Skip to main content

Posts

Spa time for mama

Assalamualaikum Kelmarin rasa sakit sangat dekat tulang pinggang. Subuh tadi bangun, eh Kenapa aku rasa macam sakit sangat dari biasa ni. Jalan sikit eh. Tambah sakitla pula tulang pinggul. Then batuk.  Ouch memang betul betul sakit. Gerak, duduk,bangun, tunduk memang tulang pinggul itu akan sakit. Macam pernaaaaah ku alami. Tapi kenapaa kali ni aku rasa sakit gila. Oh my Selepas 6mo  Sejak aku lahirkan Habib. Bendera jepun baru datang menjenguk. Kiranya 6mo3week la. Beginilah kot Kalau masa tempoh berpantang kau langgar macam macam. Stokin x pakai, Makan x berapa jaga, Jamu jamu x amal Keluar rumah selalu Pegi shopping mall genap sebulan konon konon budget habis pantang Aduih Menyesal.. Tiada gunanya. Sakit seluruh badan jangan cakap. Padanlah jumaat lepas aku rasa seram sejuk, badan sakit sangat, rasa penaaat sangat. Sampai tahap Habib pun aku x larat kendong. Buat appointment urut sana sini,semua ada problem, masa x ngam,dorang cancel last minute...

Habib 6mo

Assalamualaikum.. Tolak minggu ni tinggal 2 minggu mama Habib perlu ke sekolah.. dan Habib x perlu dah pegi umah pengasuh pagi pagi buta.. boleh tidur bawah ketiak mama sampai tengahari ya nok. seminggu lepas Habib sudah mula makan.. Sebelum tu 2,3 hari sebelumnya aku bagi puri saja. Sekali tu saja aku rajin steam konon-kononlah.. punya gigih selongkar stor cari steamer. sebab tetiba teringat ada member hadiahkan steamer comel masa kawen dulu. tq la.. hihi sangat sangat berguna.. lebih setahun da kawen baru terhegeh hegeh guna benda tu. haha kesian.. lepas tu aku malas sangat sebab rasa macam lecehh ja buat benda tu. habib pun macam xpuas ja makan. cair kan.. namapun baru permulaan..intro dunia makanan. kang tekejut perut anak mama bagi sebijik terus. aku bagi buah pear dulu. lepas tu gigih la beli food feeder yang macam puting tiruan tu. yang tu aku potong kecik buah epal trus sumbat dalam tu n bagi Habib.. ternyonyot la si Habib. Senang kerja mama yang pema...

seminggu untuk dapat diploma

Assalamualaikum.. amboi amboi bestnyaaa tumpang bilik guru data ni.. dengan angiin sepoi sepoi dari kipas.. syukurla walaupun bukan air cond. sambil menuai titisan emas untuk Habib, sambil la jari jemari ini menari nari bercerita lagi pasal anak syurga. seminggu lagi aku bakal dapat diploma untuk exlusive breastfeed buat Habib Naufal. anak mama da masuk 6 bulaaaannnn.. hehe Alhamdulillah Allah masih anugerahkan titisan emas yang masih cukup untuk Habib walau mama bekerja mama tetap bekalkan titisan emas buat Habib. sekarang ni macam macam perubahan yang aku nampak,rasa. Haha timbang untuk 5 bulan Habib da cecah 8kg. Alhamdulillah tidak demam. Sekarang bila munculkan diri depan pintu rumah pengasuh dia da mula pandai shuffle kan kaki.. mengerti mama dia muncul. gembiranya nengok reaksi anak mama haha.. ada la perubahan sikit sikit kalau sebelum ni suka sangat duduk di riba mama masa drive sekarang kurang daaa asyik main liur ja. anak mama gatal gusi ya.. kalau l...

My little Caliph

assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur segala nikmat kurniaan Allah Selepas menempuh satu tempoh yang cukup panjang masa bunting dulu, 12 April 2014 aku selamat melahirkan seorang khalifah Allah.. Selepas bertarung lebih kurang 13 jam menahan sakit pinggang huhu.. dan lebih kurang 40minit bertarung nyawa. tepat 4.40 am Habib selamat melihat dunia.. moment yang tidak akan dilupakan. sakit yang sangat sukar digambarkan hanya yang pernah melalui sahaja Habib Naufal Nama yang dipersetujui oleh kami suami isteri semenjak tahu gender baby hihi. tidur hospital 2 malam sebab ketuban leaking.. baby on antibiotic.. cian kena cucuk dekat tangan. lepas tu kami balik rumah mertua, esoknya pegi cek kuning. masayaAllah. 285 bacaan 1st. Nurse suruh pegi lagi malam tu. cek, Ya Rabbi 298 Refer terus ke HKKW Likas. sampai sana doc cucuk lagi di tangan ambik darah. Astaghfirullah. 313. warded lagi. Kesekian kalinya ibu baru ni berabis menangis haha kesian baby, sakit badan ...

penantian..

assalamualaikum... hehe now baby sudah masuk 37week4dy.. debaran makin terasa tapi dalam masa yang sama macam biasa excited+ ngilu pula bila teringat due semakin hampir insyaAllah semua kelengkapan baby dan mama sudah lengkap, tinggal lagi mental dan fizikal hehehe. sepanjang kemalasan mengupdate ni, makin hari aku makin suka bejalan sana sini. orang kata baik untuk kandungan supaya mudah bersalin apa pun, kena percaya hanya Allah sebaik baik perancang :) jom layan gambar sajalah. ni jalan jalan masa CNY bulan feb hari tu bas persiaran terbakar masa kami otw ke kundasang cuti mac lepas.. dasyat juga, nasib baik semua penumpang selamat huhu. ni la Ladang Teh Sabah, sebelah dia Kg Luanti tempat ikan ikan yang jinak sangat tu.. sebenarnya hajat hati mau ke sungai tu saja tapi alang alang sudah sebelah. Tapi agak kecewa juga sebab masa ni kan musim panas, So, teh tidak subur macam di Cameron haha..banyak pokok mati.  kesian.. Baru sampai di sini. O...

Craving craving

Assalamualaikum.. Sebelum start cerita pasal mengidam ni teringin sekali ucapkan syabas dan tahniah buat my bff along yang telah selamat melahirkan seorang puteri jam 3.19am pagi tadi.. mesti omey macam mama dia..best best!!! Welcome to this world baby.. tunggu gengmu yaaa hehehe.. Tadi masa melantak keropok lekor tetiba teringat pula macam macam makanan yang aku kerap ambil sepanjang tempoh kehamilan. Rasanya selebihnya bukan mengidam pun, nafsu saja semata mata. 1st trimester aku kerap sangat makan buah manggis, memang pantang tengok bemda berkulit pepel tu. Kalau boleh langsung tidak mau share dengan orang lain, kedekut. Lepas tu aku perasan aku selalu sangat makan maggi asam laksa, kadang sampai 3-4 kali seminggu. What a bad mama.. :( apa boleh buat, itu sajala yang boleh diterima masa tu, susu jauh sekali. Nasi boleh tapi jangan berlaukkan ayam. Lauk pula mesti lauk udang atau ikan saja.. Nampak sangat tengah bawa baby boy dalam tu 😂😂 Lepas tu hari ...

Hari-hari my baby..

Assalamualaikum.. hehe, sekejap timbul sekejap tenggelam la pula. Alhamdulillah masih larat walaupun guna jari jeeeee menaip ni.... Kali ni boleh lah digelar mak buyung  betul betul.. minggu ni masuk 29week. Sejak hari pertama persekolahan, dengan rasminya diri menyarungkan "jubah emas" memandangkan baju baju kurung semuaaaaa tidak muat sudah haha. Masuk minggu ke 4 aku suda mulai bosan pakai baju ni, terasa rindu pula pakai baju kurung. ish mak buyung ni mengada-ngada plak kan. :p Lepastu sesuka hati pakai baju macam mau jalan pegi Shopping mall. Lantaklah yang penting aku selesa. Gb pun diam saja. Kira ok lah tu kan hahha..No complaint! :p 19 Jan lepas aku dengan husby pegi klinik Sharifah, untuk scan sebab masa tu baby masuk 27week5day. . Tengok tengok boboi.. Tapi aku tidak kisah sebenarnya, yang penting sihat n sempurna. Lepas tau jantina terus prepare nama. Hehe, prepare untuk dua dua gigirl and boboi.. uri pun di atas, air ketuban ok, dan kedudukan baby pu...