Skip to main content

Craving craving

Assalamualaikum..

Sebelum start cerita pasal mengidam ni teringin sekali ucapkan syabas dan tahniah buat my bff along yang telah selamat melahirkan seorang puteri jam 3.19am pagi tadi.. mesti omey macam mama dia..best best!!!

Welcome to this world baby.. tunggu gengmu yaaa hehehe..

Tadi masa melantak keropok lekor tetiba teringat pula macam macam makanan yang aku kerap ambil sepanjang tempoh kehamilan. Rasanya selebihnya bukan mengidam pun, nafsu saja semata mata.

1st trimester aku kerap sangat makan buah manggis, memang pantang tengok bemda berkulit pepel tu. Kalau boleh langsung tidak mau share dengan orang lain, kedekut.

Lepas tu aku perasan aku selalu sangat makan maggi asam laksa, kadang sampai 3-4 kali seminggu. What a bad mama.. :( apa boleh buat, itu sajala yang boleh diterima masa tu, susu jauh sekali. Nasi boleh tapi jangan berlaukkan ayam. Lauk pula mesti lauk udang atau ikan saja..
Nampak sangat tengah bawa baby boy dalam tu 😂😂

Lepas tu hari hari beli mangga muda, cicah garam dengan ajinomoto lebih sama lada. Odappp..

Bila masuk saja 2nd trimester, mula da boleh terima lauk pauk berasaskan ayam ayaman. Hehe tu pun sebab aku terpaksa masak ayam masak kicap untuk husband masa balik kampung. Masa tu genap 4 bulan. Lepas tu memang lauk aku ayam masak kicapppp ja la memanjang. Siap google sana sini tengok resepi ayam paling lazat di dunia. Tapi langsung juga tiada perubahan. Macam tuuuu ja la masakan aku hahaha kebanyakan over masin.

Sampailah kenduri adik ipar kawen, biras masak ayam kicap. Ya Allah, kalau tidak difikirkan malu, mau 4 kali bertambah nasik..kenaaaa sangat dengan selera aku. Seminggu ulang alik pegi uma mertua dan menjamu selera di sana tiap hari, 4 kilo berat aku naik. Amboi amboi.. sedap sangatlah tu 😛

Masuk 6 bulan aku mula mengidam makanan berasaskan mee pulak. Terutamanya kuew teow. Lagi lagi char kuew teow.

Asal petang saja gagau mencari kuew teow. Husband pun pelik haha.

Lepas tu,di ambang 7bulan tiap jumaat mestiii pekena ayam penyet. Lepas balik sekolah mesti makan ayam penyet.

The latest.... Jeng jeng jeng.. nasi panas dengan telur mata kerbau. Walaupun sup ayam atau apa sja lauk ada di depan mata, aku akan goreng juga telur makan dengan kicap manis dengan sos cili.  Dan sekarang aku perasan, aku suka makan benda benda manis. Risau juga takut gula tinggi dalam badan.

Ohhh kalau bab kuih.. pisang gorenglah yang utama. Aku boleh habiskan rm2 tu.. pernah suruh hubby beli, tengok tengok dia sempat makan 2 biji saja. Yang selebihnya bini dia yang habiskan wawawaaaaa.....

Kalau biskut,mesti biskut pingpong tu. Sodapppp... Huhuhu..

Gtulah critanya craving craving for my 1st pregnancy haha..

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

obses dengan kek

Assalamualaikum. Haha sejak akhir akhir ni entahlah mungkin sebab hari hari tengok dalam grup Sabah Preloved Item d FB kot, asyik asyik COD kek,, hahha baru kek tu smua yang gebu gebas super cheezy yai aku is tidal boleh blahhh dengan gambar gambar kek hahaha. berat badan pun agak boleh tahan juga la kan. Oleh sebab keobsesan aku tu, maka kek untuk hari tua si suami terawal hanya sebab bini dia kaki kek hahaha. Iya iya la sangat sambut awal kan. Haha sungguh tidak ikhlas. Eh betul ni ikhlas la jugak kan.. 2 minggu sebelum tu aku ada juga beli kek indulgence ya Rabbi sedapnyaaa gebu! Lepas tu, Isnin lepas order lagi 2 butir. 1 cheese leleh 1 lagi indulgence Indulgence tu untuk celebrate hari jadi member di sekolah. Eh da macam tiap minggu la aku makan kek. Pelahap kan. Nangis husband tengok huhu sebelum tu saja ajak lepak Habib pegi Perdana Park. Padahal besar hati minta spend bapa dia kek SR muahahaha... sampaila tahap sekarang aku muak sendiri da...