.. gamat gila suasana. tu belum tengok bola sepak lagi. hehe kemarin , masa untuk isi e