Skip to main content

Dunia Dunia Dunia

Assalamualaikum,

Hehe aku masih bercutii.. jangan jealous. Ceh, mentang mentang TPM suh tangguh sekolah.. Khenn, sioklah rakan pendidik kan cuti dipanjangkan selama seminggu. Tapi tahukah kamu cuti ini aku betul betul mati akal?
entah kenapa, aku rasa seolah olah di depan aku macam sentiasa ada kematian.
hahaha. Rindu kampung, rindu mama bapa, rindu anak anak buah.
Yang penting sebenarnya aku rindukan keramaian dan kegembiraan bersama family tersayang.
Inilah risiko bila hidup sendiri di bandar.

Oh walaupun tempat tempat yang tidak terkena banjir seperti di Sabah ini, jangan lupa mendoakan mereka yang terlibat dengan becana banjir, semoga tabah sahabat sahabatku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku tau emosi aku sejak dua menjak ini up and down, maybe disebabkan hormone, atau memang perasaan aku agak tidak menentu.
sentiasa inginkan rakan untuk berbual, cerita cerita kosong bah.
Masa di kampung dulu adik beradiklah tempat sharing semua cerita, best..
bila balik sini, cuma ada adik bongsu dan suami.. yang siang malam sibuk kerja. Tinggal lah aku kesunyian membawa diri sendiri. Hahaha..

Sebenarnya tidak pernah aku ada perasaan macam ni sebelum ni. Rasanya normal la kan untuk mom to be.
Mujur dikurniakan suami yang sabar melayan kerenah aku yang macam entah apa apa entah. Sekejap macam tu sekejap macam ni. Terfikir aku, mesti dulu masa aku dalam kandungan mama.. Rasa menyesal sangat bila fikir pernah tidak dengar cakap mama masa muda muda dulu, atau pun menyesal bila teringat pernah berkasar bahasa.

Sebab sekarang ni aku tau dan faham camana perasaan mengandungkan anak selama 9 bulan lebih, dan terfikir untuk menjaga siang dan malam bila sudah bersalin kelak,.tu belum lagi bila sudah bersekolah dan meningkat dewasa..mencabar kan bila fikir benda tu.Semoga anak mama dalam ni anak yang soleh solehah mendengar kata orang tua..
Thanks mama i love u. Maybe bapa pun sama letih melayan kerenah sang buyung, sebab aku tengok suami aku pun macam penat menahan sabar. Thanks bapa, I love u..

Tahun baru ni betul betul aku langsung tiada perasaan, cuma aku begitu rindu dengan perkara perkara bahagia tahun lalu.Adakah disebabkan aku sukar melepaskan kenangan itu lalu aku sukar menerima kenyataan bahawa tahun kali ini telah berubah angkanya? Atau aku sebenarnya nervous menerima kelahiran baru? atau sebenarnya mata wang malaysia menjunam jatuh?atau sebenarnya aku takut menghadapi hari hari sukar? atau sebenarnya aku tertekan sebab kena mengajar murid pra sekolah seramai 25 orang setiap 3 kelas itu? atau hati aku belum bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai muaddib kerana kekurangan semangat? Sehingga aku rasa emosi aku sangat tidak stabil. Kadang tercari cari apa sebenarnya perasaan aku. Kadang aku rasa kosong sangat! Hahahaha.. Langsung tiada perasaan. Kadang aku rasa tenaaaang sangat.

Argh!! macam macam.. Apapun macam macam yang bakal aku alami tahun ini InsyaAllah, ingat satu benda.
Inallaha ma'ana. Allah sentiasa bersama kita.

Ya! Allah sentiasa  bersama kita. Sebenarnya aku sedang berusaha membina kembali semangat juang yang hilang untuk ke sekolah hehehehhe..

Harapan mama, semoga baby dalam ni sihat sentiasa, mudah urusan semua k. Bersama sama kita harungi hidup ya nak :)

Jom sama sama harungi cabaran hehehe.. macam lucu pula entry kali ni, hentamlah!


Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...