Skip to main content

celebration mereka yang tersayang di bulan APril.

Assalamualaikum..

Entry khas untuk bulan April.
sempena hari kelahiran buah hati mama yang pertama
dan sempena hari lahir baby zaza harta pertamaku

haha.

12 April 2015 yang lalu, pagi tu sebelum admit
mama sempat menjamah nasi lemak sedap beli dari tamu minggu
lepas hantar anty Jur
Hehe sempat pulak shopping bahan bahan untuk buat bubur ubi manis.
nyummy

malangnya,lepas ngap sebungkus nasi lemak berbalut daun pisang harum
mama terlelap..
betul betul macam ular sawah kekenyangan.
kebetulan sabtu
samseng sangat.
memang niat ponteng hadiri 1M1S yang biasa sekolah buat 2 kali sebulan hari Sabtu,
muahaha jahat kan.
buyung samsengg sangat

Hehe sebelum memang tidak pernah miss pun tau.
Hari tu saja pun, sebab rasa nangtuk sangat dari hari jumaat tu lagi.
tapi langsung tiada rasa mau bersalin  ka apa.
kan masih belum ada pengalaman..

sampailah terbangun jam 10.30 pagi, amboi lmanya tidur.
pegi tandas sheee shee.
tapi hairan, macam adaaaaa ja rasa mengalir.

dan dengan panic, capai hp kol sana sini.
Haha aku gabra sangat sampai nangis nangis tauu..

dan nextttt cerita ada dalam entry "my little caliph"

pejam celik, memang tidak sedar anak mama dah setahun selasa depan.
selamat hari lahir sayang mama.
semoga jadi anak soleh, anak syurga anak taat pada Allah dan ibu bapa amin..
sungguh setahun yang berlalu hanya kenangan yang indah indah saja untuk dijadikan memori.
semoga membesar dengan sihat.
Tahun ni kita celebrate toreh kek di rumah nenek Inanam ya, ILYSM



26 April ni pula birthday baby zaza..
Harta dunia saja.
tapi makan belanja beribu ribu
tidak apalah walau harta dunia, banyak membantu ke arah akhirat.

dan ini tahun ke3 sambut brthday.
mujur join kutu roadtax family mertua c joy.
so tidakla semput sangat pikir sorng2..


ok, stop untuk mereka yang tersayang sambut hari jadiiii...
bye

Comments

Popular posts from this blog

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

Anak Bapak

Assalamualaikum selamat berhujung minggu semua, kalau boleh kurangkan aktiviti luar. Area Kota Kinabalu ni pun boleh tahanlah jugak jerebunya. tapi aku still tidak ambik pusing, tetap juga keluar hehe. Jumaat lepas adik aku Zura, tu nama glame, nama penuh dia Nazurah. Tapi aku panggil dia Jur. dia datang KK. dari labuan, so sementara tunggu dia sampai tu, aku lepak la sorang sorang di Tg. Aru. tengok tengok. ada berapa kerat ja manusia keluar ke pantai. aku juga yang duduk sorang-sorang melayan perasaan. 2 jam juga aku tunggu dia. Ya lah, dia ambik feri kenderaan pastu sambung pulak naik bas dari Menumbok. Menumbok ke KK dalam 3 jam jugalah. Aku sengaja keluar awal sebab tau masa dia sampai tu memang gila jam la. takut maghrib terlepas aku tunggu lah masuk waktu di KKIA 2 dalam musolla tu. independent aku masa tu. bosan jangan cakaplah. macam oorang gila pun ada juga lepak sorang sorang . adik punya pasal aku sanggup. ok, siap solat terus dia sms sudah sampai, mujur lah jam t...

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...