Skip to main content

Posts

Ramadhan Kareem vs biz

Assalamualaikum. wah sejak balik kampung ni belum pernah sekali pun aku memuntahkan entry di alam maya kegeraman penduduk bumi kini. macam-macam aktiviti aku bila sudah sampai di kampung halaman tercinta dan mendamaikan. lagi-lagi bulan Ramadhan. Risau juga terlepas membuat amal ibadah dek kerana sibuk hal dunia. aku dengan Joy  (2nd sister) buat bazar di rumah ni juga, sangatlah busy memandangkan pagi, aku membantu mama di kantin sekolah dan tengahari sibuk pula membuat persediaan mini bazar. hoh.letih jangan cakaplah. kaki ni sakit sangat bila berdiri. maklumlah kurus. daripada memerap ayam, membuat kuih karipap, sempiang, pisang, sampailah melayan pelanggan yang datang. berbuka sambil berniaga lah aku. kala ini, diri sentiasa bermimpi result exam kpli jqaf yang hingga kini tiada khabar berita. best juga lah kalau posting lama lagi, hidup puas puas dulu di kampung ni. boleh bantu ibu bapa. Sebut pasal result ni, adoi, hari hari aku mimpi gunung lah. yang paling best m...

Gourmet Sik Gaek

Assalamualaikum. konon hasrat di hati mau lah update hari hari kan? muehehe. simpan sajalah angan angan itu, biar berlalu bersama angin jerebu. jerebu? alhamdulillah, semalam hujan turun, lama. sampai aku tertidur, walaupun hujan bukan jenis lebat, tapi renyai renyai. sebelum sebelum ni hujan juga, tp 5 minit ja. tu pun rintik rintik, cukup syarat membasahi 2,3 biji batu.syukur alhamdulillah..Allah sayang akan hambaNYA. ada hikmah di sebalik jerebu yang melanda. ya, Allah sedang menguji hamba hambanya. bersyukur dengan semua nikmat yang dipinjamkanNYA. sebelum ini, bila hujan, ramai yang mengeluh. walaupun keluhan itu tidak ternampak dek mata kasar. contoh ayat atau status di FB.: "hurmm hujan plak. x dpt keluar jln jln la ari ni" "ahh aku peduli apa, hujan ka x, aku tetap jln juga!" "oh,hujannn berhentilaaa, aku mau keluar ni" "my God! Its raining." "phew,lebat gila la pula hujan ni. habis semua plan I" d...

jalan jalan jumpa ...

Assalamualaikum hari ni dan kelmarin seharian aku terdampar dalam bilik chomel. bagi menghabiskan sisa sisa kebosanan di pinggir bandar KK. sori lah, malam ni sepertinya ayat-ayat yang terkeluar dari jari jemari sangat memualkan mata yang membaca. kalau adalah. biasalah bila feeling lonely lonely ni naah, macam macam ada dalam fikiran. kelmarin kira ok juga sebab malamnya aku ke Perdana Park lagi bagi memenuhi hajat untuk membuang toksin yang ada dari sistem perkumuhan. eh? betul ka ayat ni. pendek kata jogging. habis 3 round aku pulang. hari ni, bagi membuang kekusutan yang melanda aku shopping window lah di shopping mall sebelah bilik chomel. 5 minit jalan kaki dengan syarat kadar kelajuan 40m/s . Huh, sembarang lagi. nampak sangat aku bosan. Oh, hari ini semua group dalam FB terutamanyaa group e-Gtukar aku sudah jelajah. ada komen yang menyakitkan mata, menyakitkan telinga. kadang-kadang timbul pula rasa simpati. e-Gtukar ni khas diisi oleh guru-guru yang sudah sah jawata...

Anak Bapak

Assalamualaikum selamat berhujung minggu semua, kalau boleh kurangkan aktiviti luar. Area Kota Kinabalu ni pun boleh tahanlah jugak jerebunya. tapi aku still tidak ambik pusing, tetap juga keluar hehe. Jumaat lepas adik aku Zura, tu nama glame, nama penuh dia Nazurah. Tapi aku panggil dia Jur. dia datang KK. dari labuan, so sementara tunggu dia sampai tu, aku lepak la sorang sorang di Tg. Aru. tengok tengok. ada berapa kerat ja manusia keluar ke pantai. aku juga yang duduk sorang-sorang melayan perasaan. 2 jam juga aku tunggu dia. Ya lah, dia ambik feri kenderaan pastu sambung pulak naik bas dari Menumbok. Menumbok ke KK dalam 3 jam jugalah. Aku sengaja keluar awal sebab tau masa dia sampai tu memang gila jam la. takut maghrib terlepas aku tunggu lah masuk waktu di KKIA 2 dalam musolla tu. independent aku masa tu. bosan jangan cakaplah. macam oorang gila pun ada juga lepak sorang sorang . adik punya pasal aku sanggup. ok, siap solat terus dia sms sudah sampai, mujur lah jam t...

Jealous

Assalamualaikum ya ahli maya Hehe, sebelum tidur eloklah kita curahkan rasa jealous yang aku baru kesan kehadirannya dalam diri. Ya, jeles ini bukan dibuat buat, datangnya bukan dipinta, hadirnya tidak diundang. Aku faham, lingkungan usia ku kini (24masuk 25) memang fitrah masuk semulajadi dalam otot halus. Khen? Eh, mengarut, suka sangat ayat bunga bunga. Mode malam ni tiada kena mengena dengan malam keliwon. atau malam Jumaat yang mana ramai akan buat persediaan menghadapinya. aku belum nikah. yang suah nikah sila lah jangan fikir aku kemaruk ok?? haha sangat poyo ni ayat. baiklah tanpa bunga bunganya, ke jeles an yang melanda aku pada malam ni berpunca dari FB. macam macam aku nampak. macam macam aku baca dan lepas baca macam macam aku rasa. yang penting kebanyakannya aku rasa tumpang gembira tumpang teruja automatic doa-doa terukir di bibir. semoga semuanya baik baik saja. hehehe kata tadi tidak mau bunga bunga. apa sebenarnya punca ke jeles an ni? bai...

5 lagi punca otak lemah dan lembab

Assalamualaikum. Ni baru balik dari sekolah tolong kawan kawan isi e-laporan untuk program j-qaf. Malu pula datang sekolah tu, semua macam rindu terutama geng geng agama. Hehe. sempat melampiaskan rindu pada anak anak tahun 1. macam mau cium cium saja. budak perempuan confirm confirm aku cium. yang lelaki kita mampu usap usap kepala saja. memang rindu gila!!! Guru besar pun macam nampak hantu sebab terkejut tengok aku duduk meja sendiri di bilik guru. kah kah kah. janggalnya rasa bila tiada kaitan lagi dengan tugasan tugasan di sekolah. jadi malu malu meow pula. Oklah,hari ni aku mau tunaikan janji dulu , jom share 5 lagi baki punca punca otak kita lemah! 6. TIDUR YANG BERLEBIHAN yang ni buat masa ini memang aku amalkan. bukan sekali, tapi berhari-hari. Al maklum, musim tanam tanam anggur. rupa rupanya sangat tidak elok untuk kesihatan! jom kurangkan tidur. tapi jangan kurang dari 6-8 jam pula! 7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA kenapalah semua sebab ni aku selalu buat. kah...

5 perkara boleh rosakkan O.T.A.K

Assalamualaikum.. Hari ni aku mau kongsi siikit ilmu yang mungkin boleh kita ambik pengajaran, ambik iktibar, kemudian yang baik kita amalkan, yang buruk kita cuba hindari. Ilmu yang aku dapat ni sebenarnya dari sebuah majalah Islam. Ya la, dalam Malaysia ni ada banyak jenis majalah-majalah Islam kan? Yang tidak berkesempatan membeli macam aku tu, sekurang-kurangnya adalah dapat ilmu sikit melalui pembacaan dari belog-belog kan? Ya bapak bapak ibu ibu, semua manusia ni dikurniakan oleh Allah satu otak untuk satu jasad. Rasanya semua tau apa yang membezakan manusia dengan binatang. Sebab binatang pun Allah kurniakan Otak tapi tidak dikurniakan Akal. Bila adanya 3 unsur iaitu Akal, roh dan jasad maka inilah yang dimaksudkan dengan MANUSIA. untuk tau lebih detail perbezaan-perbezaan ini sila lah renung dan tenung jadual di bawah ni. Ok, jadual atas ni ada tambah satu lagi unsur iaitu NAFSU. jadi tuan tuan boleh lah lihat dengan jelas ya dari jadual ni. Jadinya, hari in...