Skip to main content

Posts

Craving craving

Assalamualaikum.. Sebelum start cerita pasal mengidam ni teringin sekali ucapkan syabas dan tahniah buat my bff along yang telah selamat melahirkan seorang puteri jam 3.19am pagi tadi.. mesti omey macam mama dia..best best!!! Welcome to this world baby.. tunggu gengmu yaaa hehehe.. Tadi masa melantak keropok lekor tetiba teringat pula macam macam makanan yang aku kerap ambil sepanjang tempoh kehamilan. Rasanya selebihnya bukan mengidam pun, nafsu saja semata mata. 1st trimester aku kerap sangat makan buah manggis, memang pantang tengok bemda berkulit pepel tu. Kalau boleh langsung tidak mau share dengan orang lain, kedekut. Lepas tu aku perasan aku selalu sangat makan maggi asam laksa, kadang sampai 3-4 kali seminggu. What a bad mama.. :( apa boleh buat, itu sajala yang boleh diterima masa tu, susu jauh sekali. Nasi boleh tapi jangan berlaukkan ayam. Lauk pula mesti lauk udang atau ikan saja.. Nampak sangat tengah bawa baby boy dalam tu 😂😂 Lepas tu hari ...

Hari-hari my baby..

Assalamualaikum.. hehe, sekejap timbul sekejap tenggelam la pula. Alhamdulillah masih larat walaupun guna jari jeeeee menaip ni.... Kali ni boleh lah digelar mak buyung  betul betul.. minggu ni masuk 29week. Sejak hari pertama persekolahan, dengan rasminya diri menyarungkan "jubah emas" memandangkan baju baju kurung semuaaaaa tidak muat sudah haha. Masuk minggu ke 4 aku suda mulai bosan pakai baju ni, terasa rindu pula pakai baju kurung. ish mak buyung ni mengada-ngada plak kan. :p Lepastu sesuka hati pakai baju macam mau jalan pegi Shopping mall. Lantaklah yang penting aku selesa. Gb pun diam saja. Kira ok lah tu kan hahha..No complaint! :p 19 Jan lepas aku dengan husby pegi klinik Sharifah, untuk scan sebab masa tu baby masuk 27week5day. . Tengok tengok boboi.. Tapi aku tidak kisah sebenarnya, yang penting sihat n sempurna. Lepas tau jantina terus prepare nama. Hehe, prepare untuk dua dua gigirl and boboi.. uri pun di atas, air ketuban ok, dan kedudukan baby pu...

Dunia Dunia Dunia

Assalamualaikum, Hehe aku masih bercutii.. jangan jealous. Ceh, mentang mentang TPM suh tangguh sekolah.. Khenn, sioklah rakan pendidik kan cuti dipanjangkan selama seminggu. Tapi tahukah kamu cuti ini aku betul betul mati akal? entah kenapa, aku rasa seolah olah di depan aku macam sentiasa ada kematian. hahaha. Rindu kampung, rindu mama bapa, rindu anak anak buah. Yang penting sebenarnya aku rindukan keramaian dan kegembiraan bersama family tersayang. Inilah risiko bila hidup sendiri di bandar. Oh walaupun tempat tempat yang tidak terkena banjir seperti di Sabah ini, jangan lupa mendoakan mereka yang terlibat dengan becana banjir, semoga tabah sahabat sahabatku pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku tau emosi aku sejak dua menjak ini up and down, maybe disebabkan hormone, atau memang perasaan aku agak tidak menentu. sentiasa inginkan rakan untuk berbual, cerita cerita kosong bah. Masa di kampung dulu adik beradiklah tempat sharing semua cerita, best.. bila balik sini, cuma a...

4th & 5th Atenantal

Assalamualaikum 4th Antenatal oo terlepas lagi aku update cerita antenatal. sorry my baby haha. Mama ambik kesempatan update sambil dengar i think yang kecoh minta didengar dan dijawab sebab esok last due. so terpaksa ke cc jugalah aku. update blog sebenarnya boleh ja guna hp pintar tu tapi sejak 4,5 menjak ni aku semakin malas pula mengarang hihi. Antenatal ke 4 hari tu berjalan seperti biasa , berat makin bertambah 57kg, hb makin turun 12.2 sebab pagi tu aku breakfast kacip fatimah. kauu mengacip tu. Macam biasa misi marah aku, sebab risau doktor marah aku masa 2nd appointment. sejak hari tu aku mula menjauhkan diri dari minuman berkafien paling pun milo. milo kan ada kafien jugak. Ambik kau,misi tu tulis note pakai pen merah pula tu dalam buku "klien minum kacip fatima" huahahahaha... Masa dating kali keempat ni aku kena suntik untuk elak kancing gigi lepas misi tanya sudah rasa atau belum gerakan baby.. memang rasa macam kena jentik tapi tidaklah sekerap ...

Berprogram vs Bereunion

Assalamualaikum.. Alhamdulillah program khas untuk guru guru baharu telah selesai dihabiskan dengan semangat waja. hehe semangatlah sangat. 3 hari duduk Hotel Ming Garden macam macam ilmu yang aku dapat, InsyaALLAH akan dipraktikkan dan akan jadi amalan, moga moga menjadi seorang murabbi, muaddib dan muallim yang cemerlang dan mampu melahirkan insan cemerlang dunia akhirat dalam pendidikan, akhlak dan nilai kemanusiaan. wow amacam ada perubahan ka ayat ? hahaha.. Start check in tu, sampailah habis program mata ni langsung tidak dijamah cahaya mentari, Akibatnya, keluar saja dari bangunan hotel tu terus macam jakun jakun. macam baru keluar dari gua. Siap program mesti landing terus atas tilam, tu pun selepas perut kenyang. Duduk berjam jam ni, tau taulah rasa dia camana kan... keluar masuk tandas, jangan hairan. Part paling best bila program macamni.. jumpa kawan kawan lama.. dan paaaling istimewa jumpa my bff Alonggggggg.. heheehe. Setelah masing masing sibuk memb...

3rd antenatal + 1st appointment with doc

Assalamualaikum.. Alhamdulillah sudah selesai. walau cerita ini sudah hampir basi atau bangas orang Sabah cakap, tetap juga diupdate untuk tatapan si anak akan datang.. :) hari tu bukan main gigih perkasa lagi taip entry dalam phone, skali tengok tidak sempat untuk dipublish hilang semua. hihi.. antenatal ni 28 Okt lepas.. Rutin bulanan si mak buyung kali ini ditemani oleh Mr husband. sampai menguap nguap tunggu result urine & darah. belum ditambah lagi dengan menunggu giliran bertemu misi. Alhamdulillah syukur semuanya ok, walaupun HB masih ok, tapi kena lebihkan juga makanan yang ada zat besi. berat pula agak maintain macam bulan sebelumnya. manakan tidak, malam aku langsung xmo sentuh nasi. mesti cari roti atau biskut macam diet sebelum kawen la pula haha.. 3 Nov tu pergilah berjumpa doktor. dapat pula doktor berhijab labuh. 1st scan la ni konon di klinik kerajaan.. sebelum ni buat di klinik luar. tapi yang tu anak mama baru 2 bulan. yang ni cun cun 4 bulan...

Eh morningsickness lagi?!

Assalamualaikum.. hehe biasalah bakal ibu ni, kalau bukan pasal kandungan, mesti ada saja berkaitan dengan baby kan entry tu. alhamdulillah 14w alreday. moga sihat semuanya, sebab mama baby ni makan benda tidak menentu.. benda wajib adalah buah mangga yang hampir masak. tiap hari mesti ambil, seperti mengambil vitamin wajib pula. maggi? asam laksa.. risau aku, kadang 2 kali seminggu, kadang makan 3 kali seminggu. alhamdulillah setakat ni susu masih ambil hari hari. tu pun cuma nespray aku mampu telan. anmum tu biar si suami yang habiskan kah kah kah.. aku semakin hari semakin hairan lah. kenapa kan, aku ni, masuk 14w masih lagi ada morning sickness.. bukanlah hairan sangat sebab ada ja ibu yang morning sickness sampai baby lahir, cuma kau tidak la pula mengharap aku tergolong dalam kalangan yang itu. seksa sangat. syukur juga bukan macam awal awal dulu, tapi pening dia jangan cakaplah.. rasa mual tu aku benci. harapan mama baby ni agar.. rasa mual tu cepatlah...