Skip to main content

My little Caliph

assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah
Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu,
12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah..

Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu..
dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia..
moment yang tidak akan dilupakan.
sakit yang sangat sukar digambarkan
hanya yang pernah melalui sahaja


Habib Naufal
Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi.
tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking..
baby on antibiotic..
cian kena cucuk dekat tangan.
lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning.
masayaAllah.
285 bacaan 1st.
Nurse suruh pegi lagi malam tu.
cek, Ya Rabbi 298
Refer terus ke HKKW Likas.
sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah.
Astaghfirullah.
313.
warded lagi.
Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha
kesian baby,
sakit badan si ibu ni sebab masih belum cukup rehat.
yang tidak tahan tu tepaksa naik ambulans pg sana.
1st time in my life naik kereta tu huhu.. bercampur baur rasa

selepas 4 malam akhirnya kami boleh keluar.
syukur.
cuba kondisi aku makin lemah sebab 4 malam tu aku tidur sekejap sekejap..
kena make sure Habib menyusu selang sejam..
Dahla dia asyik tiduuur saja..
macam macam ikhitar kami.
lap dengan air rebusan daun inai,
minum susu kambing.
Alhamdulillah kuning makin hari makin berkurang,
kami keluar dengan bacaan 171 kalau tidak silap.

Berulang lagi ke klinik sampai 2 minggu.
akhirnya stop terus kesian baby hari hari kena cucuk.

habis kuning, kena lagi penyakit hernia.
pusat habib tidak cantik sangat, terkeluar sikit..
selalu kembung perut..
aku kena jaga makan sebab masih fully bf.
aku cukup jaga, sampaikan rasa sangat sangat down sebab hanya boleh makan ikan rebus campur garlic,
makanan ringan cuma ambik biskut jacob dengan air susu.
lebih kurang 2 bulan aku try makan makanan bergoreng sikit sikit,
perasan keadaan perut habib yang makin lama makin ok.
aku mula ngap macam macam.. hehehe
Sampai sekarang.. Alhamdulillah Habib membesar bagai juara.. :)

Masa lahir berat dia cuma 2.75kg
1 bulan 4.5kg
2 bulan 5.5 kg
3 bulan 6.8 kg
4 bulan 7.2 kg

Next week 14Sept timbang dan cocok untuk 5 bulan, Risau juga ni dia demam,
Now masih berkahak.

Lepas macam macam yang mama lalui,
rasa sayang sangat dengan anak mama ni,
membesar depan mata.
Syukur mama jumpa pengasuh yang sayang Habib,InsyaAllah semoga ALLAH sentiasa melindungi Habib masa mama tidak bertentang mata dengan anak mama ni.

entry ibu ibu sangat nih..
hehehe..
ok bai..


Comments

  1. Napa rs mcm nda puas bc ni..haha. nnt smbg lg psal habib ar..😉😉😉

    ReplyDelete
  2. Napa rs mcm nda puas bc ni..haha. nnt smbg lg psal habib ar..😉😉😉

    ReplyDelete
  3. haha.. yg style kelam kabut sambil kursus ba tu long p update blog... ayat tunggang langgang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...