Skip to main content

Posts

Scan # baby # berat badan # kesihatan

Assalamualaikum walaupun hash tag tu tiada maknyanya dalam blog, aku mau juga letak, bukan apa, sebab tajuk entry kosong dalam kepala.. :) bulan lepas dan bulan ni saja ada ramai bakal ibu, yang mengandung, ada yang baby first, ada yang menambah for the second baby, semuanya ada, moment paling best bila dengar ibu yang menunggu 5-6 tahun untuk mendapatkan anak, akhirnya Alhamdulillah, nampaknya 2013 sangat memberi makna! tahniah to my lovely sister Joy dan Peah, Joy sudah tunggu 6 tahun, Peah untuk anak yang ke tiga memandangkan anak sulong meninggal,, kedua Syukria, nampaknya ramailah baby di rumah. hehehe.. untuk family dan member  aku yang lain, nurul, Bb, Kat, Nons, Cindy, Faren, Vivie, congrates! ari ni aku lemah tahap gaban, dengan pening datang menyerang tapi aku malas layan, tekak sakit perit, aku gagahkan juga membuat kerja kerja di kantin, pulang dari sekolah, hantar mak cik makcik aku pegi meeting AIM, then Jur minta teman pegi pusat me...

Penantian suatu anugerah

Assalamualaikum, hari ni semua pertanyaan dan andaian andaian dari bakal bakal guru yang sangat bersemangat waja sudah terjawab. antara pertanyaan yang berlegar legar ialah, bila tarikh dipostingkan, dan antara alasan alasan yang sempat aku baca, kereta, sudah tidak berbayar 3  bulan, ada bini hendak diberi makan, duit poket kosong, bosan, tidak sabar mendidik anak bangsa, rindu dengan anak murid dan pelbagai lagi sebab menyebabkan persoalan ini seringkali wujud di group batch kami, syukur alhamdulillah, walaupun berstatuskan interim *sebab result spp belum kuar lagi* sekurang-kurangnya dapatlah juga pahala, sekurang kurangnya terubat hati yang resah, menjadi penunggu tidak berkesudahan, yang masih bujang macam aku, tiada apa sangat yang hendak dirisaukan melainkan bimbang menyusakhkan ibu bapa di rumah dek kerana menghabiskan beras, yang ni ayat kasar. ha ha ha. sori. walaupun setakat hari ni sekolah masih belum diketahui cuma negeri sahaja, pakat pakat...

hari ni saja

Assalamualaikum.. penat amat yang tidak boleh blah dan tidak boleh diungkap dengan jari jemari.. baru bali dari ngecat kantin sekolah pulak. dari kul 9am sampai ke 7pm, masak isi isi lengan aku, jatuh saham kalau berkata kata mesti dia cakap aku ni kejam, guna dia sampai kejang kejang. kejangla sangat, tapi serius, memang sakit gila babeng tahap gaban. siang tadi ok ja belum terasa sangat, semangat gila mungkin banyak lagu merdeka kan dari radio. tu belum masuk lagu jiwang yang bikin lagho. asyikla kau dengan berus cat, alih alih barang berat. nasibla bapaa.. tiada anak lelaki, aku laa jadi sasaran. tapi pendapatan lumayan, ble pegi facial la aku. hahaha. bila baca entry entry aku, janganla ingat aku ni menunjuk nunjuk, yo la ba kan, dengan siapa lagi aku mau merakamkan moment moment di usia muda ni, nanti sudah tua boleh baca balik, bolehlah anak-anak aku baca, "oooohh begini pula perjalanan hidup ummi dulu" boleh juga cucu aku baca.. "o...

puas hati

Assalamualaikum.. fulamak, sedapnya pavlova tadi. hehe sempat lagi aku beraya di rumah geng lama. lama sangat tidak bertemu, aku ni nama saja orang KM, tapi selalu la sangat berkelana di tempat orang, hehe. musim musim hati banyak senang ni, apa saja makanan pun aku tibai. walaupun perut suda gedempol. kalau perut ni boleh berkata kata, confirm aku kena maki hamun. biasalah tuan dia ni sejak dua menjak, kosong fikiran. lagi lagi bila anggur mula berbuah.. wah wah, kali ni second time aku menanam anggur hitam di kampung tercinta., dulu lepa SPM aku menganggur untuk pertama kalinya. Ikut kakak bisnes mee sup, banyak untung tau, siap boleh beli hp baru sebiji. lepas STPM aku ke Labuan jaga anak anak buah, memang lepas habis terus angkat beg naik feri. Haha aku tipu. tapi lamaa aku di sana. dapat sahaja tawaran masuk U terus aku chow cincauu. boleh lah rm500 sebulan. lepas habis study U. terus berhijrah ke KK. jaga anak buah juga, dari kakak kedua, Joy. l...

new experience di depan dato SPP & tuan JPN ( SPP untuk lantikan j-QAF)

Assalamualaikum Alhamdulillah atas segala nikmat & ujian yang diberi olehNYA. hanya mampu bersyukur sebab ujian kecil aka interview Spp yang aku sibuk lagi kalut hari tu sudah selesai semuanya. tidaklah terlalu terasa mudah sebab malam sebelum tu tidur tak lena, mandi habis lah juga basah. makan pun alhamdulillah besar selera. KFC lagi, ambik kau. jom adik adik kita ambil pengajaran sebelum menempuh temuduga melalui sorotan & persediaan kecil kecilan dari kakak kamu ni (haakkk) :                                                                       * * * SEBELUM INTERVIEW bila sudah tahu tarikh kita ditemuduga tu, pandai pandailah adjust nota apa yang patut dibaca, semestinya berkaitan dengan bidang yang kita ceburi, jangan lupa hal ehwal semasa ya. baca baik baik. sambil niatkan ilmu yang kita ...

kisah si ratu kokou

Assalamualaikum. memang kan, aku pendirian kurang berapa mau ada. kah kah  kah entahlah kan kenapa. sebenarnya dari dulu aku terkial kial apa nama yang sesuai untuk blog kerinduan ni. bila tengah drive sambil tengok jalan yang penuh dengan kereta di depan, terus dapat ilham ceh apa pula kaitan kan? hehe ratu tu kan melambangkan kau ni ketua segala unit tapi bila tambah kokou di belakang ada bunyi lucu juga sikit. sinonim dengan diri. sebenarnya 'kokou' adalah cili padi dalam bahasa Kadazan. aku adalah salah satu dari berjuta peminat cili padi. tapi dari kecil aku mesti letak cili padi banyak banyak bila makan mee, nasi gorang atau apa saja jenis makanan yang memang selalunya padan dimakan dengan cili. hingga sekarang walaupun aku pernah diserang gastrik bertubi tubi mau pun dirrhoe yang melampau lampau sampai berjam jam dalam jamban, aku masih tidak serik melantak cili padi. sampai pernah si Mr.Fiance berkali kali menyindiir  memperli aku, tapi bila dia k...

tell the world!

Assalamualaikum.. baru hari ni sempat tengok nota SPP and tengok serta baca isu isu Mesir biarpun lama dengar di radio mengenai isu di Mesir. Penggulingan Muhammad Morsi,yang menyebabkan ribuan rakyat bermandi darah kerana pergolakan yang dilakukan oleh bala tentera yang sangat kejam & pecah amanah. Sabar, Islam pasti menang, sedikit masa lagi. mohon diklik pada link ini, kerana kecetakan ilmu & info serta minimanya pembacaan oleh diriku yang serba daif, cukuplah aku lorongkan jari & mata untuk membaca info yang InsaaAllah sahih & tidak berat sebelah. http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/08/konflik-mesir-untuk-dummies.html thanks & kredit to En.Gabana iaitu empunya blog ni, Jazakallahu khair. moga moga diberkati selalu. dalam ketegangan mengenai isu Mesir, bila disajikan dengan info info bermanfaat ini, ada pihak pihak yang sangat dangkal pemikirannya bila tiba tiba memesongkan channel kepada isu penutupan aurat seperti "bagaimana Islam ...