Skip to main content

Posts

Raya 2013

Assalammualaikum! dulu tanya, amacam Ramadhan? sekarang, aku tanya amacam Raya? seperti tidak terkejar Ramadhan oleh aku yang selalu busy hal dunia di siang hari. kasihan pada diri sendiri, lelah di siangnya malam pula lagilah penat.. moga next Ramadhan kita sama sama gunakan sebaiknya InsyaAllah kalau panjang umur. Raya kali ni langsung tidak tersentuh baju raya, cukuplah pakai satu satunya jubah dari zaman belajar di UniSZA dulu, baju kenangan dengan  Along  ngan Saly sebab pernah photoshoot dalam jamban :p best giler pakai jubah rupanya masa Raya, nanti next raya pakai jubah saja lah. senang pakai senang buka. al maklum, rutin aku setiap tahun, pukul 11, raya pertama mesti naik bilik tidur kah kah kah so, kena tukar baju dulu lah kan. raya pertama dari pagi sampai malam ada tetamu, alhamdulillah banyak rezekilah tu petang raya pertama barulah Mr. Fiance sampai dari KK macam biasa setiap tahun akan beraya di rumah kami :) cian, pagi ray...

sehari sebelum raya

Assalamualaikum.. Asyik asyik tanya soalan sama, camana persiapan raya kan.. kah kah kah tapi mau tanya juga. macamana persiapan raya anda? sebab sekarang kan masa kritikal, semuanya sibuk membeli belah. Inshaa Allah mungkin esok puasa terakhir. sungguh singkat masa yang diberi , macam tidak puas pula bersama bulan Ramadhan yang mulia. lagi lagi ni Ramadhan bujang kali terakhir, Ishaa Allah jika jodoh berpanjangan, haha asyik asyik fikir kahwin sekarang ni pantang sangat tengok pelamin pelamin atau everything yang berkaitan dengan kahwin kahwin terutamanya tarikh yang masih belum ada kata putusnya, bulan Mac Insha allah, mohon doa kalian, agak lewat sedikit dari yang dirancang, sebab diri sendiri yang menunda tarikh sepatutnya jadi terima sendiri padahnya kalau sudah gatal hinggap ke rebung muahaha. padan muka oh sebelum raya selalunya pegi buat facial treatment, konon padahal muka tetap macamtu, mengada ngada kan, al maklum sedar diri muka penuh j...

Persiapan lebaran

Assalamualaikum camana persiapan kalian? harap harap jangan tinggal ibadah terus k? hehe macam saya terpaksa beraya awal.. sedih sedih sedih menyempat juga dalam kesibukan menyiapkan biskut -biskut, keluar pulak result exam aku. adoi tu pun mujur ada orang call gtau result dah ada masa tu tengah drive la pula. hampir hampir clutch tu payah ditekan. hahaha. lemah lutut lah katakan, aku ni berpenyakit sikit bila pasal result ni keluar segala penyakit kejapp mau ke tandas kejap rasa macam mau ajak orang muay thai kejap rasa macam mau teriak yang pasti, kereta tu aku pandu laju, konon mau cepat sampai rumah. turun dari kereta terus masuk rumah, on laptop online. tettt sudah tengok result agak memuaskan tapi terkilan sebab tidak mencapai target semuanya Ayam kecuali 3 subjek, Buaya. mujur lebih 3.5 syukur fillah berkat bulan Ramadhan walau diri kuat sangat tidur masa exam buat assignment sambil lewa menyesal kemudian tidak berguna padan muka...

Sahur yang kecoh

Assalammualaikum, Salam 10 Ramadhan terakhir. masa sahur tadi punyalah main kecoh. kakak ke3 aku,Pea tu kan urus kedai runcit mama. tapi now memang jadi kedai dialah kecoh sebab bila buka, air sana sini. kotak mercun ngan kotak rokok habis basah kena air. marahlah dia, pot pet sana sini. bila mama tengok, mama kata tu air dari tangki sebab full sangat, melimpah limpah air sampai menyerap dalam lantai rumah. padahal tangki duduk belakang rumah, kami bertiga semua tidak percaya, ayat nda boleh blah dari mulut aku me: kalau dari depan confirm! ada orang sabotaj ni! tulah, ayat aku, asyik berburuk sangka kah kah kah. sebab air tu macam dari arah pintu depan kedai. mustahil mustahil. tapi mama cakap memang itu, terus jadi debat parlimen kul3 pagi. bila bapa turun, terus bapa kata dia tidak tidur malam tadi sebab urus air yang berbaldi baldi dia lap. lantai dapur penuh air, banjir! air di kampungku yang tercinta ni adalah air free. datang dari bukit, sat...

Jangan gadoh gadoh

Assalamualaikum 11 hari lagi lebih kurang Ramadhan bakal meninggalkan kita. sedih pun ada, sebab memikirkan Ramadhan sudah pasti banyak kenangan dan nostalgia dari kanak-kanak hingga ke tua kan? yang suami dengan isteri tu tidak ketinggalan kan bincang mau balik rumah siapa dulu? jangan gadoh gadoh haaaaa.. sekarang bolehlah aku gelakkan orang, tahun depan? hahahaha.. rasakan. harap-harap si suami berlaku adil lah kan. begitu juga si isteri. oklah mama aku panggil suda, jum buat kerja suri. k bye

Ajari aku

terbaik makcikkkkkk!! Assalamualaikum kalau rajin, klik lah link tu, tengok video tu. yang pasti bila anda tengok pasti teringat zaman kanak kanak dulu. kecualilah anda memang jenis terima belaian salju nan ombak rindu di pasir putih nikmati angin kus kus oleh kedua orang tua. kes ni budak ponteng sekolah.. sebab melencong ke cc. cian mama dia, busy carik duit dia habiskan begitu sahaja belanja RM5 sehari dulu masa sekolah rendah 50sen saja. tu pun sebab naik darjah 4 dari darjah 1 sampai 3, 30sen ja pun. sempat lagi kadang tu 20sen masuk tabung buluh yang bapa buatkan bila upgrade sikit jadi 50sen, aku simpan 20sen,kadang 30sen. bukanlah baget aku ni penjimat, atau baget bagussss sangat. zaman kita dulu semuanya  murah. tapi bapa aku biasakan kami adik beradik sentiasa belajar berjimat. bukan macam budak sekarang. kadang ada yang bawak RM10. sekolah kampung ja pun. berbalik pada video ni pula. memang tiada dalam ajaran Islam memukul anak sedemikian ...

Dulu kecik dan comot..

Assalamualaikum.. alhamdulillah, selesai tunaikan tarawih tadi. anda gimana? tapi sengaja keluar awal masa Witir. InsyaAllah disambung sepertiga malam.. ambil kesempatan sedikit di bulan mulia dan bahagia ni. bila melihat jemaah wanita di surau tadi,agak luar biasa dari sebelumnya, syukur. melihat 3 beranak solat bersama, bekas cikguku, si kakak dan si adik. si kakak, siti nurhazwanty sebaya dengan aku, manakala si adik, siti zulaifah tu sebaya dengan jur kagum dengan mereka. gigih bijak pandai waraq semuanya ada, dua dua ambil bidak perubatan, doktor muda lah jawabnya. dulu masa sekelas dengan siti tahun 6 asyik lumba dan bersaing sahaja dalam pelajaran dari dulu gilakan buku aku jeles tengok dia banyak sangat buku buku aktiviti yang dibelikan oleh ibunya aku? tiada kah kah kah tapii bila aku minta bapa belikan, alhamdulillah, jadi ada semuanya aku lebih suka belajar bersama-sama rakan rapat yang lain. cindy, geetha, alfian, dili lepas study mandi sunga...