Skip to main content

Habib 6mo

Assalamualaikum..


Tolak minggu ni tinggal 2 minggu mama Habib perlu ke sekolah..
dan Habib x perlu dah pegi umah pengasuh pagi pagi buta..
boleh tidur bawah ketiak mama sampai tengahari ya nok.


seminggu lepas Habib sudah mula makan..
Sebelum tu 2,3 hari sebelumnya aku bagi puri saja.
Sekali tu saja aku rajin steam konon-kononlah..
punya gigih selongkar stor cari steamer.
sebab tetiba teringat ada member hadiahkan steamer comel masa kawen dulu.
tq la.. hihi sangat sangat berguna..
lebih setahun da kawen baru terhegeh hegeh guna benda tu.
haha

kesian..

lepas tu aku malas sangat sebab rasa macam lecehh ja buat benda tu.
habib pun macam xpuas ja makan.
cair kan.. namapun baru permulaan..intro dunia makanan.
kang tekejut perut anak mama bagi sebijik terus.
aku bagi buah pear dulu.

lepas tu gigih la beli food feeder yang macam puting tiruan tu.
yang tu aku potong kecik buah epal trus sumbat dalam tu n bagi Habib..
ternyonyot la si Habib. Senang kerja mama yang pemalas hehehe.

Sama jugak kan.. dia cuma hisap puri saja..
macam macam ada dijual sekarang ni aksesori baby.
Mama juga yang baju da x pernah beli baru.
Abah habib lagi lahh hahaha...

Biarlah, dahulukan anak kita la dulu kan..

sampai lah minggu lepas aku n husband sibuk cari beras yang bagus untuk Habib mulakan dunia bubur dia.
terjumpala beras perang.
gigih la baca ingredients dia.
sekali terfokus "beras ini lebih baik dari beras putih" apalagi.
teruslah aku usung ke kaunter..
2kg dalam RM12.80 juga kot.

sudah beli tu macam x sabarla pulak aku mau  masak.
tapi esoknya juga la baru aku masak sebab masa tu da malam daaa...
mood masak bubur lom ada.

syukur Habib terima bubur yang ditapis
tapi 3,4 suap sajala..
Normal la tu.
perut baru menerima.


Isnin baru ni 1st time hantar bubur pada pengasuh.
aku rela masak sendiri dari suh dia masak
lagipun aku faham, ada baaaanyak lagi kerja yang dia perlu buat.
mana menjaga anak bongsu dia lagi..kan
lagipun air tangan mama sedap apa..huahuahua

masa ambil tu, aku tanyala..
banyak x Habib makan?
dia kata banyaaaakkk..
akak campur gila sikit.

dalam hati, hah???? gula.. :(
hmm okla nasib letak sikit,
sepanjang dalam perjalanan balik ke rumah aku berfikir.
kandungan susu fm pun banyak gula.. rugi ni bagi bf
terus aku wasap kakak tu jangan lagi letak gula lain kali..
but memangla kan sebelum wasap tu..
aduh befikir ni.. camanala aku mau tegur kaka ni.. kang terasa plak..

so, beranikan diri sajalah demi kesihatan Habib..
lepas send saja terusss lega. Hehe.Hopefully beliau x tambah apa apa perisa lagi sampai habib masuk 8 bulan.

now Habib da 6 bulan 2 minggu.
da terror guling sana guling sini.
Ahad baru ni first time pandai 4 kaki.

Khamis lepas agak tragik juga sebab Habib jatuh dari katil.
ternangis mama ni tau.
sebab aku dari luar bilik boleh dengar kepala dia terhempas...
sakit sangat hati mama
sampai di sekolah badan masih lagi ketar2.
abah abib apa lagi.. marahlah dia..
aku siap siap mandi sebenarnya,. da letak tilam sebelah dia.
rupanya dia mengengsot sampai jatuh katil bahagian kaki. adoila anak.
syukur x apa apa

hairan juga,aku punyalah cari benjol benjol dia.
x jumpa jumpa
even kesan merah pun tiada.
syukurla, orang tua2 kata ada malaikat sambut.


hehe.
moga Habib membesar dengan sihat. 6mo, berat da 8.3kg. lepas ni bulan Januari depan pla baru ada appointment, syukur cucuk 6mo Habib x demam. jangan demam ya nak, mama takut :(


okla

da daaa..



Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

come back 2017!

Assalamualaikum Amboi bukan main lagi bertahun x update bakhangg hahaha dah 2 pun anak, sampai macamtu sekali kan. duk taip resume untuk kaka aku, tetiba terpanggil cari blog merapu meraban aku zaman dulu dulu . alhamdulillah jumpa, syukurlah masih sihat, masih bernafas dan masih ingat password blog nih hahaha. syukur anak kedua aku is gigirl. next week genap 3 bulan daa, aku amik maternity leave 3 bulan jugak. kiranya tidakla rugi sangat seleps pembentangan bajet 2018 baru ni kan. muahahaha ada 3  kuota lagi kot. insyaAllah kalau Allah izinkan ble tambah lagi 2020. sempatlah saham 200 untuk anak ye dok haha. nama baby 2nd ni Nafeeza Sumaiyyah. tu pun bagi lepas bersalin. aku suka sangat nama Sumaiyyah tu tak tau kenapa. mak aih bestnyaa macam rindu juga membebel di sini, biarpun tahu aku sorang ja yang akan baca, muahaha. x apa at least di sini tak hilang moment moment kan. Tengok Habib Naufal masa 1st day pegi taska buat aku teruja. sekarang x peru ris...

sayangku Habib Naufal #1stdayketaska

Assalamualaikum.. salam syawal entah yang ke berapa. terpanggil pla ari ni membebel dalam ni. bukan apa, hati tengah sedih, mama x kuad. huhuhuh 3 hari ni bs aku cuti pulak. start kemarin, kebetulan suami cuti so dia jaga Habib. sejak Isnin tu, aku berkira-kira hantar Habib ke Taska yang baru dibuka oleh isteri sorang ustaz. ya memang aku kenal ustaz tu. Selasa tu kami pegi tengok taska tu baru ada sorang baby, tu pun 5mo baru. Habib mula mula excited sangat aku pun senang la hati dia main bola yang ada dalam tu. last last tiba tiba dia nangis rupanya dia da gigit bola tu sampai bocor ntah apa cecair ada dalam tu, sampai ke baju kotor mungkin rasa kelat kot. atau ntahla yang penting nampak Habib tidak selesa asyik nangis so hari ni, 1st day dia ke sana. adoi anak nangis, mama pun ikut nangis nak ya la orang tu asing sangat bagi dia da la dia sorang duduk dalam tu... kalau ada kawan lain maybe dia mau kot sabarlah anak tengahari nanti mama ambik seb...