Skip to main content

Posts

Last Day Kerja sebelum cuti Raya!

assalamualaikum.. hari ni hari last sekolah sebelum cuti raya.. semalam lepas balik sekolah laju laju watsapp en.suami ajak berbuka di KK. oleh kerana teringat maybe jalan sesak sebab manala tau kan ada yang balik kampung awal. decide naik motor pink ku yang chomel itu. so rempit la macam awie ngan erra zaman dulu dulu. best, tapi satu saja aku benci. bila dia mula menyelit nyelit aku pejamkan saja mata ni. takut sangat kena side mirror kereta orang. bila sampai kk, sudah 6.15 ada dalam 20 minit lagi kan waktu berbuka. kami gelabah cari tempat, ingatkan mau makan di restoran Jawa tu. sekali tengok ramai gilerrrrr... terus pegi Api Api Centre, cari Restoran Malindo. tempat lepak baru kami. mujur masa sampai tu pekerja dia tengah open table di luar kedai. Terus saja duduk. Abang ambik nasi campur, yang aku ni cerewet mau makan masakan panas. hehe minum pula Leongfoon susu. nyamansnyaaa... pas berbuka terus Jur call suh ambik kek lapis Sarawak tempat kawan dia. 2 m...

sekolah baru #reposting

assalamualaikum hari ni sudah 20 Ramadhan, habis lah fasa kedua kan. ahlan ya fasa ketiga.. 10 malam terakhir. semoga berpeluang bertemu si malam special. pantas sungguh masa berlalu kan. tidak terkejar olehku. akhir akhir ni badan tiap malam rasa lenguh, sakit, kadang kejang pun ada. risau juga sebenarnya, mujur malam malam ku kini berteman, sejak di bendera jepun datang, setiap malam, eh seminggu sebelum tu lagi rupanya. mesti minta massage dulu baru boleh tidur. rasa macam mau nangis pun ada bila badan ni tidak di massage. aku ingatkan 'lekat' la bulan ni. sebab 3 hari 'dia' datang lewat. tapi rupanya belum rezeki. serius, badan sakit. pinggang terutamanya. sampaikan satu masa, suami tersayang tag cara urut isteri :) Alhamdulillah masih sabar layan kerenah bini dia yang sungguh cerewet ni. oh, balik pada cerita reposting. 16 Jun hari tu pegi lah PPD atas arahan KPM. ambil surat penempatan untuk jawatan tetap. sebelum ni kan interim aka guru sandaran t...

Sehari menjadi Ratu

assalamualaikum... Alhamdulillah, masih ada rupanya peluang dan ruang untuk terus mengisi ruang ciptaan sendiri. hehe Lama gila rasanya tidak menitip cerita tentang diri  kan.. al maklum baru bergelar isteri. aiseh Alhamdulillah dengan hanya sekali lafaz, tanggungjawab bapa tersayang sudah berpindah di pundak suamiku. Terus terang lagi bersuluh bahagia sebenarnya bila hidup dengan insan yang sah ikatan. kan. dating pun senang hati, boleh da pegang sana sini. ups pegang tangan.. manja manja pun boleh daa.. Selain semuanya halal, hati pun tenang. kan? gituu.. Agak sibuk juga mengurus rumahtangga sebenarnya, tapi sesibuk mana pun, masih lagi gembira. bukan macam bujang dulu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izinNya. majlis kedua belah pihak berjalan lancar. Special thanks to my family and friends.. dari jauh dari dekat. terharu gila...love u all.. Jom layan gambar. Upload mana yang ada dulu, yang lain masih dalam cd :) #throwback# ...

testing 1,2,3

salam, tup tup sudah bulan 5. in the middle of may. terlalu cepat masa berlalu kan. kejap lagi puasa, tragedi terhampir walimah. ramai kawan buat kenduri walimah cuti mei-jun ni. persiapan hurm, entahlah makin dekat makin aku x tau apa mau buat makin dekat makin banyak pula kerja menjengah mak jemah ni tadi baru balik dari taklimat e-laporan 2014 punya bengong blur jangan cakaplah laju gila  ostat JU tu bagi penerangan. aku angguk angguk geleng geleng saja la dengan perisian yang sungguh memilih tahun ni paling ketara perubahanya ialah penggunaan microsoft access. baru 2010 64 bit nda boleh belahh. langsung tiada ampun bagimu. paling best pakai 2007. entahlah apa rasionalnya aku sekali lagi angguk angguk geleng geleng saja lah tu baru cerita tapak e laporan. belum cerita bahan yang hendak diisi lagi. waaaa wa mau gila. bisnes shaklee berjalan lancar. siapa mau ode come to mommy, income boleh beli balik set kurusku, restock semua, syukur rak...

ops

Assalamualaikum.. sedar sedar sudah bulan Mac. sepatutnya bulan ini menjadi bulan yang paling bahagia buat diri ini. namun perancangan Allah lebih baik. terpaksa postpone pertukaran status aku. hehe. sabarlah wahai hati. mesti ada hikmah di seballiknya. kalau tidak, pasti 29 mac ni  menjadi tarikh bersejarah :) its ok. tunggu bulan Jun pulak. moga semuanya dipermudahkan ya, doakan aku.. wow sekarang hot sangat pasal produk Shaklee kan. dulu masa form 3 bapa belikan vita lea sebab tangan aku ni jenis berpeluh. tup tup bukan habis makan pun. sayang sangat sangat. masa tu kakak jadi member. master dia siap berhenti kerja jadi engineering. masa tu dorang dah dapat kereta 4wrd brand Ford. sekali dengan tajaan pergi Umrah . memang hebatlah jualan dorang ni. rasanya semua sudah kenal produk ni. sekarang ni adik adik kakak aku pula yang teruskan. :) memang sangat bagus. bulan december lepas aku start ambik set kurus. ok masa tu berat aku 60kg.. bulan february ...

I AM BACK!

Assalamualaikum. fuuuuhh ffffuuuhhhhh, tiup habuk jap. Ahlan wa Sahlan 2014! lamaaaaa gilos tidak update  kan. pewit naik  tahun saja, umur pun mulai berkurang, welcome 26 .. haha In Shaa Allah, tahun ini bakal menamatkan zaman bujangan. ready o not kena juga. dekat 3 tahun kot tunang. tipulah kalau aku cakap langsung tiada keinginan mau hidup bersama. ecewah. kawan kawan pun ramai kot yang habiskan zaman bujangan tahun ini, moga selamatlah hendaknya ya, every weekend aku akan sibuk memikirkan persiapan yang perlu.  Alhamdulillah hantaran sudah settle, doorgift, pelamin, kad kahwin segala. tinggal tunggu siap saja lagi, sekarang tengah risau tentang bilik pengantin :p dan yang paling risau di hari kejadian. susah jugak duduk jauh dari family. segalanya melalui telefon. mujur dalam kesibukan mama bapa sempat juga melayan anak dorang yang busy body. hahaha. alhamdulillah setakat ni Mr. Fiance masih bagi kerjasama yang baiik. baiklah sangat :...

tunggu adik

Assalamualaikum.. sekarang ni online di cc api api centre ja. sambil tunggu adik aku pegi interview. laundry di promenade apartment. haha. sian dia dari minggu lepas masih terkial kial cari. hujung minggu lepas baru boleh pegi. sebab kakak dia ni busy dengan aktiviti sekolah bayangkann.. jumaat lepas esoknya orang lain semua sudah start bercuti. kami guru guru di skbh masih lagi bertungkus lumus mejayakan kem sukan. mihmihmih penangan PK kokum yang bagi kerja last minute., memang pebret kot. seingat aku tahun lepas pun macam ni gak orang lain start cuti. kami masih terhegeh hegeh datang sekolah. cuma bezanya. tahun lepas aku terhegeh hegeh masuk IPG, tahun ni aku lebih santai sebab sudah jadi guru sebenar. sangatlah so, siap ada wawasan lagi, sebab berwawasan tu, tidur di sekolah dengan kerelaan sendiri kot. mih mi mih. muka aku? mana pernah tidur sekolah sepanjang setahun lebih latihan pasti balik punya biarpun program berakhir jam 12 midnight. la...