Skip to main content

Posts

Dulu kecik dan comot..

Assalamualaikum.. alhamdulillah, selesai tunaikan tarawih tadi. anda gimana? tapi sengaja keluar awal masa Witir. InsyaAllah disambung sepertiga malam.. ambil kesempatan sedikit di bulan mulia dan bahagia ni. bila melihat jemaah wanita di surau tadi,agak luar biasa dari sebelumnya, syukur. melihat 3 beranak solat bersama, bekas cikguku, si kakak dan si adik. si kakak, siti nurhazwanty sebaya dengan aku, manakala si adik, siti zulaifah tu sebaya dengan jur kagum dengan mereka. gigih bijak pandai waraq semuanya ada, dua dua ambil bidak perubatan, doktor muda lah jawabnya. dulu masa sekelas dengan siti tahun 6 asyik lumba dan bersaing sahaja dalam pelajaran dari dulu gilakan buku aku jeles tengok dia banyak sangat buku buku aktiviti yang dibelikan oleh ibunya aku? tiada kah kah kah tapii bila aku minta bapa belikan, alhamdulillah, jadi ada semuanya aku lebih suka belajar bersama-sama rakan rapat yang lain. cindy, geetha, alfian, dili lepas study mandi sunga...

perempuan itu

assalamualaikum masihkah namamu digelar perempuan. dahulunya kuiyakan sahaja. kerna kau salah satu isteri darah dagingku bisa dihormati, bisa disayangi, sepertimana aku mengasihi sanak saudara lain, bahagianya kulihat kau di sisi gagahnya seorang suami, peluk,tawa manjamu menyenangkan sesiapa yang melihat, kerna bagiku kala itu, kau wanita dan isteri bertuah, punya suami baik dan setia, punya anak-anak pendamping jiwa, pelengkap diri dan suami, bijakmu menguruskan masakan, menjamu suami, kadang menjamu tamu, tidak habis habis pujian dihambur khas buatmu, aku kagum. punya suami yang sangat setia melayani kehendakmu kala beliau lelah baru balik kerja, dahulunya suamimu sangat sederhana, semakin lama semakin meningkat kerjayanya disegani lapisan masyarakat, pangkat meningkat, namun aku benci bila mendengar bangsa malah saudara sendiri irikannya, apakah maksudnya iri hati yang memburukkan diri sendiri, diberi makan bermacam-macam, bersulamkan jampi serapah dan p...

Having Blast day..

Assalamualaikum.. Jumaat lepas gg (jijie) aku biasa panggil gini, kawan rapat dari sekolah menengah lagi datang ke rumah. sebelum ni pernah datang juga. bestnya dapat jumpa kawan lama kan. cian kawan aku sorang ni, dia jqaf jugak. tapi ambilan 2013. kena pula posting daerah Pitas. padahal rumah di Sipitang. nasib lah kawanku :) rezekimu di sini hehehe.. alang alang dekat dengan rumah aku, aku suka bila dia datang sini. rasa gembiira sangat sangat sebab ada kawan becerita kan. tujuan asal ke KK sabtu tu. alasan, cari baju raya. sambil menyelam minum air, jumpa Mr. Fiance. Rindu katanya. Auww pagi pagi lagi minta tolong ayahandaku cek apa yang patut kereta gg. bestnya gg suda berkereta hehehe. nama diberi "Putih putih melati" katanya. memang chomel. penuh dengan Pooh hehe. peminat setialah katakan. sejak kenal dia memang tidak boleh dipisahkan dengan pooh. jangan ambik tema Pooh masa kawen sudahlah kan gg.. lepas siap cek, terus salam bapa & gerak. bertolak dalam ...

Penangan semut atau inikah badi??

Assalamualaikum salam 9 Ramadhan. sebelum aku busy membuat persiapan jualan bazar hari ni, sempat lagi mau celoteh sikit. . hehe. apa akibat makan semut? selalunya dengar dari orang orang sekeliling,bila makan atau minum sesuatu yang sudah dikerumuni semut benda tu eloklah kita jangan sentuh lagi. betul tidak? akibat yang selalu aku dengar, takut jadi PELUPA. tapi aku hentam saja bila ada seekor atau dua ekor berenang dalam botol air yang kebetulan masa tu, langsung tiada air lagi di depan mata. Kah kah kah. lantak,janji haus hilang. mungkin itu sebab salah satu aku selalu terlupa barang barang hak milik sendiri. kadang kadang hp entah ke mana.. jumpa kejap, hilang lagi. lagi 1, kunci. apa sahaja jenis kunci mesti hilang. kes lebih parah dari kecil sampai besar, bila pegi kedai selalu hilang barang yang sudah dibeli. entahlah, tangan aku kot yang salah? hah? salahkan tangan? bertuah sungguh jenis manusia macam aku ni. barang yang paliiing tidak tahan lama dalam genggaman....

Ramadhan Kareem vs biz

Assalamualaikum. wah sejak balik kampung ni belum pernah sekali pun aku memuntahkan entry di alam maya kegeraman penduduk bumi kini. macam-macam aktiviti aku bila sudah sampai di kampung halaman tercinta dan mendamaikan. lagi-lagi bulan Ramadhan. Risau juga terlepas membuat amal ibadah dek kerana sibuk hal dunia. aku dengan Joy  (2nd sister) buat bazar di rumah ni juga, sangatlah busy memandangkan pagi, aku membantu mama di kantin sekolah dan tengahari sibuk pula membuat persediaan mini bazar. hoh.letih jangan cakaplah. kaki ni sakit sangat bila berdiri. maklumlah kurus. daripada memerap ayam, membuat kuih karipap, sempiang, pisang, sampailah melayan pelanggan yang datang. berbuka sambil berniaga lah aku. kala ini, diri sentiasa bermimpi result exam kpli jqaf yang hingga kini tiada khabar berita. best juga lah kalau posting lama lagi, hidup puas puas dulu di kampung ni. boleh bantu ibu bapa. Sebut pasal result ni, adoi, hari hari aku mimpi gunung lah. yang paling best m...

Gourmet Sik Gaek

Assalamualaikum. konon hasrat di hati mau lah update hari hari kan? muehehe. simpan sajalah angan angan itu, biar berlalu bersama angin jerebu. jerebu? alhamdulillah, semalam hujan turun, lama. sampai aku tertidur, walaupun hujan bukan jenis lebat, tapi renyai renyai. sebelum sebelum ni hujan juga, tp 5 minit ja. tu pun rintik rintik, cukup syarat membasahi 2,3 biji batu.syukur alhamdulillah..Allah sayang akan hambaNYA. ada hikmah di sebalik jerebu yang melanda. ya, Allah sedang menguji hamba hambanya. bersyukur dengan semua nikmat yang dipinjamkanNYA. sebelum ini, bila hujan, ramai yang mengeluh. walaupun keluhan itu tidak ternampak dek mata kasar. contoh ayat atau status di FB.: "hurmm hujan plak. x dpt keluar jln jln la ari ni" "ahh aku peduli apa, hujan ka x, aku tetap jln juga!" "oh,hujannn berhentilaaa, aku mau keluar ni" "my God! Its raining." "phew,lebat gila la pula hujan ni. habis semua plan I" d...

jalan jalan jumpa ...

Assalamualaikum hari ni dan kelmarin seharian aku terdampar dalam bilik chomel. bagi menghabiskan sisa sisa kebosanan di pinggir bandar KK. sori lah, malam ni sepertinya ayat-ayat yang terkeluar dari jari jemari sangat memualkan mata yang membaca. kalau adalah. biasalah bila feeling lonely lonely ni naah, macam macam ada dalam fikiran. kelmarin kira ok juga sebab malamnya aku ke Perdana Park lagi bagi memenuhi hajat untuk membuang toksin yang ada dari sistem perkumuhan. eh? betul ka ayat ni. pendek kata jogging. habis 3 round aku pulang. hari ni, bagi membuang kekusutan yang melanda aku shopping window lah di shopping mall sebelah bilik chomel. 5 minit jalan kaki dengan syarat kadar kelajuan 40m/s . Huh, sembarang lagi. nampak sangat aku bosan. Oh, hari ini semua group dalam FB terutamanyaa group e-Gtukar aku sudah jelajah. ada komen yang menyakitkan mata, menyakitkan telinga. kadang-kadang timbul pula rasa simpati. e-Gtukar ni khas diisi oleh guru-guru yang sudah sah jawata...